Follow Viruspadu

Thursday, June 10, 2010

Home sweet Home :)

suami sudah pulang bersama keropok lekor nya

selama 5 hari hidup bernomad. akhirnyaaaaaaa. oh home sweet home. sangat rindukan rumah. sangat rindukan katil. sangat rindukan bantal mucuk mucuk

awak busuk.
sekian.

eceh hahahahaha. tetiba awak busuk. kau apahal haha

home sweet home

en.laloque sampai2 rantau tadi terus direbuti oleh dua cinta hati pengarang jantung

lalu si ibu pun terasa hati. duduk diam2 depan tv. pura-pura tak excited kekekeke.

"kenapa mama ni"
geleng geleng (makna dia takde pape)
"tak sihat ke?"
geleng geleng
"dah makan ke?"
geleng geleng
"mata sakit lagi tak?"
geleng geleng

hahahahaha itu namanya perempuan kurang kasih sayang wakakakakaka

"alolololo meh papa tgk mata mama tu, belah mana yang operate tu, yang ni ye. bla bla bla"

kah kah kah layankan je la.

terus buat muka bajet comel. kebetulan anak-anak tengah kacau atoknenek. so boleh la nak buat muka comel2 kejap. perasan comel la. padahal muka boleh mengakibatkan dapat penampar pun ada muahahaha.

dan kini saya sedang indah online atas katil sendiri. sambil menikmati ekon. wah nyaman. eh bila nisa nak tido! eceh. eh maksud saya, dah lewat dah ni. budak2 tak elok tidor lewat :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

soclose2213 said... [Reply to Comments]

hahaha iyela tu jemah kan ...??? sambung sendiri ayat biasa tuh..

Mulan said... [Reply to Comments]

Awak busuk ! teringatb kes Noh Hujan ngan budak yg komplen tu.. huh..:)

viruspadu said... [Reply to Comments]

soclose
hehehehe. saje gurau2 hehe

mulan
ha tu lah. memang petik ayat dia pun haha

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

alololo vp nie...klaka lah..manja sangat..awak busuk..he he he (ayat noh hijan)

luvmum said... [Reply to Comments]

heheh biasa la bila kurang kasih syg bajet nak dibelai..kami slalu praktikan dirumah hehehe

~adeQ~ said... [Reply to Comments]

wakakak...ayat tersirat...tak tahan...hehehehe

Ceera said... [Reply to Comments]

auwwwww..
tak biasa atam bila andak buat ayat2 gitu, hahaha







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^