Follow Viruspadu

Sunday, May 30, 2010

tutorial filter di emel yahoo

~atas permintaan, saya upkan entry ni :)

salam semua.

semalam kan saya mengajar emel kat office. tp saya mengajar emel office la kan. then lepas mengajar seharian. masuk pulak emel yahoo.

saya tengok ramai jugak yang masih tak berapa perasan fungsi filter ni.

fungsi filter ni mcm ni tau

kita buat satu folder khas untuk emel-emel khas

contohnya saya buat satu folder bernama facebook, untuk semua emel-emel dari facebook. so dia tak menyemak la kita punya Inbox kan

ok cara dia mcm ni

lepas kita sign in emel. biasanya ini la paparan yang kita nampak kan.

yang bahagian tepi ni, ada folder kan, klik Add. buat satu folder FACEBOOK


lepas tu, kat bahagian kanan tepi ni ada bahagian mobile, option, help ni. kita kena klik Option, lepas tu klik More Option


nampak tak saya bulatkan filters tu, bukan accounts tau, tapi klik FILTERS


lepas klik FILTERS. klik Add Filter

[klik gambar nak tengok bosar sikit]

lepas tu letak filter name: facebook (letak nama apa2 pun boleh je sbnrnya)

bahagian sender tu, contain letak "@facebookmail.com"
yang lain biar kosong

kat Move to Folder tu, pilih folder FACEBOOK yang kita buat tadi.

lepas tu klik save changes.

siapppppppppppppp.

then nanti semua emel facebook semua masuk folder tu terus ye. so tak kacau dah kita punya Inbox.

sama je kalau korang nak buat folder khas untuk emel-emel lain. sama je step dia

selamat menikmati tutorial tak seberapa ini.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

13 komen[s]:

Qila Azali said... [Reply to Comments]

tutorial ni lahh qila tunggu kak!!! mekasih bebanyak banyakkkk.. (:

ikan emas said... [Reply to Comments]

Salam,

memang benda ni la yg kita dok nak tau...iyer laa sik menyemak dgn fb punye.

...boleh la di sebar-sebarkan ilmu ni kan?

Faz's UniQue said... [Reply to Comments]

alamak...sgt² berguna n3 jemah nie, leh try wat filter kt mailbox² yg ado...ms jem...ehe kalo kt gmail ke hotmail ke...sama gak yer ;-)

Asiah Termizi said... [Reply to Comments]

Kak VP,
terima kasih! dah try pun. hehehehe. sukaa.

atiqahtuty said... [Reply to Comments]

salam kak
bole tak kite nak buat satu folder dalam email so that kite bole letak n pindah file keje yang kat dalam laptop kite kat situ?
he3 btw thanks untuk info yang berguna ni =)

nabilla said... [Reply to Comments]

wahh tanks 4 da very useful tips kak

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

thanx vp...

eLLy said... [Reply to Comments]

Selalu masuk tak tinggal komen..
skarang saya nak ckp ..

tq for the info ;p saya dah buat
menjadi beb ..

marinahunny said... [Reply to Comments]

tq jemah..pandai cikgu jemah ngajor..

~masalifah~ said... [Reply to Comments]

oh, xperasan pulak yahoo pun ada filter. ngeh ngeh ngeh.
lps ni xyah la bersusah payah nak clearkan emel2 sampah, boleh set auto delete je :D

oli said... [Reply to Comments]

thanks vp...saya sudah buat!!!

Jasfyra said... [Reply to Comments]

bagus ar tutorial ni.saya dah buat.tq :)

Mardhiyyah Fadzil said... [Reply to Comments]

akaaaakkkkkk.... kita guna gmail... tak jumpe... huk. huk. huk. ajar lagi...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^