Follow Viruspadu

Friday, June 25, 2010

balas dendam

ini betul-betul punya balas dendam ni

memang ah ingin sangat balas balas balas dendam

dah pendam dari tahun lepas dah ni. hangin je

balas dendam makan durian ah. korang tahu je la. saya bersalinkan anoi tahun lepas adalah musim durian ok. sangat menyiksa jiwa pencinta durian tegar kekdahnya kan. tersiksa betul dengan bau durian yang menusuk kalbu.

dah la pulak kat kampung ada dusun durian, memang belambak lah buah durian dekat rumah mertua saya tu

nak dijadikan lagi cerita hangit masa kini, family saya kat cheras masa datang melawat saya dalam pantang kat rantau. bukan datang melawat adik dia yang sopan santun lemah lembut bak sutera ni, tapi terus pegi belakang rumah hahahahaha... apa ni. mana semorang ni. rupa-rupanya semua bagi salam je terus pegi belakang mentekedarah durian hahahaha. cisssssssssss!!! dah kenyang baru ingat adik dan anak buah ok. tak gunak betul. hahaha

benda-benda macam ni memang senang ingat dan akan terkenang2 sampai bila-bila. yelah benda yang kita nak makan tapi tak boleh lepas tu kena tengok orang makan je. *nangis

sekarang YAHOOOOOOOOOOO musim durian datang lagiiiii

tapikan, dusun kampung buahnya tak jadi pulak tsk tsk tsk

takpe ah, janji boleh makan,

oleh yang demikian, semalam selepas balik dari shopping keperluan dan kehendak dekat tesco, kitorang singgah beli durian hulalalalalala



beli 2 bijik ke kau. kena bayar RM24. sekilo adalah RM6. rasa macam mahal. tapi takpe la. dah teringin sangat tu kan.

YEYYYYYYYYYYY dapat DURIAN

kata nisa. dia lagi hantu durian dari mama

sampai-sampai makan sebijik je. sebijik lagi tak tahu nak buat apa. hahahahapadanmukakautamaksangat!

p/s: mekchu bila nak bawak balik rumah makan durian ni. tak sabar dah hehe

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

9 komen[s]:

Zack ~ 'A said... [Reply to Comments]

aduiiii.. akak sy pon kempunan jugak.. sbb hanya berjaya mkn 2 ulas sahaja pada hari kelmarin.. tu pon kerana mak sy yg mngidam durian.. nak lagiiii... :D tp yg kak jemah belanja.. kikikiki.. :D

CikPuanAzura said... [Reply to Comments]

Salam ziarah pagi Jumaat..musim durian sudah bermula!! Selamat menjamu durian puas2 tahun ini ya..

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

uik..mhl gk ekk kak durian 2bijik rm24..N aritu kutip bwh pokok kt kg Za...hoho..sorgaa2...pstu malam kepanasan...wakakakka

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

nisa sama ngan anak sy suka sgt durian...sy pun mcm xboleh jer nk mkana durian sbb bf anak xboleh makan kan?

Hasney said... [Reply to Comments]

Jemah, akk kalo dah tk larat mkn mentah cam tu, wat pengat mkn ngan roti..sedapppppppppp.....

littlehumblelynn said... [Reply to Comments]

vp,

that day terkena beli durian 2 bijik sbb anak sulung hantu durian..kena rm 50 ,,amik..!!

n.a.j said... [Reply to Comments]

sedapnya durian.....

kalo kat utara nih, pi cari kat area balik pulau (penang island ) sana...

tak sempat angkut balik umah, leh dok makan kat gerai durian terus, siap tokey durian offer ngan ayaq mineral segala....

ehehe...

saya pun hantu durian jugak.....

shadowz said... [Reply to Comments]

Akak... anoi makan durian x? hehehehehehehe

HOn3YB33 said... [Reply to Comments]

hmmm..mahainyaaa...saya baru beli kat ganu ni haaaa..setompok tu baru rm15 hinggittt..dapat larr dalam lima biji..isi sodappp..manisss...katanya durian kampung tapi dr JB..iye ke idoknyer lah tuhhh..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^