Follow Viruspadu

Thursday, June 03, 2010

diabetes kah?

semalam setelah bengang berkali-kali dengan klinik 24 - 1 jam. kerana membuat saya menderita sakit hati dan jiwa raga.

saya bukan taknak marah assistant klinik tu tau korang.

yang pertama, itu bukan klinik dia.
yang kedua, sepupu en.laloque juga bekerja di situ wakakakakaka

jadi lepas tanya terus blah dengan buat muka (sikit-sikit). kang kalau saya mengamuk kang. jatuh la reputasi saya sebagai sedara paling pemalu kang. dah la dengan maklang pun asik terkonpius maklang yang mana satu. pegi rumah sedara sikit punya kulum emas dalam mulut. sekali saya mengamuk. giler fail ok. so plis behave :)

so, en.laloque pulang, saya terus la repeat pegi klinik 24-1jam tu. tak serik kata ko kan hahahaha. yelah sebab rekod sakit mata saya kat situ. malas la nak eksplen kat doktor lain.

"saya sakit mata lagi la doktor"
"a ah, rekod awak semua sakit mata ye, belah kiri"
"ye doktor, doktor tgk mata saya, semua ada bonjol2 ni, dah la pedih bla bla bla"
"kamu ada kencing manis tak? penah kena masa mengandung ke?"
"penah doktor"
"anak kamu berapa orang"
"3 orang doktor, tp yang kena masa anak kedua je"
"ok boleh tak saya cek darah awak sekarang?"
"boleh"

terus dia tembak jari saya dengan jarum dia tu

bacaan dia adalah 7. mcm agak tinggi. tp bukan la tinggi sangat

"last makan bila"
"tengahari tadi doktor"
"oh dah lebih 2 jam ni, kira tinggi juga"

dulukan, kandungan gula dalam badan saya 3.5 je ok, lepas minum air gula baru naik 5. dah la semalam saya memang tak sentuh air manis langsung ok. memang saya minum air masak je dari pagi sampai petang. boleh naik 7 tu. vavavavavava how came aaaa like that :p

"sebab ni ke doktor saya sakit mata?"
"bla bla bla"

doktor eksplen la, bukan sebab kencing manis, tp mungkin kesan ke apa ke, ada ayat2 dia tu, saya macam paham, tp nak eksplen kat korang mcm susah pulak

ok saya alert sekarang. possibility saya terhadap kandungan gula dalam badan tinggi adalah tinggi.

jadi saya akan kurangkan gula lagi. tapi tak tahu nak kurangkan macam mana. saya bukan penggula pun, pemanis apatah lagi. ok ok maksud dia. saya bukan penggemar makan makanan manis dan bergula la. adoiyaiiiiiiiiiiiiii macam-macam hal kak jemah ni la.

sabtu ni saya repeat check darah lagi. harap2 semuanya ok ok :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

luvmum said... [Reply to Comments]

salam jemah..arap2 sumer ok yer take care

Qila Azali said... [Reply to Comments]

kak vp, ada akak kt opis qila ni kan ada jual mcm pemanis utk minuman.. dia gantikan gula.. sesuai utk org yg jaga kesihatan.. smlam dia bru je promote kt qila.. kalau akak nk try, akak gtaw qila k.. nnti qila amek kn pamphlet utk akak. (:

penjual lampin said... [Reply to Comments]

salam kak...

pengalaman sepupu saye yg kena diabetes ni,kekeadang bukan sebab suka makan mende2 manis ni,tapi sebab dia terlalu suka makan nasik.dia ni jenis yg sesape yg xabis nasik da akan bedal sampai abis...nak kata gemuk,dia xgemuk pastu cek2 doc cakap salah satu sebab adalah nasi...

irvanqiesy said... [Reply to Comments]

nasi pun punca diabetes. cube kurangkan makan nasi.

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

batul vp..nasi pun boleh jd puncanya..harap2 vp ok yer..take care...

aida said... [Reply to Comments]

sy juga ada kenalan yang tak gemuk dan tak pemanis (asal makan /sesi minum sure minum air kosong)...tapi dia sgttt gemar nasi...she was once experience mcm vp..gula dlm darah tinggi..doc syak memang sbb nasi..jadi she now tukar kpd beras perang (kurang kanji/karbohidrat)..krn dia memang tak bleh tak makan nasi

anis said... [Reply to Comments]

Salam.. tukar beras herba ponni atau beras mati..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^