Follow Viruspadu

Wednesday, June 30, 2010

Blog: Idahani, Dia Suka Gelak Kuat-Kuat

Tapi bila dia nangis, sorang pun tak tahu.

wahhhhhhhh profile terbaik hehehehe baca je dah kelakar dah. Saya yakin dia bercakap benar tu hehehehe. Dia orang seremban, satu kapal dengan Jemah. Bilo nak jumpa kek jasko ni eceh tetiba.


kopipes tanpa kebenaran hehehe, kemain payah nak cari gambar dia dalam belog. cuba ko cari gambar jemah dalam belog jemah ni, 1st page pun dah bersepah-sepah hahaha

Idahani, orang yang pertama masuk contest BELKIN. nah baca entry dia :)
PENGUMUMAN...APA YANG ANDA BACA INI ADALAH STICKY POST SEMPENA CONTEST DI BLOG VIRUSPADU. UNTUK CERITA TERBARU SILA BACA DI BAWAH [ITU PUN KALAU ADA LA..KOT TAK DE, BACA JERLAH SAMPAI 13HB JUN NIE YER, LAMA TU BEB..KAKKAAAKAKA]

Kalau korang nak tau, aku pun tak kenal cik puan viruspadu nie. Aku jumpa blog dia selepas aku baca blog adik dia, Ceeramoon. Dah tak kenal tu satu pehtu baca blog dia pun senyap2 jer. [psst..aku ada gak follow twitter dia n dia pun follow twitter aku<-aku sampai sekarang pening dgn twitter nieh. Ok sambung lagi ayat2 pembodek paling baiiiikkk punya, aku tau dia dulu2 ada fotopages..byk wooo gambar dia. Part sedih of cos la pasal kehilangan anak sulung cik puan viruspadu. Sambung lagi ayat bodek lagi baikkkk punya..aku suka baca blog dia sebab dia bersahaja...selamba dia dok ngutuk diri sendiri. Ada persamaan dengan aku weih..dok kat Seremban bertahun2 tapi belum gak familiar. Tapi level dia upper skit dari aku, dia boleh drive tapi aku harap ada lesen jer, drive mang nan ado. kekekeke. Aku suka baca blog dia bukan sebab aku pun giler pink@merah jambu tapi sebab dia rajin update blog dia. Macam yang aku cakap sebelum nie ar kan sebelum aku tau blog dia aku jumpa blog adik dia si Ceeramoon yang minat sama kaler dengan aku iaitu HIJAU. Fyi, adik beradik dia ramai tul ada blog weihh..Tambah satu lagi weih...husband dia pun ada blog..laloque.blogspot.com Blog dia pun macam dah mesra alam jer, rasa macam kita dengar dia dok pok pek dengan tangan2 dia sekali merewang bercerita....kakakaka. Tu belum lagi 'tempias' yang kuar bersama2 cerita dia tu...kakakakaka [nak menang contest ker nak kutuk orang nieh weih?...huhuhu]. Yang paaaaliiinnggg best blog viruspadu nie kan, ada banyak gambar dia yang 'cute'. Betul wa cakap lu mang 'cute' siap dia ngaku dia buat 'photoshop' lagi [tu pun dia nak ngaku buat photog..kot tak, mang aku tak tau mang aku ingat gambar dia tu semuanya yang ori ..kakakaaka]

Aku suka baca blog cik puan viruspadu nie sebab dia pun dok kat Seremban. Kalau2 kot ada tempat2 menarik kat Somban nie dia pegi then aku tak penah pegi, boleh ar aku suggest kat hubby tempat yang sama.

Okaylah2 aku nak buat pengakuan ..tujuan aku masuk contest nie adalah kerana aku nakkan sangat Belkin Wireless Modem tu. hah kenapa cik puan viruspadu patut bagi jer kat aku?
Sebab2 aku patut diSEDEKAHkan modem tu:-

1- Baru2 nie kilat petir yang sangatlah kuat di Seremban telah menyebabkan modem & wireless router kat umah MIL aku rosak. Taulah kan kek Somban nie, kalau kilat petir mang langsung takleh pasang tv, astro atau mentenet. Konfom kena sambar dek petir.

2- tak perlu nak pos sebab saya pun dok kat Seremban, nak panggil saya pi amek modem tu pun boleh yo.

3- tak yah susah2 nak beli pembalut hadiah der..bagi terus 'boleng' camtu pun leh yo. [waaahh...selamba jer aku kan?]

4- Mana tau, kan..kak jemah kan sorang yang baik hati, ikhlas gitu dan nak pahala lebih, SEDEKAH jer kat yang amat2 memerlukan nie hah...kakakakakaka

5- Nak beli baru modem tu aiishhh kalo dah ada contest nie cubalah dulu mana tau kot dapat FREE tak yah aku nak beli

6- cik jemah tak payah jugak nak kuar duit bayar poslaju/courier/surat berdaftar kalo bagi aku sebab dok kat Somban gak, confirm den bololah gi umah cik puan viruspadu amek modem..leh gak den jenjalan n kenal mengenal tuan punya blog VIRUSPADU..

7- merapatkan hubungan antara blogger dan pahala besar cik puan viruspadu sebab sedekah kpd mereka yang amat2 memerlukan..kakakakaka
8- jimat kos minyak ke pejabat pos sebab aku boleh gi amek sendri...
[harap setinggi langit nieh cik puan viruspadu@jemah...didahulukan dengan jutaan terima kasih]



Belog dia macam belog jemah jugak. Suka cerita pasal family, pasal keletah anak-anak, cerita pasal suami yang lucu ajak deting berdua-duaan hehehe. comel sekali. pendek kata dia belog apa yang dia suka. mcm kak jemah jugak. eh banyak betul persamaan ni hehehehe.

Idahani, dah dapat coklat tu, share2 la dengan I, kita kan berjiran. wah sempattttt hehehe

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

3 komen[s]:

shadowz said... [Reply to Comments]

akaaakkkk.... lama x g sini... mesti akak pelik kan..?

"mana budak shadow ni... slalu rajen sgt tinggal komen.."

(muahaha... bajet fames arr ko)

hmm... agaknya bila nak abes sume aa? hehehehee

viruspadu said... [Reply to Comments]

ha, mana budak shadow ni kannnn... seb baik akak tak buat opscarishadow lagi hehehehe.

ntah la, bila nak abih ni. hehehehe

idahani said... [Reply to Comments]

opocot..! auuww..malunya..sebesar2 gambar terpampang..

terima kasih..awat tak habaq awai2 nak gambar..ada banyak dlm simpanan tau..kakakakaka







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^