Follow Viruspadu

Tuesday, May 25, 2010

Melaka River Cruise

pagi sabtu

kitorang sarapan dengan perasan malas sekali. eh bukan kitorang. tapi saya sorang yang malas hehehe.

en.laloque dah macam tarzan dah suh siap. cepat cepat cepat cepat cepat. ya ampun. mata macam ada gam daaaaa. tengok lak anak-anak lena tido lagi. tu yang membuatkan malas tu membuak-buak dalam diri tu hahaha

en.laloque bangun awal nak snap gambar pagi kot hehehe. kagum wei. dia celik je mata terus study buku nikon d3000 dia wooo. sebelum tido study, bangun tido study. memang konfem fourflet lah macam ni wakaka.

badan letih la wok. lenguh kaki lenguh tangan tak sudah lagi ni. tapi nak berjalan punya pasal. gagahkan diri jugak la.

kalau diikutkan nak start bangun tu je yang payah. tp bila dah bangun dah start wat itu ini. dah macam mesingun pulak buat keje hahaha. korang mcm tu tak?

"cepat, sarapan sampai kul 10.30 je ni" ~jerit en.laloque di kala jam pukul 7.30 pagi. tsk tsk tsk. tak terasa ke macam kejam hahaha.

sarapan kat hotel ni boleh tahan la.

tapi saya terbayang-bayang nak makan dimsum, takde lak. hehehe demand kau!

pagi tu hujan. hujan lebat. hujan yang sangat lebat. hujan yang sangat sangat lebat. woi memang lebat betul tahu. mujur tak guruh petir kilat je. tapi memang stok hujan senget ah.

"canne ni pa?"
"tunggu hujan reda sikit la"
"boleh ke nak naik river cruise ni?"
"boleh rasanya"

bila hujan dah reda, kitorang bergerak le ke river cruise :)


rate dia:
RM10 untuk dewasa
RM5 untuk kanak-kanak

Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka
Aras 9 Bangunan Graha Maju
Jalan Graha Maju
75300 Melaka
Tel: 06 281 4322 / 23 (office hour)
Fax: 06 281 4325

Tmn Rempah: 06 286 1530
Jeti Muara: 06 286 1531




layannnnn je naik river cruise ni. slow. angin sepoi-sepoi. pemandangan indah phewwww


anoi yang xcited dengan air. dah kata anoi mmg xcited tgk air ni. ko tak dpt bayangkan betapa panik nya kak jemah pegang dia huhuhuhu



tenang giler


tengok bangunan dia pun cantik-cantik siap lukis-lukis bagai



ada dalam 45 minit la dia bawak pusing-pusing. puas la

lentikan kak jemah tak boleh blah. apa kena suka nau posing macam ni sekarang. nak cover perut ke apa ntah haha


last pose


River Cruise antara tempat yang korang mesti torai kalau datang melaka ye :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

MrS. F!zA@Mama Darwisy said... [Reply to Comments]

dah lawo2 gambar kak jemah pkai DSLR.. hehehe

Hariq-Sha said... [Reply to Comments]

comelnya nisa ngan anoi~~~~~

tentangseseorang said... [Reply to Comments]

tak bau busuk?

churalliya said... [Reply to Comments]

sama.. kitowang pun ada naik 'sampan' gak.. tapi alahai.... malasnye nak wat entry..
gmbr cantik2 la.. nak kena angkat dslr jugak la cam nih

ayien said... [Reply to Comments]

mmm kalau akak naik river cruise ni malam..akak akan nampak air pancut berirama..air pancut tu akan keluar ikut lagu yang dimainkan...kalau irama malaysia..air tu akan ikut lentok irama malaysia..kalau rock..maka rock la dia...

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

org kata air dia tu busuk ke vp?sy xpernah naik lg...alololo comelnya anoi...geram tgk...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^