Follow Viruspadu

Monday, May 03, 2010

Perkembangan An-nur


An-nur ni saya rasa dia ni manja. Manja lain macam. tak macam nisa punya manja :)

Perkembangan An-nur 10 bulan:-
1. sangat pandai manjakan diri sendiri.
dia suka tido kat peha. terutama sekali kalau dalam kereta. kita baringkan dia tido kat bantal ke apa ke. dia mesti bangun cari peha kita jugak. alololo so sweet ini budak tau. an-nur memang manja mama lebih. mungkin sebab dia menyusu badan kot. nak tido pun mesti sebelah mama. :)

2. Tak boleh berenggang
Yes. memang tak boleh pisah. kalau nak hantar ke taska paling hazab ok. dia akan nangis mcm kena cubit. tak sampai hati pun keraskan hati jugak la. kalau tak kang tak jadi keje pulak. kalau kat rumah pulak, kita kena duduk je sebelah dia. asal kita bangun nak gi toilet pun dia nangis. maknanya kita kena ada dalam lingkungan pandangan dia je. memang takleh nak buat keje lain

3. dah pandai berdiri lepas tangan.
oyye, ini memang dah penah cerita. tapi annur tak pandai la jalan lagi. paling hebat pun dia dah boleh melangkah setapak ke hadapan lepas tu dia lepas bontot duduk. dia tak berani langkah lagi. :)

4. berat dia. saya tak tahu. hahahahaha

5. kuat minum susu. oh oh. annur dah minum susu formula dah sekarang ni. ramai je yang tanya saya. annur BF lagi ke?. jawapannya tidak. dia dah start minum susu formula dah. sebab apa??? Annur kuat nyusu, stok saya tak cukup tsk tsk tsk. sekarang ni. sekali dia minum zassss abis 8oz. dia kerap nyusu. petang sampai2 rumah tu 8oz, malam 8oz, tengah malam 8oz, tengah pagi 8oz, kat taska tak pasti. hiks. tapi memang sekali dia minum memang 8oz. Saya tak rasa ralat pun dah sebab saya dah berusaha sedaya upaya saya :)

6. Pemalu dan cepat sentap
hahahaha betul weiii. dia ni orang agah2 dari jauh boleh la dia senyum2. tu pun senyum nyorok2. cuba kau nak dukung dia. meraung dia takut hahaha. cepat sentap pun satu hal. sikittttttttttt je terkuat suara. tu pun dok marah kakak dia lasak. leh lak dia ingat kita marah dia. dah sentap menangis. adoilaaa... ikut perangai sapaaaaa la ni

7. dah tu je kot. otak haku jem dah hahaha

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

11 komen[s]:

Qila Azali said... [Reply to Comments]

anoi manja sebab mama papa dia manjakan dia, kakak dia pon manjakan dia.. so chomell laa.. geramms.. hihi.. kalau dpt depan mata ni, habis laa dia.. (;

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

kjap jekk si annur ni da besa kn kak vp...

Rina (◕‿◕)✿ said... [Reply to Comments]

suke sgt annur. hope 1 day dpt jmpe die hehe..:)

Leen said... [Reply to Comments]

Geram la tengok anoi ni.. rasa nak cubit2 je~~

rynas said... [Reply to Comments]

Jemah..pemalu dan cepat sentap tu ikut sapa tuh hehhehe..
uwaaa...tag belum buat lagi hik..hik..hik..malunya nak masuk blog u..

viruspadu said... [Reply to Comments]

qila, bahaya bawak depan qila ni hik

pN, yelah kejap je dah nak setahun

Qila Azali said... [Reply to Comments]

hehe.. ala.. cubit2 manje je kalau dpt jmpe anoi.. geramm! (;

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

pemalu dan cepat sentap?? ikut sape lagi omak nye laa hikhik

Ezzah said... [Reply to Comments]

kak jemah, agaknya betul kot apa akak ckp, budak kalo nyusu badan nih, dia manja lain macam skit. ahahahah...

sbb anak bongsu sy pun dia nyusu badan lbh kurang 10 bulan pun punya ciri-ciri perangai macam anoi...eheheheh.. :D

lily lotus said... [Reply to Comments]

tang manja tu tahu ikut siapa :D

sheila said... [Reply to Comments]

alah bestnye an-nur 10 bulan leh minum 8oz...anak akak dah 16 bulan tp nak abiskan 5oz susu sikit punye hazab..dahlah makan pun ala kadar je huhuhu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^