Follow Viruspadu

Wednesday, June 16, 2010

Esok genaplah usia An-Nur Satu tahun :)

tak sabar nak buat entry an-nur satu tahun hehehehe. yelah sepatutnya esok kot entry ni muncul. tapi saya pedulik apa. saya kan puan punya belog hehehehe. puan punya belog merangkap perempuan jelita. whattt jemah whattt nak muntah haku baca hahaha. ok sila maafkan penulis sekarang :)



An-nur setahun esok. jadi seminggu ni saya nampak dia asik meragam. sangat-sangat meragam yang bisa mengundang hulk dalam diri mama dan mengundang singa jadian dalam diri papa. ok tak kelakar. tapi pendek kata dia mmg menguji kesabaran di dada


macam sekarang saya tengah update ni (malam). dia sedang senang lenang sepahkan pampes dalam almari bertaburan atas lantai. sebelum tu dia baru ajer teraburkan keropok dekat lantai lepas tu pecah2 kan keropok jadi kecik-kecik lepas tu baling baling masukkan bawah katil. huh! baca saja dah boleh agak bukan dia punya letih macam mana nak kemas lepas ni tsk tsk tsk. cuba la kau marah dia. cubalah. dia akan menjerit sampai satu taman ni dengar lepas tu mengamuk2 hempas2kan badan. nak rotan kecik sangat lagi pulak. ish.

terjegir2 marahkan dia rasa nak terjojol bijik mata dah hiks


orang cakap, budak nak beralih tahun memang buat perangai sikit.

jadi sebab tu saya tahan je la sekarang. harap2 perangai nak beralih tahun ni kejap je. kalau tak. huh. tak dapat nak bayangkan.



Perkembangan An-Nur setahun

1. Berat 10kg, agak2 je ni. nanti isnin check up saya update betulkan fakta ni. kot lagi ringat kot

2. dah pandai jalan terkengkang kengkang

3. dah pandai panggil nama "mama", "papa", "tatak" = kakak, "nyenyek"=nenek. suka cakap "takde"

4. dah pandai tunjuk jari "taknak" kalau dia taknak susu, eh dia pandai cakap "nanak" sambil geleng2 kepala jugak. kalau kita paksa2 dia, dia campak je botol susu tu

5. memang hebat memanjat, dia boleh panjat katil dan turun dari katil sendiri

6. suka joget goyang2 kepala kalau dengar lagu.

7. suka tepuk tangan kalau saya nyanyi2 dengan nisa. kadang2 dia follow nyanyi sekali tp dia aaa aaa tatatata je la

8. dah pandai balas balik pukulan kakak dia. pandai gaduh budak ni wei

9. kalau jatuh tak nangis. tp kalau tak dpt apa yang dia nak, dia punya nangis macam kena dera

10. mesti nangis pagi2 hantar taska. tak pernah tak menangis. mesti nangis punya




An-Nur kenapa lahir ujung2 bulan annur. alamatnya hadiah hari lahirnya lepas gaji la ye mama beli hehehe.

An-Nur ku sayang. cepatnya annur membesar. luka bersalin mama pun masih jelas di perut lagi. Moga annur jadi anak yang mengenang jasa sayang.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

28 komen[s]:

oren said... [Reply to Comments]

hepi besday an-nur..

psstt..sebijik muka photostate apaknya..hahaha..

viruspadu said... [Reply to Comments]

oren,
hahahahaha tu la fasal kan. sejibik wokeh

RieNa said... [Reply to Comments]

saya ingat baru nak wish kan esok. hari ni mama annur dah tak sabar2 lg.hehe

selamat hari lahir An-nur.
moga jd anak solehah yg membahagiakan mama papa. amin..

Nawal pun akan setahun 23hb minggu dpn. pun mcm2 perangai jgk, sama mcm annur.suka gaduh dan kuat jelesss mak aii!

mekchu said... [Reply to Comments]

annur yg comel!! segala-galanya boolat.. hehehe.. sama la ngan najmi.. perkataan fav = tak de.. baru wat entry tu semlm.. mmg kebetulan.. dah nmpk calon menantu dah.. dah nmpk dah.. hahaha

Cik Pah said... [Reply to Comments]

sesuai an-nur ngan najmi tuh. sama sama putih ngan tembam. geram nak gigit pipi dia..

