Follow Viruspadu

Monday, April 25, 2011

facial beauty workshop

Semalam saya adalah pegi facial. Manyak siok la sebab dah lama sangat tak pegi. Banyak sangat hal. Biasanya sabtu ahad memang ada je hal, nak nak pulak sekarang ni dah tukar waktu anjal, pukul 5.30 baru keluar opis. nak singgah amik anak dalam 6.15, memang tak sempat nak singgah facial. Kebetulan semalam ada kesempatan terus la pegi.

Ada yang tanya kat mana saya selalu facial kat seremban ni kan. Ini saya kopipes entry lama saya. Nanti ada masa saya buat entry penjagaan muka yang saya pakai key. Sebab dah alang2 saya facial kat situ so product pun pakai dia punya jugak lah. Tapi tu later2 I publish tau.

:)

=========

saya plan nak facial sebenarnya jumaat lepas lagik 4hb. tp emily ada hal. eh emily ni tokei facial mar. senang deal dengan emily. call call je buat appoinment :p

so takpe la. saya pospon jumaat ni. dah gigih dah plan lepas habis keje terus nak terjah sana.

janji dengan emily jam 5.30 petang. tetiba ada hal lak. tak kisah la pasal facial tu kan, boleh call je emily. apa susah :p

"emily, I sampai sana lambat sikit ok tak? dalam 6.30 ok tak?
"sori la kak, pukul 6 saya tutup la, ada hal"
"oh takpelah, eh mcm mana ye"
"esok boleh tak, maaf ye, saya jam 6 sudah tutup, esok pagi boleh ke?"
"esok saya ada kenduri la emily, u bukak sampai pukul berapa?"
"jam 6.30, maaf ye"
"takpe lah kul 4 la saya sampai sana"


so habis je kenduri terus datang sini. tak tukar baju apa semua.

ini bilik facial.


saya suka facial dengan emily ni, sebab dia suka bagi tips penjagaan muka.

masa dia godek muka saya dia bukak muzik. phew tertido2 dibuatnya

lepas tu dia tak paksa-paksa orang beli produk dia. sebab tu I like. (ok takyah tekan butang like dekat fesbuk ek. takyah buat mcm tu hehehe tetiba)

saya amik pakej RM98.
pakej saya tu tak ingat apa ada adalam. tp dia siap urut2 muka bahu bagai la. elok la untuk muka bulat kembang2 saya ni, urut kasi kurus sikit hehehe.

semalam saya sampai jam 3.45 kot. so habis siap dalam kul 5.00. lepas habis facial lepak rumah terus pegi terminal one beli enset csl en.laloque :p. entry pasal function dia tunggu en.laloque terer dulu, kang saya buat entry ok :p

warga seremban yang berminat boleh la pegi tempat facial saya ni. dia ada banyak pakej. serendah berapa RM ntah. lupa. sebab semalam en.laloque dah call2. saya pun risaau jadi balik cepat. dia call pakai phone rumah. phone rumah rosak takleh dgr suara. phone dia pun rosak takleh call kan. so saya risau apa2 jadi. tu yang tak sempat snap2 tu. padahal dah sembang dengan emily dah. bgtau dia nak amik gambar masuk blog. takpe ah next month punya facial lak lah hehe.

nama facial emily ni adalah BEAUTY WORKSHOP PARIS :) dia pun buat skincare, hair, makeup dengan academy sekali.

korang boleh call emily kalau nak buat appointment kat 016-3180628. cakap je zaimah kasik no fon. so dia tak terperanjat sangat hehehehe.

bisnes hour adalah mon-sun dari 10.30 pagi sampai 6.30 petang. rabu katup.

alamat: no.986 jalan s2/f22, garden homes seremban 2, 70300, seremban. nak tahu kedudukan sila la google map ye :)

saya siap beli krim nak surutkan jerawat lagi hehehe. siap la kau jerawat lepas ni. nampak je mukadimah jerawat terus saya sapu. fadan mukaaaaaaaa muahahahaha

depan pasar malam seremban 2 je. sonang baitu.

warga seremban boleh terjah sana ok


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

seumur idup sy kan vp sy xpernah pg facial tau..entah yer nape xnak buat...

Aleeya said... [Reply to Comments]

dah lama yaya tak gi facial...ermmm

Adlina Husaini said... [Reply to Comments]

ina facialkan muka orang je..muka sendiri malas nak buat hihi

Faizaharis2 said... [Reply to Comments]

dah lama tak ber facial ni... ishkkk3...

su said... [Reply to Comments]

baru nk tye vp wat facial kat kedai mana! alih2 ade info vp bg..hehe! tq vp! :)

Noriah said... [Reply to Comments]

larr..dekat area rumah saya jer rupanya...heheh...blh g terjah mcm nie

Noriah said... [Reply to Comments]

larr..rupa2nya dekat jer kat area rumah saya....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^