Follow Viruspadu

Saturday, June 12, 2010

demi mu.

disebabkan keterjahanaman htc en.laloque yang disayangi giler-giler punya giler itu. yelah duluuuuuuuuuuuuuu sebelum dapat beli htc tu, berapa lama dia survey kan. hari-hari bukak mobile88 tu berangan beli htc kata ko kan. minat sangat punya pasal

akhirnya tamat jugak riwayat dia dengan secara mati katak hahaha. kesian htc. terus mati katak.

rasanya boleh pakai lagi. tp bateri dia rosak dah. siap kemek ke mcm mana ntah. cari2 kat sini takde lak jual. mcm kena pegi lowyat kot. tp bila zaman lak nak pegi sana. bercinta betul la nak gi sana. terkenang jalan jem susah parking semua. adoi.

disebabkan en.laloque dah buat muka "ayu" sila jangan bayangkan muahahahah. saya giler punya tak sampai hati ok. sempena hari bapa juga. mintak la apa2 papa. mintakla. cewahhhhh bajek jutawan segera nampak. takpe lah sekali sekala.

at terminal one. muka saya merah-merah baru lepas facial. entry facial nanti kasik tepek sini wokeh

makan snakeplate mcm makan nasi :)

saya suruh en.laloque pilih henset2 yang dia bekenan dengan bajet2 yang sepatutnya la. ye la kan kalau nak mintak e72 memang tak dapat la kan. sebab itu memang luar kemampuan dah tu. kata pun nak beli mengejut2 mcm ni. kira nak beli enset utk emergency sementara nak cari bateri htc dia tu.

jalan punya jalan

en.laloque bekenan dengan csl.

saya pun lama dah bekenan dengan CSL ni. tapi mcm tak berani nak beli. dah alang2 fikir henset emergency. so try je la.

CSL BLUEBERRY


"amik ni la pa, mcm best"

en.laloque apa ntah dia sembang dengan SA tu. saya biasalah, boring nak tunggu. saya tengok baju2 kedai depan. kot la bekenan kan hehehe. heiiii feremfuannnnn

saya datang waktu yang saya rasa en.laloque dah habis diskas. datang nak bayar je.


"berapa pa?"
"RM180"

mak aihhhhhhhhhhh terbaik ah macam ni i likeeeeeeeee

saya tengok2 BlueBerry tu kan. tiba2 saya bekenan ah.

papa, tukar enset jom :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

VP,
kite nak jemput awak nie datang kenduri saya 27 jun kt perak nun.. 4 julai kat kajang...

jemput VP sekuarga yer!

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

murahhhhnyeeeeeeeeeee??
nanti stori2 ar kalo best nak beli jugak :P

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

xdpt bygkan muka ayu en laloque tu..he eh he

ye ke RM180?murahnya..nnti citelah spec2 dia tu..

Zack ~ 'A said... [Reply to Comments]

wahhhh, cam kiut miut jew kak.. wat sy wow2 nk beli.. heheh.. nnti entrikan la funtion dia.. mmg tgk cr phone2 murah dan cantik skang ni.. tq kak.. :D

zino said... [Reply to Comments]

macam aman 180 je? cerita sikit hehe

viruspadu said... [Reply to Comments]

JIVEBUMZ
a ah murah kan. ntah apa laki den kelentong ntah. ok dia tgh tekan sana tekan sini tu. kang dia cerita kan. kita kasik tahu ok

ok insyaAllah :)

hanim,
ok nanti saya cerita

zack a
tu la comel jugak kan. mcm best. ada member pakai tu yang rasa mcm best tu

zino,
ok nanti saya bgtau







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^