Follow Viruspadu

Saturday, May 22, 2010

ronda ronda roda beca :)

siyes tak tahu mana nak pegi dan macam mana nak pegi istana.

dah la bengang dengan garmin yang tak bersalah dalam hal ni. yelah tengah bengang mmg sengaja mencari objek lain untuk disalahkan gitu kan hahaha.

en.laloque kata, naik beca ajer la. lagipun naik beca pun memang dah ada dalam plan :)

kebetulan rezeki pakcik ni. kitorang melintas depan dia. belum niat nak naik pun lagi. tp dah dia tanya, dan sanggup ikut kitorang hantar barang dalam kereta. tunggu kitorang benti beli air sirap bandung pulak tu. ok la pakcik. kitorang naik sekarang. eceh

disebabkan kesian ngan pakcik ni. dan memandangkan berat en.laloque semakin hari macam penimbang tu asik rosak (tak dpt terima kenyataan lalu berkata "timbang ni rosak la" ) hahaha. jadi kitorang amik dua beca la. saya duk dengan anak-anak. lalok duk sorang. anak2 taknak lak kat apak eh. lengoh tul tangan masa ni



"pakcik bawak gi istana ye"

pakcik ni bagus la saya rasa. sebab sepanjang perjalanan mulut dia menceceh je. tp bukan bercakap merepek meraban la. sebab dia bagitahu info2.

"yang bangunan cat merah ni bla bla bla" hahaha lupa. sebab sibuk layan anak

last2 dia offer kitorang benti sini dulu. amik2 gambar dulu kat air pancut queen victoria :)






kat tepi tu ada ular ok kalau nak bergambar dengan ular ke biawak ke eeeeeee.

takpe la pakcik. takpe. buat susah2 ajer offer. hehe

tengok-tengok je :)



pakcik beca siap bawakkan en.laloque gi bank kuarkan duit lagik.

pastu siap nak bawak gi makan asam pedas. kemain baik lagi dia. kesian tengok dia mengayuh beca dia. nak nak pulak time naik mcm bukit sikit tu kan. macam belolah nak mengayuh. alahai. berat sangat ke kak jemah ni hahahaha

saya doakan rezeki pakcik sentiasa murah ye pakcik. :)

oh ye, naik beca bayaran dia RM20 :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

nino said... [Reply to Comments]

akak pernah nampak pakcik tua kurus-kering kayuh beca kat belakangnya ada 2 orang laki bini gemuk + sorang anak gemuk. muka pakcik tu berkerut seribu. alahai dah tahu ko tu dua-dua gemoks janganlah menyiksa pakcik tua tu. pakcik tu kayuh jugak sebab itu cara dia cari rezeki. kalo nak romantik2 naik beca berdua pun agak-agak la kan. kesian betul pakcik tu. masa tu akak dalam kereta nak je turun bagi pakcik tu 20 hengget dan suruh orang tu ko turun sekarang.

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

bestnya vp..naik beca lagi..dah lama dah xpegi melaka nie..sy suka sgt pegi melaka...skrg ni kalu sy naik beca,harus patah kaki pakcik tu ngayuh..he he he

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

waa...bestnyer nica dgn anoi..mama n papa bw jln2 g melaka ea..

Ceera said... [Reply to Comments]

erk, murah ajer ye
ada setengah tu, mencekik...

viruspadu said... [Reply to Comments]

nino
tu la yang saya tak sanggup tgk tu :( sedih lak rasa

Softtouch [Hanim]
best tau. cepat pegi cepat

Kaseh NazLieza
sonok dorang + meragam hiks.

ceera,
a ah boleh la. murah. berbaloi la dengan usaha dorang mengayuh tu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^