Follow Viruspadu

Friday, June 18, 2010

25: Kongsi Pengalaman: Ibu Mertuaku

Salam kak jemah,

nak share cite pasal ibu mertuaku ni.Ekceli tak elok kan cite pasal family kt orang,tapi utk share je la eh.Sumtimes kita kena share gak,kalo pendam sorang2 parah jadiknye..

permulaan rumahtangga, hubungan saya ngn MIL tak berapa baik tapi masih ok la..sebab dia sebenarnya tak suka kami kawen awal dan saya bukanlah menantu pilihannya.lama-kelamaan hubungan kami bertambah baik wpon pernah jugakla bermasam muka.Saya tak taula,nape sampai sekarang nak kata saya sayang kat dia, tak sayang mane la..itu memang dia sendiri komplen kat saya mase kitorg gi umrah bulan puasa tahun 2007.katanya dia tak rasa pun kasih-sayang antara kami,

to tell u the truth, saya pun rasa camtu.malahan husband saya pon rasa kasih-sayang ibunya tak serimbun ibu-ibu lain sebab MIL saya ni jenis kasar dan agak garang.

Dah 5 tahun usia rumahtangga saya, skrg alhamdulillah hubungan saya dgn MIL takde masalah.Saya memang jarang sangat call atau sms MIL begitu juga husband saya.Cuma lately ni saya noticed dia semakin kedekut dan berkira sangat, wpon ekceli dia mmg agak berkira jugak sebelum ni.Tapi now dah obvious dan menjadi pulak.

Bibik saya dan kakak ipar tak dibenarkan guna washing machine bila kami balik kg,disuruh basuh baju pakai tangan.Alasan,bil letrik tinggi.Padahal bila balik semua dah sah2 baju bertimbun-timbun.bibik-bibik tu kang kena jaga budak2 lagi..now bibik saya pon dah pandai, bila balik rumah MIL je dia kumpul baju2 kotor utk bawak balik basuh kt rumah je.
Bila bibik minta daun sirih utk buat mandi anak kecik saya yang gatal2 badan, dia dah tak bagi.

Dulu bagi je.. alasannye..dah keturunan saya kecik2 memang kena gatal2..dah besar sok okla tu..
alahai..takkanla nak biarkan camtu je..so saya kata kat bibik,takpe la..nanti saya beli je kat pasar chow kit daun sirih tu..

tak payah mintak apa2 dr nenek lagi..
MIL juga ringan tangan pada cucu-cucu,suka menjerit memekik yg mana saya rasa sangat tak selesa..

that's why cucu-cucunya pun tak berapa nak sayangkan dia..

anak-anak saya lebih sayang mak saya sebab mak saya tak pernah tangankan diorg..mak saya layankan aje perangai budak2..yelah,dah nama pun budak2 kan..

kena la biar diorg belaja dr kesilapan..kalau semuanya dah tak boleh,mcm mana diorg nak belajar dr kesilapan?

aduhai..






***

apa pandangan korang?

saya berharap semuanya akan menjadi lebih baik suatu hari nanti. kita doakan yang terbaik ye :)



ingin berkongsi pengalaman, emelkan kepada saya viruspadu@yahoo.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

Deceptive said... [Reply to Comments]

Salam. Saya secara peribadi rasa takde ruginyalah kalau tak berbaik & MIL yang macam tu. Bukan nak menghasut tapi kdg2 dalam pada kita cuba nak mengambil hatinya sgtpun..last2 kita jugak yg.nampak buruk di matanya. Apa yg penting, hubungan kita & suami kita tetap baik dari hari ke hari, itulah kemenangan & kebahagiaan yang sebenarnya.

miss mumun said... [Reply to Comments]

Salam. mumun belum kawen lagi. Mumun takot sangat2 kalau berlaku perkara nie pada mumun akan datang. PALIS PALIS.. huhu.. Semoga penulis tabah.. kuatkn semangat demi anak2..

MasLieNa said... [Reply to Comments]

Salam..bg saya pulak,walaupun ibu mertua dia tetap ibu kita jugak.
dia yg menjaga suami kita waktu kecik,org yang kita sayang kan.
takpa sebagai org muda kita jgn sakitkan hati mak mertua,Insyaallah dengan peribdi kita yg penyabar sentiasa bertolak ansur lama kelamaan mak mrtua kan sayang juga..kan Allah dah janji balasan baik akan dibalas dengan kebaikan jugak..
ada satu kisah untuk jadikan tauladan untk semua yer..

