Follow Viruspadu

Tuesday, June 15, 2010

Isu BreastFeed

seronok dan jeles pulak tengok ceera BF baby keisha sekarang ni. rindu pulak rasanya.

saya dah stop BF anoi dah. tsk tsk tsk.

serius rasa rugi sebab dah stop. tapi nak buat macam mana. saya dah berusaha yang terdaya dah. 6 bulan fully BF adalah pencapaian terbaik saya. mungkinkah akan ada pencapaian lebih lebih lebih terbaik lepas ni hehehehe. ok jawapan tu kita simpan dulu. nanti2 baru sembang eceh mcm saspen sangat pulak. padahal takde pape pun

ada beberapa isu BF ni. dalam mesej dekat fesbuk minta pandangan dan nasihat. walaupun saya mcm tak layak. tapi saya berbesar hati kalau korang yang BF baby perlukan kata-kata sokongan dan semangat dari saya. sebab saya tahu bila kita BF anak sendiri ni. mcm banyak sangat dugaan dia. nak nak lagi nak hadapi mulut orang. stress nok. saya dah rasa dah dulu.

macam kata-kata mengejek la perli la. ada jugak yang tak paham apa terus bagi kata-kata kutukan rasa macam nak cabut-cabut bulu kaki dia dan menumbuk kening belah kiri dia eceh.


salam kak vp...
rasa depress sesangat...
now ***** still bf baby ******.bila kat opis,kena la pam3x..
tp biasa sempat 2x jer kat surau..mmg nak ikut time tp bos kadang xpaham..ckp amik masa 1/2 jam jer tp dia cakap lama tuh...
bos plak lom kawin susah la skit...rasa down sgt kdg2..biasa bleh dpt 4oz skali pam blh dpat 2 or 3 oz jer....
mula2 ***** cam akak jgk masa anak 1st xtau sgt pasal bf,bila 2nd baby boy plak kuat la nyusu..tekad nak nyusu bf..
susah la cam nie kak..nak nangis jerr..


sape ada pengalaman mcm ni. hehehe. ramai kot. sebab tu ramai ibu-ibu malas nak pam susu kat opis kan. sebab kes macam ni la. kadang2 ada bos faham. opismate lak busuk hati. mengadu itu ini.

saya yang baca pun tersangat la terasa geram sampai tersusuk2 dalam hati. weiii pegi memerut pun kadang lagi lama ok. apa la salahnya nak mengepam sekejap.

tp memang kadang 1/2 jam tu adalah lama hehehehe.

eh kak jemah ni td kata kejap.

yelah kalau keje kat kaunter 1/2jam tu lama ok hehehehe. mungkin kita boleh ubah waktu pam. kalau ada waktu sarapan pagi, waktu tu la kita pam. waktu rehat, dengan nak pegi solat zohor. dan dpt 3 kali dah. dan daripada 1/2jam kita pam 15minit je. rasanya kalau 15minit tu bos pun boleh terima.

contoh kalau siang tu dpt pam sekali je. waktu rehat je. waktu lain mmg tak dpt. jadi korbankan waktu tido la nampaknya. setkan jam. pukul berapa nak bangun utk pam susu. gituuu.

keyword dia. "jangan fikir masalah, tapi fikir penyelesaian" dah macam ayat motivasi fadilahkamsah pulak hikhikhik

ok kalau mcm ni takboleh. mungkin mcm ni boleh. gitu. kalau boleh jangan setkan berapa kali pam susu. tapi setkan berapa oz susu yang kita dapat pam dalam masa sehari. jadi kita kejar target yang tu. :)

benda ni kalau orang tak paham dan taknak paham. kita cakap mcm mana pun. dia takkan paham. jadi kadang2 kita rasa penat nak ekplen sebab dia tetap takkan paham. jadi lebih baik takyah terangkan.

apa yang kita boleh buat adalah. kita kena pandai ejas. kita amik kata-kata pujangga "dimana ada kemahuan di situ ada jalan" ceh pujangga sangat :p. memang ayat tu mcm dah bosan kita dengar. tapi betul. demi anak ok. demi anak. biarkan mereka yang tak faham itu.

yang penting lagi satu. yang penting keje tu siap. so bos nak marah kita pam susu pun mcm takde poin sebab keje kita siap what. siap dengan cemerlang terbilang gemilang lagik. haaaaa kan terbaik tu wok.

