Follow Viruspadu

Wednesday, June 09, 2010

berharian bersama anak-anak

saya mc dari hari isnin lepas kerana mata. dari kerana mata. oleh kerana mata :)

mata saya sudah beransur pulih. alhamdulilah. masih merah-merah hari ni. harap2 esok dah boleh start kerja. kalau tak, sendiri beri mc kepada diri sendiri hehehehe sejak bila kau jadi doktor jemahhhhhhhhh hehehe. dah tu nak buat macam mana kan. jadi berdoa agar esok berlaku megik dan terus pulih dan tak merah dah. hoyey!

hari-hari yang indah ni, saya berlepak santai je dengan anak-anak

tadi saya cakap dengan nisa

"kakak, esok mama kerja tau"

terus dia marah-marah dan nak nangis. ya Allah. sedih la pulak. terus terasa nak berhenti kerja sekarang jugak! sekarang tahu. terus terbayangkan en.laloque adalah jutawan MLM hahaha jadi dengan sepantas kilat saya hantar surat berhenti kerja lalu menjaga anak-anak dengan keringat sendiri.

itu impian nama dia. moga-moga jadi kenyataan. sape yang taknak jaga anak dia sendiri weiiiii. cakap! cakap!.

selalu berangan-angan yang saya bangun pagi-pagi siapkan anak-anak. lepas tu masakkan sarapan. lepas tu siapkan bekal makanan untuk ke sekolah. lepas tu hantar anak-anak pegi sekolah. lepas tu balik rumah basuh baju kemas rumah masak-masak tengahari. lepas pura-pura bizi sorang2 dalam rumah hahahaha. lepas tu jemput anak. wahhhhhhhhhhh macam bizi giler. bizi yang indah. bizi yang terbaik.

ok lupakan angan-angan tu.

macam biasa saya meneman anak-anak bermain :)


dulu nisa tunggal. sekarang dah ada adik kan

so dia tak biasa berkongsi mainan dengan orang lain. sifat taknak share tu yang macam susah nak ajar sikit. hari2 dia gaduh dengan adik dia

anoi pulak sekarang bukan mcm dulu lagi

kau lepok aku, aku lepok kau balik hahaha

elok sangat la tu kan.

saya macam biasa tengok je. lepas tu jerit2

"jangan gaduh, main sama-sama"

anoi merajuk, lalu baring dekat kaki mama. ni kes berebut la ni hehehe

merajuk kejap, lepas tu main sama-sama balik


saya pulak. jenis kalau beli mainan saya akan beli satu. dulu terfikir lebih baik beli 2 terus. jadi takyah gaduh2, sorang ada satu kan. tapi bila fikir2 balik. kenapa pulak mcm tu. kalau mcm tu sampai bila2pun diorang takkan pandai beralah antara satu sama lain. tak pandai berkongsi.

takpe la awal2 bergaduh berebut. lama-lama mesti dah terbiasa :)


kejap je gaduh2 rebut2 kan. lepas tu seronok dapat main sama-sama



nisa, qistina dan anoi :)


masa terbaik adalah bersama anak-anak :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

12 komen[s]:

mekchu said... [Reply to Comments]

anoi dok rumah pun pakai bj santek... ikut sapa la tuu.. tak bleh tgk anoi.. nnti jd gerammmmm

viruspadu said... [Reply to Comments]

kita takde istilah baju jalan2 dengan baju rumah. semua pakai ikut sedap. rugi la baju budak cepat kecik. simpan2 kang tetengok dah takleh pakai dah. rugi

RieNa said... [Reply to Comments]

qistina tu anak sape,muda dr annur ye?

boleh annur blajar jd kakak pulak.hehehe

lily lotus said... [Reply to Comments]

comelnya baju anoi..pokedot dot dot..hehe

myheart said... [Reply to Comments]

aaa..comeinye anoii..pipi gebuss

viruspadu said... [Reply to Comments]

qistina tu sepupu dia. muda 2 bulan dari annur.

mariaariffbaby.com said... [Reply to Comments]

dear..
kita pun pening nak ajar ecah to sharing her toys with her cousin..
mmg lokek la ..
macamana la if ada adik nanti.
huhuhuhu

Sellynna said... [Reply to Comments]

nisa dah mcm anak dara dah :D..

anoi.. sentiasa comey & chubby di mata kita..

anak kita pulak, kalau nak main ultraman, abgnya patahkan kaki ultraman.. bagi adik dia main..

kalu main keta, tayarnya cabut.. bagi adik main..

tu kira kongsi2 ke tu? atau cam kedekut? haha..

antalya said... [Reply to Comments]

sweet momento :-)

lydzar said... [Reply to Comments]

salam..singgah sat sini

me too. sekarang ni mmg dh pandai gaduh itu dura orang budak -refering to my kids.

betul la tu, kalau kita belikan setiap barang tu 2, sampai bebila pon dorang takkan reti nk berkongsi. susah tu.

baik la keadaan sekarang, boleh dorang belajar tolak ansur walaupon mama akan menjerit nyaring sebelum mereka dapat bertoleransi :)

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

sy pun punya impian mcm vp jgk...uwaaaa!!!!!!...

betul masa ngan anak2 lah masa terbaik...

melatizumia said... [Reply to Comments]

wei, anak aku pun sama cam anak ko. yang kakak macam belanda. barang dia barang dia brg adik brg dia. sabar jer la.. yg adik dulu tak pandai melawan, skrg, pantang kakak angkat tangan, dia dah bangun dulu nak balas balik. wakakaka..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^