Follow Viruspadu

Tuesday, June 22, 2010

25: Kongsi Pengalaman: Kahwin Muda

Salam Kak VP,

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman, susah senang, payah jerih yg saya dan suami hadapi sepanjang bergelar suami isteri. Bukan untuk meminta simpati mahupun pujian. Tapi sekadar berkongsi pengalaman, dan siapa tahu, dapat dijadikan pengajaran buat pasangan suami isteri yg lain.

Saya dan suami bernikah pada usia yang cukup muda. Seawal usia 19 tahun. Ya, kami berdua sama2 berumur 19 tahun pada waktu itu. Kisahnya begini :

Saya dikecewakan oleh seorang lelaki berumur 28 tahun pada ketika itu. Kami sudah berjanji sehidup semati, dan dia juga telah melamar saya untuk menjadi suri hatinya. Pada waktu itu, saya baru berhenti dari melanjutkan pelajaran di UiTM Alor Gajah. Saya bekerja dan tinggal sendiri tanpa menyusahkan keluarga kerana saya sedar, itu keputusan saya, dan tidak mahu membebankan keluarga. Hubungan kami hubungan jarak jauh. Saya di KL dan dia di Ipoh. Pada masa yang sama, saya telah berkenalan dengan suami, kami boleh dikatakan rakan akrab pada ketika itu. Hubungan saya dan jejaka berusia 28 tahun itu tidak panjang. Hubungan kami ditentang hebat oleh ibunya. Dengan alasan, saya terlalu muda untuk mendirikan rumahtangga. Saya kecewa kerana insan yang saya cintai mengikut kata ibunya tanpa menegakkan hubungan kami. Akhirnya, saya akur. Tiada jodoh antara kami.

Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena. Itu yg boleh saya gambarkan keadaan saya ketika itu. Mujur ada suami, teman baik pada masa itu. Dia lah yang membantu saya untuk bangun kembali, meneruskan kehidupan. Dia lah yg menjaga saya, kerana pernah satu masa, saya cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari rumah saya di tingkat 5. Alhamdulillah, Tuhan utuskan seseorang untuk membantu saya.

Sejak dari itu, kami semakin rapat. Hubungan seorang rakan bertukar kepada perasaan kasih dan sayang. Tanpa diminta. Masing2 membisu. Tak pernah meluahkan perasaan masing2. Tiba suatu masa, kedua2nya seakan faham dengan perasaan satu sama lain. Suami saya membuat keputusan untuk bernikah secepat mungkin. Kami bernikah ala kadar, memenuhi syarat wajib. Tanggal 4 Oktober 2008, Hari Raya Aidilfitri yg ke-4 dan juga hari lahir suami, kami dinikahkan.

Pada masa itu, suami masih lagi menuntut di Kolej Segi, Subang Jaya. Saya pula bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat semi-government. Dengan gaji serendah RM1300, saya tampung kehidupan kami berdua. Kami hanya menyewa sebuah bilik di Bangsar. Tak mampu untuk memiliki sebuah rumah. Tak punya kereta, hanyalah sebuah motor. Tapi kami lalui dengan tabah kerana kami sedar, ini yg perlu kami tempuh selepas kami nekad dgn keputusan untuk bernikah. Masing2 tak mahu menyusahkan keluarga masing2. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pernah suatu hari, sudah tidak ada makanan lagi untuk kami makan. Kami berkongsi sebungkus maggi kari. Ya Allah, hebatnya dugaanMu. Tapi kami redha.

Januari 2009, kami berpindah ke Petaling Jaya. Tapi masih menyewa bilik. Pada masa ini, kehidupan kami lebih baik kerana suami saya mengambil upah photography dgn kamera DSLR nya. Alhamdulillah. Saya masih lagi bekerja pada waktu ini. Berulang alik ke Pusat Bandar Damansara sendirian. Hanya sekali dua suami menghantar ke pejabat kerana saya tahu dia perlu bergegas ke Subang untuk menghadiri kelasnya. Menangis? Setiap masa!! Pernah timbul rasa sesal kerana mengikut hati untuk bernikah awal tapi saya sedar, tidak ada apa yg akan berubah hanya dengan menyesali perbuatan kami dulu. Melainkan, berusaha bersungguh2 untuk memperbaiki keadaan.

April 2009, saya tidak lagi bekerja kerana kontrak saya dengan syarikat tersebut telah tamat. Disebabkan suami tidak bekerja, dan kami tidak punya pendapatan untuk membayar sewa bilik, saya menggadaikan rantai emas pusaka pemberian nenek. Berhari2 saya menangis. Sungguh saya sesal mengikut darah muda. Suami cuba menenangkan saya. Alhamdulillah, kita ada hubungan yg sah dan halal. Tak seperti remaja2 lain. Sudah berkahwin, tapi masih belum bernikah. Saya rasa anda tentu faham bukan? Sudah terlanjur sebelum ada apa2 ikatan.

