Follow Viruspadu

Monday, May 10, 2010

mini reunion team kenu UUM :)

"papa, dapat tak mesej fesbuk, dorang nak plan main boling"
"takde pun, bila"
"sabtu ni, nak join tak?"
"boleh jugak"

lalalalalalala

best. lama tak jumpa senior-senior kenu. macam abang shon, abang amer, kak sarah dan lain-lain (malas taip wakakaka). sebenarnya ramai lagi yang saya teringin sangat nak jumpa. tapi mana ntah dorang ni. abang sham, abang lie dugong, abang zaki, abang nirwan perut, pakngah, abang ayam, kak shaba, muni, rep, jijah, yadadadada, adeh ramai giler yang dah lama tak jumpa ok. wooo kalau sebut satu-satu semua memang tak habis wa cakap sama lu. sebab ramai sangat.

teringat betul zaman kat UUM dulu. kitorang memang rapat giler ok. hari-hari lepak sama. hari-hari makan sama. memang terasa dah macam satu family. kiranya kalau sehari tak lepak sekali tu. kendian next day rasa macam. "eh dah lama tak jumpa kau" wahhhhhhhhh over tau hahaha. tapi memang mcm tu la. takat kongsi makanan tu memang biasa sangat.

mungkin sebabkan ikatan tu. kitorang boleh "in" la sampai sekarang. eceh. ayat terbaik :)

plan: boling
tempat: ecurve tingkat paling atas sekali. apa nama boling ni. lupa sudah hahaha (pinjunction kata lalok)

kitorang memang tak pernah sampai thecurve pun. yelah nak gi sana pun ntah apa tujuan ntah. jadi kali ni baru ada reason. eceh.

"ma, on garmin"

cis! en.laloque ni kan, ngada tau. semua nak on garmin. poyo! hahahaha. balik rantau pun nak on jugak. sampai habis bateri aku dibuatnya.

street market :). kak jemah dah macam pelancong datang dari mana ntah haha. jangan la orang mintak nak tgk IC ni. sekali tgk IC. asal KL. dushhhhhhhhhhh.

best jugak kan kat sini. sebab leh tahan murah-murah barang dia

pastu macam2 benda pelik boleh jumpa. saya ada jumpa stokin budak dari kulit kambing macam cantik giler pastu macam nak beli tapi sebab harga dia RM35. tetiba rasa malas nak beli hahahaha.

pastu ada casing e71 fink kaler. RM50. pun tak jadi nak beli hahahaha

eh eh ni sebenarnya nak main boling ke nak shopping ni nok. kau over tau kalau jumpa benda2 pelik macam ni :p

kemain susah nak mencari boling ni. siap tanya guard lagik. guard cakap tingkat 1. kitorang naik tingkat 1. pusing2 takde. cis. rupa2 tingkat paling atas sekali.

masuk2 pintu. nampak dah kawan2 yang dirindui. tiba2 rasa malu hahaha. poyo!

kak uji punya family

abang shon (kuning), paknan (coklat), family abang dol (yang kecik2 itu).

tengah tunggu orang abis main. tunggu turn.

ohye. saya tak main la. saya jaga anak sajork tsk tsk tsk. abis tu nak wat cane, stroler anak tak bawak. apa kebenda semua tak bawak. mujur kasut anoi saya bawak hahaha. so nak taknak salah sorang je boleh main. sorang kena jaga anak lor :)

tu dia gaya juara (terpaksa puji hahaha), tapi tak tahu la. juara longkang ke apa kah kah kah

tapi boleh la. boleh tahan la dorang main. eceh macam pengkritik boling pulak. padahal score dorang main pun saya tak tgk.

mana tak nya. anoi tak bagi dukung dia. dia nak berdiri tapi taknak lak jalan. nisa taknak jalan nak berdukung. letih acik. letih tahu. dah la berat2.

leparking dah nak habis main dah. hampir2 la.

abang shon, abang dol, lalok, kak sara

maisara dan anoi.

sebaya. cuma maisara tua sebulan je dari anoi. maisara jalan dah laju dah. anoi takut2 lagi. sweet je tgk dorang ni main.

masa tengah leka jaga anak, leka tgk member2 main. sekali dengar announcement. ado team sinar kek sebelah. laaaaaaaaaaaa bukan main lama saya kat situ tak perasan dorang ado haha.


"abang kril, jangan la pegi sana, siniiii"

hahahahaha... kril tu ingat saya nak bergambar dengan kak engku je. padahal niat utama nak bergambar dengan dia :)


saya ni peminat kril ok. eceh. sanggup beralih arah dengar sinar dan melarikan diri dari era sebab dia huhuhuhhuh

kurus giler diorang ni ok.

kril kurus
kak engku kurus
kak jemah boleh tahan hahaha nak jugak

kitorang lepak boling dari jam 4 sampai jam 6 kot. lepas tu babai2 semua dah kalut nak balik. dah tak macam dulu lagi. dulu sebelum balik mesti nak lepak makan2 dulu. sekarang semua bawak "handbag", semua dah meragam. jadi kena balik je la. tunggu lagi 10 tahun. mungkin masa tu lepas main boling boleh lepak2 makan. anak2 dah besar marrrrr.

itu radhi OAG tengah pefom :)



ramai giler artis yang saya terserempak kat sini. sampai artis yang saya tak kenal pun ada

"ma tu artis kan"
"ha sape"
"ala artis yang belakon tomboi tu"
"mana"
"ala ntah hape ntah nama dia"
"manaaaa"
"yang duduk sana baju biru tu"
"manaaa, ye ke pa, tak perasan la, tak cam"

hahahah see. rupa2nya laki aku lagi terer bab2 artis ni hahahaha.

sekian.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

WAHH..BESH GATHRG MEN BOWLING EKKK KAK..MASING2 BAWAK "HANDBAG"..HIHIHI

eYaNacOMeY said... [Reply to Comments]

sy pon pegi the curve smlm!! awat xjumpa kak VP pon..huhuhu :P

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

pg reunion,best..jumpe artis lagi tu...en lalok tu diam2 jer vp tapi semua artis dia kenal, nak2 artis pompuan..he he he..jgn marah..

lily lotus said... [Reply to Comments]

ohh sebelah team sinarfm jer rupanya..best2

makdara terdiva said... [Reply to Comments]

d'curve mmg pot artis..so..i selalu dtg cni kalau nak feeling2 mcm artis..haha..
even umah i dkt jer dgn d'curve tp setaun 2 kali jerk pegi..huhuhuhu..

dd dudu said... [Reply to Comments]

laa sy pun g the curve gak hari sabtu hari tu. nape x tersempak ngn kak vp huk2 ;p

yg artis en. laloque ckp tu faezah elai kan? sbb sy pun nampak die, huhu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^