Follow Viruspadu

Monday, June 21, 2010

ceeramoon pantang day 7

gambar-gambar hari ahad. meneman ceera dalam bilik

sementara tu dengar pengalaman dia bersalin sekali.

ceera cerita malam dia tengok bola, ahad malam isnin dalam jam 1 pagi kot. tiba-tiba dia dengar bunyi "pop" macam kuat jugak la. dia terasa kuat la sampai terkejut tp orang keliling dia tak perasan kot. lepas tu terus rasa panas2 basah. panik la kejap. sebab 1st time kan. tak tahu apakah benda itu. rupa2nya air ketuban pecah. tapi dia tak rasa sakit apa2 pun lagi


lepas tu terus la dia bersiap2 pegi hospital pantai ampang

lepas tu terus sakit giler dia kata.

kan kalau kita nak bersalin, sakit2 dia kasik mukadimah dulu kan. macam sakit2 kejap, 20 minit lepas tu baru sakit balik. lama2 15 minit, lepas tu 10 minit, lepas tu 5 minit gitu kan. tp dari apa yang dia cerita dia sakit takde gap langsung. sakit terus terusan sakit.

dia bertahan dua jam je. sebab sakit yang melampau tapi bukaan baru 2-3 cm kot mcm tu. lupa lak hehehe

terus dia mintak epidural. terus tak sakit dah.

jadi dia pun bersenang lenang la tak menahan sakit ke apa. siap mintak induce lagi. yelah sebab tak rasa apa2 kan.


dah pagi tu, nurse check bukaan dia dah 8cm. terus masuk bilik bersalin

ceera cerita, dia masa tu macam konpius je, "eh dah nak bersalin ke aku ni"
hahahahah boleh lak mcm tu kan, kelakar je. yelah sebab tak rasa apa sebab tu la rilex je. kalau rasa la sakit dia macam mana, mesti tak sabar2 nak bersalin

nurse ajar dia macam mana nak push semua. dia rilex je


5 kali push. keluarlah baby keisha hehehee

tak aciiiiiiiiiiiii atam. kau tak aci ok. tak sakit. hahahahaha. mana aci bersalin tak sakit macam ni kan kan kan. hahahaha giler tak puas hati dengar orang bersalin tak sakit ni muahahahaha

dan semalam jugak keje saya menolong dia pakai bengkung lilit2 tu. yang jenis bengkung panjangggggg tu,

"yah yah yah, tarik kuat2 sikit, sakit tak ni"

"yah yah yah, ok tak, eh kena bukak balik"

hahahaha orang lain pakai bengkung, orang lain yang berpeluh2. yelah nak tarik bengkung kasik ketat penat ok. siap tersalah2 pakai lagi, phewwwww menguji minda betul

makanan orang dalam pantang. kakcik over sangat buat nasi jadi bulat2 mcm tu. dah macam makan kat kedai pulak


selera je perempuan ni makan


ceera akan fully BF keisha. bagusss sekali kan. :)


ceera kata dia akan cuba update kalau dia terlepas la hahaha, dia sedang dipantau abis abisan tu. mak saya memang tegas sikit. dia kalau dalam pantang memang dilarang keras membaca buku mahupun mengadap pc. DILARANG KERAS ok. hahahaha seb baik saya pantang kat rantau hahahaha.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

16 komen[s]:

Syaz said... [Reply to Comments]

wah ceera berpantang siap le makan kicap...saya yg tgh berpantang ni mcm2 kene sekat...hari pertama hingga hari ke 20 hanya makan ikan bakar dan sayur je...hari ke 20 ke atas je le makan kuah2..huhu..tp saya berpantang le main tenet..hehehhhh...:)

viruspadu said... [Reply to Comments]

la ye ke. lepas 20 hari baru makan sup2 ke. hehehe

kicap takleh ke?

Diarihatiku1976 said... [Reply to Comments]

takpe VP lain org lain caranya kan....

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

bagus ceera fully bf...ni ceera ni mesti senang jer kurus..sy jer yg ssh nk kurus balik...sedih..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

bagus ceera fully bf...ni ceera ni mesti senang jer kurus..sy jer yg ssh nk kurus balik...sedih..

ummi_D said... [Reply to Comments]

saya lebih suka pakai bengkung panjang lilit2 tu berbanding yg moden sbb lebih kejap dan ketat...tP jenuh laaaa nk melilit...anak ke2 dan ke3 tk merasa dah pakai bengkung tu sbb pantang sendiri. moden jugak pilihanku...terpaksa

ummi_D said... [Reply to Comments]

saya lebih suka pakai bengkung panjang lilit2 tu berbanding yg moden sbb lebih kejap dan ketat...tP jenuh laaaa nk melilit...anak ke2 dan ke3 tk merasa dah pakai bengkung tu sbb pantang sendiri. moden jugak pilihanku...terpaksa

Mya said... [Reply to Comments]

makanan paling lazat waktu berpantang ialah nasi + lada hitam. he he..

selamat berpantang ceera..

http://blogmaya.com

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

teringat plak ms berpantang dulu.tp buleh update belog lah.hehehe

mariaariffbaby.com said... [Reply to Comments]

iya la..
mmg tgk cara org..

rasanya if my mum..leh makan sup2 tuh..sebab air minum kena kurangkan..

but rasanya mak mentua lagi lain caranya...
yang tuh kena tunggu masa pantang kat sana..

Ummu~Ishak said... [Reply to Comments]

sampaikan salam n tahniah pada ceera ye kak jemah

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

wah kiutnye baby kiesha ngan mama dia tu..

seleranya ko ceera!

Miss Moon said... [Reply to Comments]

slamat berpantang ceeraaaaaaaaaa
keisha sangat comey

mah asal tak ley baca buku or tgk pc ek?

meare said... [Reply to Comments]

saya dlu pn time pretnen bc blog akak,n trus niat nk bf,n skang baby dh 5bln,still bf tp campo2 gak ;).
kak vp klu bleh slalu la update cite psl ceera,nk tgk ceera n baby dia.

viruspadu said... [Reply to Comments]

tak boleh pandang pc dan baca buku sebab dia akan rosakkan mata.

mak saya cakap, masa kita bersalin banyak urat2 kita putus. jadi dalam tempoh pantang ni la baru dia dah pulih semula. jadi akan efek mata sekali lah.

lebih kurang macam tu la.

nasaoji said... [Reply to Comments]

ke ke kak?..kt pun duk ngadap laptop..tp dah ari ke bape belas ntah..

amat tak suka awal2 pakai bengkung, terasa geselan tmpt jait...sb kt kuat jalan2 kot..mujur dok bentan.. ;p







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^