Ada seorang menantu memang tak suka kan mertua dia sebb mertua dia memang jenis yang selalu sakitkan hati dia.dia memang tak tahan dengan peragai mertua dia.
suatu hari dia pergi berjumpa dengan seorang bomoh yang memang pandai la.pastu dia pun cerita la A t Z pasal masalah dia dengan mertua dia.dan dia minta bomoh tu buatkan ramuan racun untuk ibu mertua dia sebb dia memang sakit hati sangat2 dengan mak mertua dia.bomoh ni pun bg la satu racun tu dekat menantu ni la.tp bomoh tu pesan,masukkan air ni dlm setiap masakan dan layan ibu mertua sebaik mungkin sebb tak nak orang lain syak nanti kamu adalah pembunuh ibu mertua.pas tu menantu ni pun balik la dengan penuh senyuman sebb orang yg dia tak suka tu akan mati tak lama lg.
Maka menantu ni pun bermula la untuk meracunkan mak mertua dia.dia pun layan la mak mertua dia hari2,bergurau senda.
lama2 kelamanya mak mertua dia sgt sayangkan dia dan dia adalah menantu kesayangan.dia pun rasa sesuatu kat hati dia,dia makin sayang sangt kat mertua dia ni.
pas tu malam tu dia nak tidur baru dia teringt dia selalu bg mak mertua dia makan n minum racun yang dia minta dari bomoh tu.
pas tu dia menangis saja sepanjang malam sebb dia tak nak kehilangan orang yang dia sayang.dia sangt sayangkan mak mertua dia..
keesokkan hari nya dia pun pergi la jumpa bomoh tu untk mencari penawar racun yg digunakan selama ini,
Bomoh tu pun tanya,bukan kah dulu kamu sangt benci kepada ibu mertua kamu dan kamu memang nak membunuhnya?
menantu pun jawab : Memang dulu saya sagt bencikan dia sebb dia selalu sakitkan hati saya.tp bila saya cuba memahami dia,saya selalu makan dengan dia.saya rasa saya amat menyayangi dia.saya tak nak dia mati..saya menyayangi dia seperti ibu saya sendiri.
Bomoh tu pun jawab:Tu la kan,kalu kita selalu bersama orang tu,kita cuba memahami dia,kita akan sayang sgt kat org tu.sebenarnya selama ini yang saya bg adalah air biasa saja.Awak tak racunkan mak mertua awak pun..

Moral dari story ini ;-
Berbuat baik dengan org walaupun orang itu sangt benci kat kita,Insyaalah dia akn sayangkan kita nanti.cuma tunggu masa saja.

zia said... [Reply to Comments]

Saya lak takde mak mertua..harap tabah dlm menghadapi segala ujian dlm rumahtangga..mcm mana lak hubung mak mertua dgn suami?..mcm dia layan akak juga ke..klu sama memang dia kedekut betul la tu..huhuhu

edrina said... [Reply to Comments]

Salam~

Mmg bahagian dugaan masing2 kan.. tapi cuba ambik benda ni sebagai sesuatu yg positif. Kalau mak mertua kita tak boleh berubah.. biar kiter yg berubah.. cuba maafkan dia, sayangi dia seikhlas mungkin walaupun susah..walaupun dia benci kita & berkasar dgn kita.

Allah berfirman "Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hamba2nya" --> law of attraction (where like attracts like).
Kalau kita berubah dulu insyaallah dia pun lama kelamaan akan berubah.

Kalau kita berbuat baik pada dia, bersangka baik pada dia insyaallah satu hari nanti aura baik kita tu akan meresap kedlm hati dia.

Mmg senang utk org2 yg tak menghadapi situasi ini beri pandangankan tapi cuba lah.. jgn putus asa..istiqomah & berdoa lah selalu pada Allah agar dilembutkan hati beliau.

Ini doa yg saya nak share waktu pegi ceramah motivasi dato dr fadzillah kamsah 'mengangkasa ibubapa sbg motivator'

Ya aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir - baca lah selalu terutama berhadapan dengan ibu mertua.

Percayalah kita boleh berhubung melalui minda dan kekuatan minda terbentuk melalui solat. Saya doakan agar hubungan mereka akan baik & lepas ni penuh dgn kasih sayang..insyaallah.

The Womanish said... [Reply to Comments]

salam,
inspiring betul cerita masliena ni...tapi betullah...seboleh-bolehnya bersabar.
mcm deceptive ckp, yg penting kebahagian suami isteri :)

Usaha terakhir, kalau org tak suka kita...kita diam ajelah..doa je semoga hubungan tu pulih. Mungkin itu yg terbaik.

I ni baru nak start2 belajar blogging...tgh tgk sana tgk sini :)
Sukalah tgk ramai rupanya bloggy mom ni kan.

salam,
thewomanish.blogspot.com







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^