Saidatul Maria said... [Reply to Comments]

happy besday to annur...
comel sungguh gambar dia yg 1st tu :)
dia buat mcm2 tu mungkin dia nak suh mama dgn papa dia main sama2, tengok je muka dia takyah buat benda lain...hehehe...

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

coemlnya nnur...alhamdulillah perkembangan dia cpt yer..dah jalan, dah pndai ckp...moga jd anak yg bijak pandai n solehah...

MrS. F!zA@Mama Darwisy said... [Reply to Comments]

tomei annur!.. muka mmg sebijik apak..mcm fotokopi..hehe

mata sepet mcm acu sepet ..

NUR AIN ZULAIKHA said... [Reply to Comments]

wah mak2 ni..anak kecik2 lagi da pilih calon menantu..
xsabar betul!
ahaks!!
=p

nk wish esok..hihi =))

shaliza said... [Reply to Comments]

selamat hari lahir annur!

Kancilbiru said... [Reply to Comments]

Esok Genaplah usia saya 28 tahun...hahhaa...larikss...

Hariq-Sha said... [Reply to Comments]

hepi becoming bday annur~ esok wish lagi~ hihihihihihih... :D

comeinya annur nh~ geram gerammmmm!!

Ezrina - mummy Marsya Qistina + Marissa Qaisara said... [Reply to Comments]

Happy birthday An Nur.. makin besar makin comel bangat! geram.. ngan rambut lebat dia tu..
ha'ah mmg sebijik xerox copy apaknye la...heheh so cute!

strawberi said... [Reply to Comments]

happy birthday in advance..mmg comel n chubby la annur nih...stay cute yer

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

hepi bufday an nur.. sebijik blok en lalok!

comeiiii

Arin said... [Reply to Comments]

happy bday anoi!

b.O.n.d.a said... [Reply to Comments]

pun nak cakap...muka pOtOstet apak ea =)

Annur! happy 1st Birthday!!

ann @ hatiberbunga said... [Reply to Comments]

happy birthday, dear! kiss sket, bleh? hehe..

[z@ck] said... [Reply to Comments]

muka macam en laloque =)

HIDAYAH CATERING said... [Reply to Comments]

Salam Kak Jem,

Happy Birthday Annooiii ^___^
Moga membesar dengan comel dan Solehah serta bijaksana, muahh kat pp gebu dia =P

stormz said... [Reply to Comments]

happy birthday annur!

geram tgk dia.cute sgt2

princess_eryna said... [Reply to Comments]

Same jerr cam my little Zahraa.... sgt laaa buasnye... skang nih suke sgt jd foreman... abih brg letrik da rosak da...hehehee

pssttt... jemah, cantik rambut an-nur.... jeles tau....

sya_zazoo said... [Reply to Comments]

hepi birthdaqy annur..annur sgtlah cute!!!

irasilver said... [Reply to Comments]

Happy besday an-nur! Ingat lagi kita bersalin pd tarikh yg sama!

Tapi an-nur dah pandai jalan! My marissa belom!

Puan Seri said... [Reply to Comments]

sweet giler muka an-nur.. sy pun suka panggil anak sy an-nur.. epy bufday an-nur. semoga jd anak yg solehah, bijak, taat kpd Allah dan ibu-bapa kelak.. Aminnn...

ija said... [Reply to Comments]

selamat hari jadi annur comei
from auntie jijah.com

@yue said... [Reply to Comments]

tomeynyaaaa anoi..

hepi besday ANNUR..
cahaya hati mama & papa dan tatak nica..:D

Emmy said... [Reply to Comments]

grem3 tgk muka anoi yg comel sesgt...suka2 bukak blog ibu dia tgk post lama2 yg ada muka anoi comel, geram nak tgk lepas geram tgk muka anoi comeil nanges...hahaha....cuba kira berapa bayak anoi, comel n geram dlm komen nih?....hahaha







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^