Alhamdulillah, rezeki datang tanpa disangka2. Suami pulang ke rumah ibunya, dan salah seorang saudaranya mengajak untuk sama2 memulakan bisnes. Masih saya ingat, Mac 2009, saya keluarkan segala duit simpanan, gadai barang kemas untuk dijadikan modal bisnes suami. Kami berdoa, dan meminta restu ibu mertua saya supaya mendoakan kejayaan kami. Alhamdulillah, ibu mertua merestui kami kerana dia sendiri tersentuh dengan kecekalan kami. Tidak pernah walau sekali pun, kami meminta pertolongan mereka. Apa yg membuatkan ibu mertua saya lebih tersentuh, suami saya adalah anak tunggal. Tidak pernah susah kerana sejak dari kecil, segala permintaannya akan dituruti. Tapi sejak berkahwin, segala macam payah jerih dia lalui.

Penghujung April 2009, bisnes membuahkan hasil. Sudah punya keuntungan walaupun hanya sedikit. Terima kasih Ya Allah! Suami makin ligat berbisnes. Sedikit pun tanpa perasaan malu atau takut untuk mencuba. Alhamdulillah, rezeki makin bertambah. Penghujung Mei 2009, masih saya ingat, tanggal 28 Mei 2009, kami berpindah ke rumah kami sendiri, di Pantai Hillpark. Perasaan syukur itu tak pernah padam dari hati saya. Acap kali, mulut menyebut alhamdulillah.

Panas yg kusangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sedang saya bahagia melayari kehidupan seorang isteri, menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, menyiapkan keperluan suami, saya dikejutkan dengan penemuan SMS, bukti suami menjalinkan hubungan sulit dengan seorang perempuan. MasyaAllah! Tak disangka2.. Saya menangis berhari2. Pada waktu ini, suami sibuk menjalankan perniagaannya di mana dia sering outstation. Saya jarang sekali mahu mengikutnya kerana tidak mahu mengganggu tumpuannya.

Agak lama saya pendam. Tapi pada suatu hari, saya tekad untuk menyoal suami tentang hal tersebut. Suami mengakuinya. Hancur luluh hati saya. Segala macam pengorbanan saya lakukan demi suami tapi ini balasannya? Baru senang sedikit sudah lupa asal usul? Sudah lupa pengorbanan orang lain? Pesanan nenek segar di minda, jangan pernah buka aib suamimu kerana isteri mithali takkan pernah melakukannya. Saya pendam segala masalah sendirian. Kerana itu, saya kian cengkung. Kawan2 mula bertanyakan apa penyebabnya. Tapi saya diamkan saja.

Mal, kawan baik suami, juga kawan baik saya, memaksa saya untuk menceritakan masalah saya. Dengan hamburan air mata, saya ceritakan segala-galanya. Mal berjanji untuk membantu saya menyedarkan suami. Mal seorang yg matang, sesuai dgn umurnya berjumpa dengan suami saya. Cuba untuk menyedarkan kesalahannya. Alhamdulillah, suami seakan tersentak dengan perbuatannya lalu berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Kehidupan kami bahagia semula apabila saya disahkan hamil. Suami orang pertama yang melompat kegembiraan. Tidak sabar untuk menimang cahaya matanya. Sejak dari itu, setiap kali suami out station, saya pasti mengikutnya. Suami tidak pernah berenggang walau seminit pun kerana bimbang keselamatan saya. Tapi kegembiraan dan keseronokan untuk bakal menimang anak itu hanya seketika. Saya terjatuh lalu gugur pada usia kandungan mencapai 5 bulan. Pertama kali saya lihat suami menangis teresak2. Keluarga tenangkan kami. Masih belum rezeki kami untuk punya cahaya mata. Kami redha dan berserah pada Tuhan.

