Follow Viruspadu

Tuesday, May 18, 2010

kisah air tin

saya plan nak ambil baju yang saya tempah. baju kurung keje la. saya hantar 4 helai kain hari tu. sms punya sms, 2 helai je siap dulu. so balik keje terus singgah ambik kain. lepas tu terus gi makan.

"papa belanje mama kasut dengan baju"
"yolah"

senang je jawapan dia. yolah ye hahaha. bagus macam ni. esok nak try tanya "papa belanje ma cincin emas sebentuk" ecehhhhhhhhhhhhhh berangan. kalau terasa nak kena jelingan tajam, sila la tanya.

lately macam teringin nak makan durian pancake kat midvalley tu la. teringat2 lak. ntah zaman biler pulak baru dapat sampai ke mV tu ye. tsk tsk tsk

ok. lupakan hal tu

sejurus selepas dia menjawab "yolah", destinasi biasa adalah JASKO.

nisa mengada, nampak je mesin air gedegang2 tu, terus mintak papa duit syiling. padahal dia bukan nak minum. tp nak masukkan duit dan tekan pilih air je pun. papa dia pulak melayan.

"ma nak masuk kedai tu la"
"nisa ikut mama, papa bawak anoi gi popular"

ok.

"nisa pegang tin ni elok2 tau, jangan tumpah"
"ok mama"

"nisa, kalau tangan basah, jangan pegang baju ye, lap dulu tangan ye"
"ok mama"

tiba-tiba

air tin dia jatuh. tumpah.

"kakakkkkkkkkkkkkkkkkk kan mama dah pesan tadi, pegang elok2. kan dah tumpah, abislah kakak tu marah nanti"

muka nisa dah pucat takut dah.

saya terus gi jumpa SA tu, nak bgtahu dia air tumpah

tp belum sempat cakap. SA tu dah amik mop dah, nak lap lantai. saya pun cakap je la

"o i baru nak bgtau, anak i tertumpahkan air tadi"

tp SA tu masam je. saya bajet dia tak dengar la. sebab suara saya memang perlahan. biasa sangat orang tak dengar suara saya.

so saya ingat ok je la. saya memang dah bekenan dah satu baju. memang nak ambik bawak cashier dah. sekali SA tu datang dengan muka masam dia

"lain kali, jangan bawak masuk air"

mak aih garangnya.

sebab saya tahu saya salah. SA tu mungkin bimbang baju dia rosak terkena air kan. takpe la. so malas la nak bantah2 ke apa ke kan.

"nisa, orang tu marah la, jom kita la balik, takyah la beli"

sedihhhhhhhhh.

budak 3 tahun pegang air mmg tak stabil. bukan salah nisa. salah saya. :(

terus takde mood dah nak beli baju. tsk tsk tsk. terus cari papa dekat popular.

"tadi mama kena marah"
"kenapa"
"bla bla bla bla"

mengadu hahahaha.

"takpe, ma gi cari baju, papa bawak nisa ngan anoi main games"

saya jalan2 je la, masa ni mata tgk baju apa pun dah tak cantik dah tsk tsk tsk. tak jadik beli terus cari en.laloque dan anak2

"ma, cuba tengok mata nisa, lebam"
"kenapa ni pa"
"dia lari2 terlanggar ni, seb baik tak kena mata, lasak sangat, papa jerit2 pun dia taknak dengar"

nisa dah lebam2, sikit dia tak nangis. siap gelak lagi. adoi. nisa2. macam2 perangai kau buat kan

kita nak amik gambar lebam dia ni. kemain pos maut lak dia hehe

ha tu dia. ni dah surut sikit ni. masa mula2 kena tu. biru kau.


untuk mengubat hati yang luka. saya taknak dah masuk kedai tu. sampai hati saya pulih hehehe. kecuali tiba2 dia ada display baju yang cantik tiba2 terasa nak beli. hahaha poyo.

oh ye. hari tu kan saya ambik gambar pakai baju yang saya beli kat feeza boutique, tadaaaaaaa facial mask yang dijanjikan dah sampai dah.


malam tadi terus pakai. xcited terlebih sudah :)

hehehe kesian nisa.

dah la air tin tumpah kena marah
terhantuk meja sampai lebam
balik rumah terjumpa elien la pulak ye

hehehe


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

12 komen[s]:

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

sian nisa...mama dia pun kesian jgk sbb xjd beli bj tu..

SA tu xpatut buat mcm tu..mana boleh marah customer..sian nisa nmpak bengkak dia tu....tp nmpak dia relax jer yer, kuat sungguh nisa tu..

Qila Azali said... [Reply to Comments]

ish saba je laa org tu marah akak.. bese laa tu budak2.. dorg ni apela x faham..

tapi dorg gak yg rugi, akak x bli baju dorg kan.. padan muka dorg.. (;

luvmum said... [Reply to Comments]

salam kami pun penah gak kena mcm tu.cuma keadaan berbeza.masa tu tgh mkn..budak mkn biasa la kan berterabur skali elok jer dia sapu masa kita tgh mkn tu..kecik ati tull.trus mcm sampai bebila aku tak kan jejak kaki kat situ huhu sedeykan

oneyani said... [Reply to Comments]

akak ni dah la berjiwa rapuh..sian akak..apeda orang tu..customer nak beli layan jela

kedai mak yani ade anak customer tu siap main2 dalam kedai sampai pintu sliding pon bole terbalik then pecah..tempaat fitting baju tu dorang bole gayut sampai besi pon tercabut

tp customer punye pasal layan je..janji dorang ganti balik..hoho

psttt:lawa gambo..owh lupe dah ade dslr..huhu

NINIE... said... [Reply to Comments]

kelakar lah yang bab nampak elien tuh..heheheh

lily lotus said... [Reply to Comments]

alahai benda dah nak jadikan. takpelah next time careful ekk

strawberi said... [Reply to Comments]

cian nisa...cian jugak kak vp..sbb ilang mood bli baju..meh bli kat kedai sy..cun ooo

http://myonlinebutik.blogspot.com/


hehe

♥Hernee Nazir♥ said... [Reply to Comments]

alahai siannya..SA tu pn grg btul..buknnye nisa sngaja pn..

rynas said... [Reply to Comments]

alah ciannya Nisa..alah budak2 mmg lergitu nak wat cam nerdah nak tumpah.

ehh jemah pancake durian kat mdvel tu sedap tau..perghh..kalau makan sekali mmg nak berkali-kali lah comfirm punya.

Puteri Satu said... [Reply to Comments]

samalah macam kes akak bawak aqilah tengah makan eskrim masuk kedai aksoseri klip rambut...bebudak makan eskrim kan nitik2.. wah...eksyen sa tu sound akak..budak2 bawak eskrim tak leh masuk... bis ko nak suruh anak aku dok tunggu kat luar tu? klu kena kidnap ko nak tanggung ke..?? ha kan dah dapat... hahaha.. terus sampai sudah tak hingin nak jejak kedai tuh..hahahha...

Ezrina - A wife and a mummy of two princess :) said... [Reply to Comments]

sian nisa...lebam tu..
vp pun lembut plak tu orgnye...
tpkan bab suara ckp org tak dgr tu kan... erin sama la hahahah.. :D
apesal ntah..jenuh dah jerit jerit bila ckp..tapi org mcm tak dgr je percakapan kita...halus sgt ke sore kita ni haa? hahahaha :D

antalya said... [Reply to Comments]

pics nisa sorang tu muka dia sbijik mcm maklang nye







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^