Follow Viruspadu

Saturday, June 12, 2010

htc dia dah terluka, tapi kenapa ending entry mcm saya yang terluka hahaaha

cilok dari belog suami terchenta


Semalam ujan lebat gile... mencurah2 dari langit. Walaupun secara hakiki nyer opis aku terletak di Wisma Negeri... tetapi secara pentadbiran, aku kena duduk di opis satu lagi kat Wisma Persekutuan. So aku kena bagi masa utk berada di kedua-dua tempat ni 5d/week.

Dek kerana ujan mencurah2 lewat petang semalam, aku berlarik2 bapak ke Wisma Negeri dari Wisma Persekutuan. Kerana larian aku yang ala-ala kangaroo sedang main kejar2 ngan tasmanian devil, maka HTC aku tu tercampak, melambung, terjunam lalu terseret sejauh 3 meter....



Lebih 2 tahun beliau berjasa kepada aku


Maka terpisah la HTC itu kepada 3 bahagian! Body nyer ke utara, baterinya ke timur dan penutupnya hampir2 terperosok bawah tong sampah Majlis Perbandaran Seremban!! Habis lenjun HTC itu disimbahi ujan, termasuk la aku yg kuyup dalam kesyaduan melibat kejadian ngeri itu....



Abis calar-balar bahagian belakang dan bateri... termasuk air sekali!


HTC tu dah berpuluh kali jatuh, terhempas, hampir-hampir dihempap oleh punggung dan dicampak oleh Nisa time dia berangin! Tapi semua malapetaka itu beliau berjaya harungi... Tetapi kejadian semalam benar2 menguji ketahanan beliau.

Dan sekarang, beliau telah nazak! titis2 air menitik keluar dari celah2 badan beliau. Skrin dah bergegar. Bateri dah kemik sikit akibat impak hentakan jalan tar. Tadi aku try charge, charger indicator xbergerak pun... adakah begini berakhirnya nasib riwayat hidup mu wahai HTC TyTn II ku???


p/s:
1. Kepada sesiapa yg cuba hubungi aku, kalo xdapat mohon maaf... hp aku dah rosak tunggu sampai aku baiki atau aku beli hp baru. Ada sesiapa nak adiahkan yang baru???

2. Mama... nak hp baru. (sambil wat wajah paling ayu)


ok saya tak baca. percayalah. yang barisan akhir tu saya tak baca. hahahaaha, eh mcm mana wajah paling ayu tu pa? ngeri pulak ma nak bayangkan muahahahahahaha

kesian papa. jom lowyat :p


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

kak

hp sy pun rosak

jom lowyat

kakakakak tetiba

Kancilbiru said... [Reply to Comments]

lowyat?? tu kak jemah ada la dia tgh pikir tu nak beli apa? wakakaka

My Life My World said... [Reply to Comments]

Alahai cian nyer En. Laloque ... so apa lagi VP, sebagai seorang isteri yang sanggup berkorban apa sahaja, hadiahkan lah HTC baru kat dia ... hehehehe ... mesti lepas ni dia terima dengan wajah yang paling ayu hahahahha

RiEz said... [Reply to Comments]

hahahaha akak tak tahan betul ayat last tu...muka ayu...

ija said... [Reply to Comments]

mmah apalagi..permintaan suami tu tak baik dihampakan..hahahah..
tu tujuannya abg lalok wat entry ni!

Nanak said... [Reply to Comments]

tipu xbca..ha3

zino said... [Reply to Comments]

happy ending story.. hehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^