Alhamdulillah, setelah segala macam kesusahan kami lalui, kami hidup dlm kemewahan kini. Walaupun suami sering kali out station dan saya agak sedih kerana selalu berjauhan dengan suami tapi saya tetap bersyukur. Kerana peluang menambah rezeki semakin mencurah2. Syukur pada Tuhan, suami kini mempunyai beberapa buah perniagaannya sendiri. Walaupun saya sedar, suami sering kali sibuk dengan urusan perniagaannya, saya yakin bahawa ini untuk kepentingan kami. Alhamdulillah, kami sudah punya rumah sendiri, kereta sendiri dan tidak pernah kekurangan duit. Tidak seperti dahulu. Saya yakin, ini hikmah dan pembalasan dari Tuhan setelah segala macam kesusahan kami tempuh bersama2. Walaupun saya baru sahaja keguguran buat kali kedua bulan lepas, kami redha. Mungkin belum tiba masanya lagi untuk kami menimang cahaya mata. Kami terima dan menganggap ianya sebagai suatu yg positif. Bukan memandang dari sudut negatif.

Akibat kebosanan berada di rumah keseorangan, saya kini bekerja hanya untuk memenuhi masa lapang. Saya menyokong suami 100% dari belakang. Kami pasangan muda, ramai saudara mara yg memandang rendah terhadap kami. Tapi alhamdulillah, dengan rahmat Tuhan, kami berjaya membuka mata mereka yg pasangan muda seperti kami mampu berjaya dan berdiri atas kaki kami sendiri. Alhamdulillah. Apa yg kami dapat dari kehidupan kami yg cukup mencabar dulu, jangan pernah merungut. Hanya move forward. Itu yg penting.

Suami isteri harus menyokong antara satu sama lain dan mengambil iktibar dari kesusahan lalu. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Jika ada perselisihan faham, salah seorang harus mengalah. Jangan terlalu ego. It will makes things even worst. Sekali sekala, surprisekan pasangan anda. Mungkin candle light dinner, percutian atau kejutan di bilik tidur. Percayalah, pasangan anda akan lebih menghargai anda. Saya tahu, saya tidak layak untuk menasihati pasangan lain kerana saya masih muda, semuda 21 tahun tapi pengalaman yg saya perolehi dari kehidupan berumah tangga, cukup mematangkan saya.

Ok Kak VP, setakat itu saje la perkongsian saya. Harap sangat apa yang saya kongsi di sini, dapat dijadikan iktibar buat pasangan lain.

Thanks.

Noorul Wawan.


Ingin Kongsi Pengalaman Anda, Emelkan ke viruspadu@yahoo.com


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

10 komen[s]:

Noorul Wawan said... [Reply to Comments]

Thanx publish kan e-mail saya.. Hanya untuk b'kongsi pengalaman.

mrs.ecam said... [Reply to Comments]

very touching stori...tabik bile leh maapkn somi ms die de pompuan len...sob...sob...

izzahazfar said... [Reply to Comments]

pandai noorul menulis....ada klimaks..

good info untuk psangan muda!

marinahunny said... [Reply to Comments]

alhamdulillah..terharu baca kisah dia..

fq said... [Reply to Comments]

mmg sangt menyayat hati la kak cite nieeee....
ap pon tahniah buat pasgan bhgia nie...
tahniah...
cerita mcam ni mmg bnyak kesedarannya...

My Life My World said... [Reply to Comments]

Terharu baca cerita Noorul Wawan... Semoga Noorul terus kuat dan cekal menghadapi hari muka yang masih amat amat panjang di hadapan. Semoga cepat dikurniakan cahaya mata . AMIN

shadowz said... [Reply to Comments]

akak... mcm bese,,, saya suka cara akak tules... te kelebihan tuhan bagi.. :) banyak pengajaran saya dapat... akak... wat la kontest lagi... kali ni bagi hadiah pendrive 16Gb...

Tajuk dy...:
1. Kenapa VP best?
2. Apa bukti yang VP x best?
3. Sapa cakap VP best angkat tangan...
4. Sapa cakap VP x best?

hehehe... Artikel plg menarik akan memenangi pendrive 16Gb...

aleena said... [Reply to Comments]

touching bace n3 nie..

good info for young couple:)

Rina277 said... [Reply to Comments]

serius berkaca mataku bila baca kisah noorul nie..salute dgn ketabahan n kekuatan noorul..mmg xpadan dgn usia mudanye..org berumur pn xsekuat noorul..smoga noorul trus kuat n tabah dlm menjalani kehidupan dan seterusnya bertemu dgn kebahgiaan sejati hingga ke hujung nyawa..jgn terlalu bersedih dgn keguguran kandungan itu sbb anak2 itu akan menunggu noorul di syurga nanti..saya doakan noorul bakal mendapat ramai cahayamata di masa hadapan..

Love 4 ever said... [Reply to Comments]

Thank for sharing kisah yg menyentuh hati n penuh iktibar ni. Sy cari kisah begini sbgai sndaran utk sy. Sy sekrg dlm delima membuat keputusan utk menerima lamaran org yg sy x berapa kenali. Kami sama2 msih muda..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^