Follow Viruspadu

Thursday, May 06, 2010

tulang

sedang saya ralit mengetip kuku

en.laloque baik punya melompat landing di atas katil sambil memegang e71 dalam tangan. tu tak habis-habis dia nak install apakendamenatanglagi ntah hahaha. minat betul dia dengan e71 tu. hari2 ada je dia sembang.

"wah mama, best ah henpon ni, boleh buat itu ini itu ini wooo, canggih"

"ma, tadi papa install bla bla, best tuuu"

"best ah, papa pun nak beli lah"

"kita tukar phone nak ma"

hahaha ha yang terakhir tu jawapan dia "kirim salammmmmmmmmmmmmm" hahahaha bajet kedekut dengan laki sendiri hahaha. takde la papa, nak tukar pun tukar laaaaaaaaaaa. takde hal beb. eceh eceh

ok ok berbalik kepada cerita asal.

selepas dia melending melompat atas katil. tiba-tiba dia mengaduh. pastu macam mengerang sakit.

"mama, sakit, uh sakit, uh sakit" ~ceh macam mana nak tulis dia mengaduh sakit tu ha. korang bayangkan je la eh. sambil buat muka keronyok-keronyok sakit.

mula-mula saya ingat dia main-main. siap jeling-jeling manja, "apo kono tu paaaa, ngada tau, lompat lagi, mcm budak2"

"ma tolong, tulang papa ni tulang papa" ~suara dia lain macam

terus melompat la saya, dah la semalam melompat anoi jatuh katil, hari ni melompat pasal laki pulak hahahahaha. ni kalau laki bini masuk olimpik acara melompat-melompat ni, sahih la juara terbaik ni hahahahaha

"kenapa ni pa" ~panik
"tulang papa terkehel"
"mcm mana ni"
"tulang papa terkeluar dari soket dia ni"
"abis tu mcm mana ni pa"
"kaki papa takleh lurus ni sakit sakit"
"mcm mana ni pa, jom hospital jom" ~ dah nak start nangis, adoi perempuan2
"jap, ma tolong tarik kaki papa"

jenuh ok aku tarik kaki dia, ko tahu je la kaki lelaki, dengan tangan perempuan yang lemah gemalai ni nak tarik. memang susah la kan. terkial2 di buatnya

"ma kena tarik rentap kuat-kuat"
"dah kuat la ni"
"rentap kuat, sekali zap tu"
"dah paling kuat ni"

hahahahahaha terkial2 tau, dah la panik rasa nak nangis tgk muka suami menahan sakit. kederat pulak tak kuat nak tarik tulang dia kuat2

pujuk2 spital taknak pulak tu. memang DEGIL

usaha jugak saya tarik. padahal rasa macam bahaya kalau saya tarik tetiba jadi lagi teruk. canne kan.

en.laloque tunjuk kaki dia. memang nampak tulang terbonjol tau. adoiiiiiiiiiiiiiiiii ngeriiiiiiiiiiii.

tarik tarik tarik, last2 ada jugak bunyi mcm "krappp" macam tulang dia dah ok sikit, macam dah nak masuk sikit. tapi bonjol tu ada lagi

"cuba papa bangun jalan"

terhenjut2 dia jalan. pelan pelan. "krappppp" bunyi lagi

"hahahahahahaha legaaaaaaaaaaaa nya"

ek eleh tahu ko gelak kan hahahaha. aku dah penik nak mampos dah ni tau.

"hahahaha legaaaaaaaaaaaa, dah ok dah ma"

dia tunjuk bonjol tulang dah takde dah. saya pun lega la kan. apa lagi lepas tu sesi mengutuk la pulak

"apa daaaaaa tulang expired ni pa hahahaha"
"ala tulang ni mmg dari dulu ni, dulu masa main ragbi dulu lagi teruk"
"lain kali lompat lagi hahahahaha"

adoiiiiiiiiiiiyaiii laki den. apa kata papa masuk raja lawak tahun depan. haha

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

13 komen[s]:

kak moon said... [Reply to Comments]

haish... apa la laki kak jemah ni.. bikin panik 1 Malaysia jer.. hehehe..

boleh pulak tulang tu main keluar masuk ye.. cam ngeri je.. seb baik xde gmbr.. klu tak ngeri oo..

viruspadu said... [Reply to Comments]

moon, akak pun mana sempat nak snap gambar, kata panik kan, nak tarik tulang kaki dia lagi. hahahaha

ija said... [Reply to Comments]

appara abg lalok ni...hahaha

viruspadu said... [Reply to Comments]

ja, ko tahu2 je la lalok tu. kadang2 kan sengal. hahahaha.

Qila Azali said... [Reply to Comments]

nervous btol bace post ni.. rasa mcm berada di tempat kejadian.. tapi bayangkan tulang en laloque terkeluar dri kulitt.. hohohohoh.. seramss..

viruspadu said... [Reply to Comments]

qila, kalau mcm tu ngeri sangat tu. tak dapek den nak bayang an

Qila Azali said... [Reply to Comments]

jangan bayang kan kak.. heheh.. seramm wohh tengok tulang.. qila dulu masa kena patuk ular, lepas bedah tu tengok kaki.. fulamakk tersusun jee tulang jari tu.. heheh.. pastu pengsan takot tengok kaki sendiri..

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

hahahaa...men lompat2 plak en laloque ni...kak vpda drama dlu daa...hihihi

RieNa said... [Reply to Comments]

ni kalau laki bini masuk olimpik acara melompat-melompat ni, sahih la juara terbaik ni hahahahaha - saya gelak tersembur kueh dlm mulut baca ayat ni. hahahahaha! lawak ah jemah laki bini ni

luvmum said... [Reply to Comments]

kalo dah sumer teree bab lompat2 ni satu keluarga la leh join olimpik huhu.apa laie leh join pasni raja lawak musim terbaru huhuh

viruspadu said... [Reply to Comments]

Qila Azali
ok jangan bayangkan haha

:: p R i n c E s S _ N ::
tu la semalam lompat. hari ni lompat

RieNa
sebab mmg betul2 melompat, hahaha

luvmum
ha tu la, nak paksa lalok masuk raja lawak ah mcm ni. bikin panik orang

Ceera said... [Reply to Comments]

menakutkannnnnnnnnnnnn

ann @ hatiberbunga said... [Reply to Comments]

hish! wat gabra org je en.laloque ni. :P







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^