Follow Viruspadu

Friday, May 21, 2010

Samudera @ Melaka

sampai sampai melaka. destinasi pertama adalah medan samudera nyeh nyeh nyeh. bukan sebab nak shopping ok. tapi sebab kebetulan parking situ. dan memang tahu kat situ je. si pakcik garmin ni orang suruh tunjuk jalan pegi istana. asik ter TURN LEFT TURN LEFT tapi tak gak sampai-sampai. tensen acik. last last pegi mampos sama engkau punya turn left. baik parking je masuk medan samudera ni dulu. dah la orang tangah sakit perut ni wakakaka.

bila dah masuk macam bekenan dengan bakul lak. terus sambar bakul sampai lupa sebenarnya sakit perut wakakaka. hei perempuan perempuan haha.


en.laloque punya taktik sekarang ni bagus wooo, saya ingat nak beli baju nisa ada satu yang bekenan tu

"alahhhh, papa lupa kuar duit ah"

haaa tu tektik tu. tahu dah. tak aci ok nak kuar jalan tak kuar duit dush dush dush hahahaha. tapi elok gak tu. tak la awal2 dah bazir duit ye tak eceh tetiba bajet angel padahal kauuu


lepak kejap je kat situ. tp sempat jugak la saya sebat beg kecik, bakul, baju selai hahahaha. dalam hati en.laloque "phewww seb baik aku selamat" hikhikhik


terus lintas jalan, nak masuk muzium samudera pulak.

dewasa masuk RM2.00 kanak2 RM1.00 kalau tak sekolah macam nisa dengan anoi ni FREE :)





masa register dia kasik plastik untuk simpan kasut apa bagai. ok la fine.



ingat macam kat rumah la. nampak je tangga terus tanggal kasut. gigih ok. nak ikut peraturan punya pasal. nak naik tangga sikit punya panas giler kaki. terloncat2 kitorang anak beranak di buatnya hahaha, tercarik2 jugak kat mana tempat letak kasut. takde.

sekali cisssssssss

rupa-rupanya, nak masuk dalam kat atas kapal dalam tu baru tanggal kasut hahahaha. adoila. fail betul la.

panas oooo kaki masa ni. muka je menten senyum. padahal.

patutnya kat tangga tu tulis "jangan tanggal kasut kat sini, tanggal kat atas sana" eceh padahal semorang pun saya tgk tanggal kat atas. eh mcm mana dorang tahu ek :p


ini kat bahagian dalam kapal. siap ada ekon bagai la kan. baru la nampak tempat kasut. hahaha. seb baik tumit kaki tak cedera. siyes panas tuuuu. matahari atas kepala kata ko kan.

ok layan gambar je la. letak caption pun tak guna korang bukan paham ecececece. (lupa sebenarnya)




gambar yang paling sweet :) sama je pulak gaya nya tu. COMEL.








kusyuknya muka.




best la.

cuma nak baca satu-satu tu tak sempat. sebab mengejar waktu. kan hari jumaat :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

3 komen[s]:

rynas said... [Reply to Comments]

uits cam besh jer...

miss mumun said... [Reply to Comments]

mumun perasan yang nisa punyer lentok sepesen jer.. hihihi

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

kapal tu cam best jer.. teringin nak pegi nie jemah oi







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^