Follow Viruspadu

Saturday, May 15, 2010

stroller oreng

ini stroller yang ke tiga kot dalam genggaman hehehehe.

stroller yang pertama dah habis lunyai. hari2 lenjan sampai hancur roda dia. masa ni an-nisa 7 bulan :)


lepas tu beli stroller kaler fink


stroller ni ok. sampai sekarang pun hokey je lagi. tapi dia takleh lipat beria2. maksudnya bila dah lipat nak masuk dalam kereta pun masih "besarrrrrrrr punya" lagi. kereta kitorang tu dah la jenis semua stok bonet kecik cotek punya. kembara punya bonet kecik. viva lagi la. jadi bila besar sangat asik la malas nak bawak. eh eh stroller pink ni kembara je dia muat. kalau bawak viva langsung tak muat wok. tensen guwe. kalau dah malas nak bawak stroller jawapannya bermasel2 la tangan ko dukung anak kan.

anoi berat dah.

saya terdaya dukung dia kalau jalan dalam setengah jam mcm tu je. rasa macam gagah lagi. lepas tu rasa semua urat punya alignment dah lari dah hahahaha.

yelah saya jaga anoi, suami jaga nisa. dah terbiasa dengan tugasan macam tu. dah macam tugasan AF lak hehe

saya selalu je macam merengek2 dekat telinga suami. tangan sakit semua. last2 saya suh dia je dukung. tengok2 sekarang dia pun tak tahan wakakakakaka.

"kita beli stroller lain nak tak, yang kecik sikit, senang nak bawak"

wahhhhhhh terus la I suka you.

Jcard Day kek jasko seremban ni adalah 20hb ni. so rasa macam rugi pulak beli sekarang

"dik kalau jasko day kang, stroller ni dapat diskaun berapa?"
"takde kak, yang ni takde diskaun"

ooooo kalau macam kita sebat sekarang je la.

ok untuk rujukan korang. stroller oren yang saya sebat itu berharga RM189. boleh beli kat jasko yang berhampiran rumah korang. kalau takde. nasib korang. hahaha

oh ye. lari topik sikit. saje nak tayang baju yang saya beli kat jualan kraf NS hari tu. nak tayang bukan apa tau korang. perasan tak baju batik saya ni. yang kain batik tu. perasan tak? kain batik yang mak2 pakai kat rumah, tp dia buat design baju kedut2 hahaha. sebab pelik. jadi saya beli hehehe


ok dah. tu je.

nak tunjuk stroller dan nisa yang merajuk

stroller ni boleh dipakai dan menampung berat sampai budak umur dia 4 tahun.

"papa, kalau mcm ni, stroller pink tu kita jual je la. nak tak?"
"aik ye ke nak jual"
"ye la, bukan pakai pun"
"yakin ke"
"yelah"
"kang ada baby lagi kang"

cisssssssssssssssssss!!!!!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

Qila Azali said... [Reply to Comments]

"kang ada baby lagi kang"...

waa ayat tuu mahal tu kakk.. sila bersedia.. ngeh2.. :p

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

VP, stroller yg pink tulah sy nak beli utk anak no2 sy nie..jgn jual lah vp sbb kot2 nnti ade bb ker..simpan jelah..tp buatnya yg akan dtg ni boy camne?:)

rynas said... [Reply to Comments]

yor mana cukup dgn 3 kali beranak jer...mau lah lebih yer tak hehe..

oneyani said... [Reply to Comments]

muahaha nak lagi berbaloi akak..bg adiah kat atam..nanti akak 'ter'mengandung lagi..bole mintak balik..kire bg pinjam je la kekdahnye=p

viruspadu said... [Reply to Comments]

Qila Azali
hahaha ayat menyakat je tu eceh buat2 tak paham

Softtouch [Hanim]
tu, kalau boy canner :p pening tu

rynas
kadang2 bila letih rasa macam dah cukup, kadang2 rasa tak cukup hehe

oneyani
atam nak kaler ijau je







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^