Follow Viruspadu

Monday, May 10, 2010

Untung jadi anak kesayangan :)

ok anak kesayangan tu sebenarnya saya lantik sendiri hahahaha. matik la kena pijak dengan adik beradik nanti ni hahahah

disebabkan minggu ni semua adik beradik tidak balik kepangkuan ibu bapa. cuma anak yang paling lemah lembut ni je balik. emak saya terkejut betul

"eh andak, terkejut mak, ingatkan atam tadi"
"hehehehehe"
"yelah sebab atam dah lama tak balik, mak ingat kan dia tadi"
"eh kan atam balik minggu lepas mak"
"yelah. takdelah dia kan dekat, biasanya dia selalu balik"
"ooo dia ada hal kot"

hahahaha atam. sila alert sekarang hahahaha. emak merindui mu. eceh

sampai2 rumah mak. letak je beg. terus kaut nasik. sampai rumah mak je otometik perut aku ni lapar. heran betul hikhik. nak2 tengok mak bentang ulam baik punya dalam bekas besar. ada rendang ada ayam masak kicap. memang terbaik meratah dengan si uteh.

lewat malam sikit. abah pulak balik. pun terkejut saya ada. hahahahaha. yelah biasanya saya balik cheras kan selang seminggu. minggu lepas dah balik. tu yang dorang bajet saya tak balik tu.

"andak nak makan tak" ~abah pulak tanya. dia tak tahu anak dia ni mentederah tak hengat tadi
"nakkkkkkkkkkkkkkkk"

giler kuat makan saya ni

disebabkan anak kuat melantak dia ni nak makan. mak saya terpaksa la sengseng lengan lagi. masak tomyam udang tengah2 malam hiks. patut luku je dapat anak macam ni haha.

udang galah besoooooooooo giler, tp dah masak udang tu kecut la sikit kan. tp still besar saya rasa


bila zoom nampak kecik. tapi pedulik hape dalam gambar. asalkan saya makan sodappp


yum yum yum yum yum

burp. best giler ah dapat makan sedap. dan dpt makan banyak. takyah ingat orang belakang.

untung gak balik kampung time takde orang ni hihihihihih

kepada adik beradik. sila jeles dengan banyak ye :)

dan entry ini diakhiri dengan wajah nisa yang tiru aksi maksu dia si sepet. :p


sekian

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

18 komen[s]:

eYaNacOMeY said... [Reply to Comments]

ya allah kak jemah..di kala ujan lebat ni..pewot pula dh nyanyi lagu industan..akk bleh plak published tomyam yg marbelesss niee..wawawa
mmg terliur sy di buatnyee..huhu.. sy yg bukan adik badik akk ni pon dh jeless tgk akk mkn tomyam tu!!!huhuhuhu :P

atty's said... [Reply to Comments]

kecurliur nengok..udang tuh..

Mummy Dasy said... [Reply to Comments]

mmg lapo tgk tomyam tu

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

uihh lazatnye tomyammm

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

amboi2..ank kesayangan dpt layanan istimewa gitew..ehehe

zino said... [Reply to Comments]

masakan mak paling sedap in the world kan hehe

Leen said... [Reply to Comments]

warghghg! tension tengok tomyam time2 cenggini..

rynas said... [Reply to Comments]

sedapnya tomyam. tulah untungnyer jd anak kesayangan ni kan jemah..kan..kan..

A.I said... [Reply to Comments]

sama la cam aku gak. msk je umah mak, trus jd kebulor. ekekekeke...

Diyana Zulkifli said... [Reply to Comments]

besarnye udang..nak cikit..:p

Diarihatiku1976 said... [Reply to Comments]

ibu.. kalo dia rindu.. mesti dia selalu sebut kan...

Ceera said... [Reply to Comments]

nasib baik atam tak heran dengan udang...

besoknye, mak plak masak sedap2 untuk atam tauuuuuuuuuuuuuuu

kain_sari said... [Reply to Comments]

sedapyer akak..nak jugak..
langkah kanan kak jemah lik umah kali nie..;p

lily lotus said... [Reply to Comments]

alahai comelnya anak dara vp tu. eh..tgklah mama diakan

MasLieNa said... [Reply to Comments]

shedapnya kak..

MasLieNa said... [Reply to Comments]

shedapnya akak..

MasLieNa said... [Reply to Comments]

shedapnya akak

Masliena
http://sdiet2.blogspot.com

MasLieNa said... [Reply to Comments]

shedapnya akak..

Masliena
http://sdiet2.blogspot.com







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^