pam susu dengan jiwa yang stress tu nanti susu tak kuar. jadi jangan stress2 ok. kalau stress meh mesej dengan kak jemah lg. kak jemah balas, walaupun kak jemah suka kasik jawapan mengarut2 je. tp sesungguhnya jawapan saya tu cuma nak kasik awak gelak2 dan hepi :) dan jgn fikir beban sangat tauuuu. waktu mengepam adalah waktu yang sangat berkualiti. mcm saya sekarang mana ada chance nak pam pam tu lagi. rinduuuu waktu pam. rindu waktu gelojoh2 pam susu. rindu waktu tengok2 jam nak pegi pam susu. :)


ok ini kes lain tau bukan **** kat atas.

lagi satu saya penah sembang dengan kawan saya sorang nih. masa tu kawan saya dlm pantang, sebab saya dah melakukan kesilapan tak pam susu dalam pantang lagi. so saya saje la tanya, kenapa dia tak pam susu terus buat stok masa pantang. yelah dah keje kang susah sikit kan. kang stok susu tak cukup. dia jawab takut susu dia kering. jadi saya pun diam.

SUSU KERING?

erm ok saya paham. dia taknak fully BF anak dia. (saya dulu kan mcm ni hehehehe) mmg dia dah niat mcm tu. kalau mcm ni mulut kau berkicau mcm mana pun cakap susu tu takkan kering kalau kita pam pun dia pasti ada jawapan lain nak menang.

jadi takpelah. amik la "menang" tu.

sebab kesedaran BF anak ni datang dari hati ibu sendiri. kalau paksa2 pun tak jadi.



SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK :)

sekian. daripada DR LANTIKSENDIRI JEMAH


Terima kasih mama iman betulkan fakta saya :)

Mama Iman has left a new comment on your post "Isu BreastFeed":

sebenarnya mmg byk dugaan nak susukan anak. pelik kan. B sendiri, kisah apa. yg len dok menyebuk tu pesal? takpe, mungkin dia jeles sebab B dia takleh kuar susu kot. Sy sokong jemah. Lantak p la org len nak kata apa. yg penting, kita kena kuat semangat. pk masa depan anak. susu ibu mmg yg terbaik.

org nk BF ni, kena think positive. kalau awal-awal lagi dah kata tak nak pam takut susu kering, maka otak pun akan bekerja ke arah tu. konsep SI (susu ibu)ni ialah supply by demand. No supply, no demand. Jadi, kena pam sentiasa utk kosongkan B supaya nanti ada susu yg akan masuk lagi. mcm pam kat toilet (sorry ek, mcm kotor skit). kalu kita tak flush out, macamana air nak penuh dlm tangki tu. takat tu gak la air dalam tangki tu kan? betul tak cik puan a.k.a dr. jemah? hehehe....
Tak leh pam kat opis bkn alasan yg kokoh... ehehhe.... cari masa. kita yg urus. dan teramat betul, masa utk kita kumpul susu adalah ketika dalam pantang. masa tu susu amat byk.

cik puan jemah a.k.a. dr. jemah, ijinkan amba ni perbetulkan sedikit statement cik puan ek. "kalau boleh jangan setkan berapa kali pam susu. tapi setkan berapa oz susu yang kita dapat pam dalam masa sehari. jadi kita kejar target yang tu."

kita benonya kena setkan berapa kali pam. tak kisah la kerap ke tak. cuma, yg penting consistency. kalau kita biasa pam 2 kali masa keje, make it twice every time. Berp oz tu len cita. Sebab, bila kita kerap pam, susu akn jd byk. walaupun kita pam sekali cuma dpt 1 oz je, tp disebabkan kita pam satu hari 8 kali (ni campur yg kat rumah tau), maka kita akan dpt 1 hari, 8oz. ok la tu. jgn stress sgt pk susu tak cukup. u r what u think. kalau pk susu tak cukup, otak akan bekerja ke arah itu. betul tak? harap cik **** (aku pun tak tau nama sebab jemah tulis mcm tu) dpt tenang dan bio je apa org nak kata. Apapun, sokongan mmg penting. But get support from other people who can support you, and not those who can't support you.

Cik Puan Jemah a.k.a, Dr. Jemah, sekadar menumpang bantu. heheheh....



