Follow Viruspadu

Saturday, May 22, 2010

Istana Kesultanan Melaka

ini adalah destinasi utama kitorang punya percutian kali ni. sebab tiap kali sampai melaka mesti tak pernah sampai sini

rezen dia satu je la. sebab tak tahu ceruk mana dia duduk. tu yang semangat siap on garmin segala bagai tu kan. siap stress stress dengan garmin, asik ter turn left turn left tak gak sampai-sampai.

bila pakcik beca bawak kitorang kat sini. pastu en.laloque cakap

"ooooooo patut la garmin suh turn left, betul la kat sini"

wakakakakakakakakaka mencicit acik gelak

dah la kitorang kutuk baik punya, padahal sendiri salah. hahahahaha. padahal kitorang kalau datang melaka mmg selalu round kota a famosa tu. tak penah lajak lagi ke tepi. rupa-rupanya situ je. hahaha

sori garmin eceh. harap2 hati garmin tak terluka hehehe.



Bayaran Masuk:
Dewasa : RM1.00
Kanak-kanak/Pelajar : RM0.50

Bayaran air minirel RM1.20 hahahaha itu pun nak letak. yelah wei panas woooo

Waktu Operasi:
Setiap Hari : 9.00 pagi – 5.30 petang

waktu solat jumaat pun katup gak.

finally. sampai jugak jemah kat sini tsk tsk tsk terharu :)


saya tak tahu kenapa. saya tak suka belajar sejarah. tapi saya suka tengok sejarah.

mungkin sebab buku sejarah tu terlalu panjang nak kena baca kot. pastu nak kena ingat fakta lagi. hihihihi. tapi bila pegi muzium macam gini. dia punya feeling lain macam kan. macam teringat zaman dulu dulu. oooo dulu baju macam ni, oooo dulu makan macam ni. terus la berangan back to the future bagai hahahaha. kalau aku pegi ke zaman dulu2 mesti aku la yang paling bodoh masak, paling bodoh potong bawang hahahaha.

Balairung seri satu masa dahulu. terbayang2 cerita p.ramlee nujum pak belalang :)





hang tuah dengan hang jebat bergaduh. ko tgk lantai dia tercocok dengan lembing. jenuh saya fikir mula-mula. apa benda cacak2 tu. rupa2nya keris. then baru teringat masa dorang gaduh kan rumah tu kunci ke macam mana. then hulubalang lain try nak bunuh jebat cucuk2 lantai tu. tiba2 saya rasa kagum *betulkan fakta saya kalau saya salah


arca hang tuah, takkan melayu hilang di dunia :)






bangkin kayu. antara yang terpelik saya jumpa. bangkin kayu ni adalah bekas tempat letak kain ataupun kuih.

ok nah. saya kopipes sikit maklumat pasal Istana Kesultanan Melaka :)

Sumber: www.melaka.gov.my
Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986.

Kini, muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut.

Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Muzium Istana Kesultanan Melaka,
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM),
Kompleks Warisan,
Jalan Kota, 75000 Melaka.
Tel: +606-282 7464 / +606 282 6526 / +606 281 1289
Faks: +606-282 6745
E-mel: admin@perzim.gov.my
Laman Web: www.perzim.gov.my

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

Leen said... [Reply to Comments]

Dah laam x melawat muzium.. menarik~

Ceera said... [Reply to Comments]

gambar cantik2, guna camera canggih la katakan, hehe

Shepha said... [Reply to Comments]

weewit.pegi dah melaka?hehe.
akak kene pegi mydin dia.best.
takpun pegi melaka wonderland yg baru tuh.

PuRpLeLiCiOUs LoVe said... [Reply to Comments]

kita pun last month pegi sini jugak..heheheh melaka adalah super panas kan...

viruspadu said... [Reply to Comments]

Leen
kena pegi leen, bestttt

Ceera
ofkozzz haha

Shepha
ye ke mydin dia best. kenapa ek?

PuRpLeLiCiOUs LoVe
panas takpe, hujan haru :) (hujan itu rahmat)

Amy Z! said... [Reply to Comments]

jemah daling~
yg tercucuk2 dari lantai tu lembing dari hulubalang2 yg mengiringi hang tuah masa nak tangkap hang jebat - sebab nak tolong hang tuah lawan hang jebat. sekian~ hehe.
:-)

sebenarnya, our history is beautiful. org je tak hargainya~ :-)

viruspadu said... [Reply to Comments]

amy,
aku dah edit dah hahaha, canne lak dengan keris kan hahaha







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^