Follow Viruspadu

Thursday, June 10, 2010

budak kecik jangan baca entry ni

Semalam terbaca belog kak nanirostam. Yes. isu biasa bagi orang yang dah berumah tangga. lebih-lebih lagi yang dah berumah tangga bertahun-tahun. Memang biasa kita dengar. Siapa betul Siapa salah? Jom kita baca.

Minta maaflah ya...rasa-rasa entri ni tidak berapa sesuai untuk tontonan umum. Hanya untuk 18 sx ke apa ntah macam dah lama tak nampak simbol2 macam tu.

Seorang kawan mengadu. Kecewa benar kedengarannya. Apa taknya bila suami yang baru dikahwini....tak sampai pun 5 tahun dah mula bersikap dingin.Macam dah tak da selera nak pandang dia. Macam dah tak sudi nak sentuh dia.

Walhal masa belum kahwin dulu...sang lelaki tu yang tergila-gilakannya. Terkejar-kejarkan nya.

Sekarang si isteri pulak resah menunggu atas katil. Pusing ke kiri pusing kekanan. Sudahnya tertidur. Sang suami pulak dengan muka tak da perasaan selamba tengok tv, habis satu movie ke satu movie.

Nak tunjuk sifat romantik lagilah tak da...tak wujud kot. Adalah romantik jugak...tipulah kalau kata tak ada.Tapi yang buat dia kecewa tu sifat romantik hanya ketika sang suami tu nak bersama sahaja.Bila dah lepas tu....terus paling badan...nak pandang muka pun macam dah tak hengen dah kot.

Tulah agaknya orang perempuan ni banyak sangat terpengaruh dengan cerita orang putih.Nak harap suami tu jadi macam orang putih kot. Orang putih tu memanglah...romantik memanjang kot. Tolong isteri masak kat dapur pun, nak dakap-dakap dan cium-cium.Tak lah semestinya mukadimmah waktu nak bersama sahaja.

Hari tu saya dan Hanis makan kat food republic pavillion. Kami lihat ada seorang mat salleh berjalan dengan anak-anaknya yang masih kecil. Kami merasakan apa yang kami lihat itu sangat comel kerana seorang lelaki boleh berjalan dan handle anak-anaknya yang masih kecil tanpa bantuan isteri.

Bayangkan kalau dia berjalan bersama isterinya, pasti dia juga yang banyak take part handle anak-anak bila berjalan. Tak adalah macam setengah daripada kita, kalau berjalan dengan anak-anak...sibapa nampak santai sakan yang siibu pulak naik rebeh mendukung dan menguruskan anak-anak.....memanglah tak romantik.Bukan setakat tak romantik....buat sakit mata je mandang.

Berbalik pada cerita kawan saya tadi....saya nasihatkan...bersabar sahajalah. Itu sahaja yang boleh kita lakukan. Mungkin sang suami tu ada fasa-fasa tertentu. Kot waktu tu fasa dia tak da mood dengan isteri. Kenalah sabar tunggu fasa yang tiba-tiba dia tergila-gilakan kita sampai kita nak bergerak pun tak boleh.Nak kemana pun dia nak ikut. Apatah lagi kalau tengok kita seksi sket pun. Bukan setakat tunggu atas katil....duduk basuh kain pun ditariknya masuk bilik.




dalam hal ni susah nak tahu apa punca

suami ke isteri

suami pasti ada jawapan tersendiri

isteri juga pasti ada jawapan tersendiri

sebab itu pentingnya komunikasi komunikasi komunikasi :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

hOt Momma said... [Reply to Comments]

ermmm... kak jemah ade tgk Adamaya? Part yg ibubapa Adam dok menjaga AMANI (time tu watak baby Amani lagi)sy lupa episod brape... dalam dialog tu kate,rumahtangga dalam usia 5 thn, 13 thn n berapa thn ntah lagi akan wujud sumthing like gangguan org ke3 ke or watever. sy xnak amik port n xnak pikir sgt...hehe...takuttttttt n nauzubillah... i dunno is true or nop...

Siti Fatimah said... [Reply to Comments]

sy terpanggil nk komen. jemah pggl sy ke? eceh tetibe. ;p

Sy dh paham skg. Wpn suami sy tak seromantik org putih mcm dlm tv tu. Wpn dia dtg kt saya time nk bersama je. Tp sy tau, ada yg dia buat, berkorban utk sy, dia tak kecoh pn, tp dia ada buat. Bila sy diam2 tu sy pikir balik. Mmg ada.. :D. Sy rasa semua org pn ada rasa mcm ni.......

Sy tau dia ambik berat psl sy.

Sy tau dia syg sy.

InsyaAllah, 5 tahun ke, 10 tahun ke, brape2 belas tahun ke, sy harap rumah tangga sy akan dilindungi oleh Allah. Amin...

Bg sy, kadang2 tak payah cmpur tangan orang ketiga pun. Dlm perkahwinan ni mmg cmtu. Sbb kita ni manusia, akan sentiasa diuji. Dlm kita sedar atau tak..Jgn lupa, antara telinga dan mulut kita ada sesuatu = Syaitan laknatullah!

Mcm jemah ckp, yg penting komunikasi. Apa yg penting, KERJASAMA pn penting.

sekian dr sy. Bkn ustazah. ;p

Diarihatiku1976 said... [Reply to Comments]

akak setuju sgt.. komunikasi tu penting.. kalo rasa ada kelainan cepat-cepat bincang dan tanya pasangan kita...

Capo Grande said... [Reply to Comments]

komuniskasi kita amik...hehe...

setujuk, komunikasi sangat penting. bukan dalam perkahwinan je, tapi setiap hubungan yang kita ada.

gaduh cakap pun komunikasi gak kan?? yang penting komunikasi tanpa emosi. barulah boleh percambahan fikiran, selesaikan apa yang patut dan tak patut.

dari komen Siti Fatimah, betul. Selalu kena diam2 fikir dulu. barulah tak keluar apa yang tak patut dari mulut.

Atie Yusup said... [Reply to Comments]

uhhkkkss mmg la takut klu bab ni tp alam umahtangga susah nak dijangka pasang surut silih berganti...

JMR said... [Reply to Comments]

nak komen pon tak de pengalaman lagi..hikhik

NONIE ABDUL AZIZ said... [Reply to Comments]

yup akak pun setuju VP..komunikasi tu penting di antara suami..tapi kan nape akak kalau keluar ngan family somi akak yang senget2 dukong anak...(queen kontrol kah aku hikhikhik)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^