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

9 komen[s]:

Pnut said... [Reply to Comments]

bab BF ni memang jadi isu beso, kalau si ibu memang nekad nak BF,

kalau dah niat dari awal untk BF anak, awal-awal dari dalam pantang tu buat stok banyak-banyak...

akak anak-anak tak cukup bulan, semua dok wad lama, so kesempatan ada, pumppp je susu, saper kata tak boleh?? boleh..tp kena kuatkan semangat...

akak lagi la..anak-anak duk NICU, emak kat umah tader baby menghisap... hanya pump je..pump pun pump pakai bateri sajork... koman abeh...

ALhamdulillah walau lahirkan anak-anak pada 7 bulan je kehamilan, merasa juga budak-budak Full BF selama 8 bulan, selepas itu mmg kekurangan susu dan terpaksa top up...

Zarith said... [Reply to Comments]

saja utk berkongsi pengalaman...alhamdulillah saya still bf sampai skrg dah masuk 2 thn 2bulan...cara saya...senang saja...pam selepas minum pagi, mkn tgh hari..or masa nk solat..so x jejas time kerja...sbb sblm solat kita pam dulu...so x de sapa boleh tegur alasan sbb nk solat...so pandai2 amik peluang yg ade.

strawberi said... [Reply to Comments]

btol...btol..saya ni..anak umur 1 thn 8 bulan..alhamdulillah..masih boleh bf anak wpun bukan sepenuhnya..tp sy tak prnh pam..rasa rugi plak awal2 dulu tak pam...kalo tak mesti susu lg byk skang ni :)

mrs.ecam said... [Reply to Comments]

ehek...maceh kak jemah...n3 ni wat aku rs nk BF ank aku nnti...insyaallah....

Mama Iman said... [Reply to Comments]

sebenarnya mmg byk dugaan nak susukan anak. pelik kan. B sendiri, kisah apa. yg len dok menyebuk tu pesal? takpe, mungkin dia jeles sebab B dia takleh kuar susu kot. Sy sokong jemah. Lantak p la org len nak kata apa. yg penting, kita kena kuat semangat. pk masa depan anak. susu ibu mmg yg terbaik.

org nk BF ni, kena think positive. kalau awal-awal lagi dah kata tak nak pam takut susu kering, maka otak pun akan bekerja ke arah tu. konsep SI (susu ibu)ni ialah supply by demand. No supply, no demand. Jadi, kena pam sentiasa utk kosongkan B supaya nanti ada susu yg akan masuk lagi. mcm pam kat toilet (sorry ek, mcm kotor skit). kalu kita tak flush out, macamana air nak penuh dlm tangki tu. takat tu gak la air dalam tangki tu kan? betul tak cik puan a.k.a dr. jemah? hehehe....
Tak leh pam kat opis bkn alasan yg kokoh... ehehhe.... cari masa. kita yg urus. dan teramat betul, masa utk kita kumpul susu adalah ketika dalam pantang. masa tu susu amat byk.

cik puan jemah a.k.a. dr. jemah, ijinkan amba ni perbetulkan sedikit statement cik puan ek. "kalau boleh jangan setkan berapa kali pam susu. tapi setkan berapa oz susu yang kita dapat pam dalam masa sehari. jadi kita kejar target yang tu."

kita benonya kena setkan berapa kali pam. tak kisah la kerap ke tak. cuma, yg penting consistency. kalau kita biasa pam 2 kali masa keje, make it twice every time. Berp oz tu len cita. Sebab, bila kita kerap pam, susu akn jd byk. walaupun kita pam sekali cuma dpt 1 oz je, tp disebabkan kita pam satu hari 8 kali (ni campur yg kat rumah tau), maka kita akan dpt 1 hari, 8oz. ok la tu. jgn stress sgt pk susu tak cukup. u r what u think. kalau pk susu tak cukup, otak akan bekerja ke arah itu. betul tak? harap cik **** (aku pun tak tau nama sebab jemah tulis mcm tu) dpt tenang dan bio je apa org nak kata. Apapun, sokongan mmg penting. But get support from other people who can support you, and not those who can't support you.

Cik Puan Jemah a.k.a, Dr. Jemah, sekadar menumpang bantu. heheheh....

Michelle Zyenn Teh said... [Reply to Comments]

Wah I tau aje breastfeeding boleh keep slim Hahahaha!

sWeEtdARLiNG said... [Reply to Comments]

pernah jer tgh syiok2 pam, bos panggil nak dokumen kejadah, terpaksa berenti... memula pam 3x sehari.. pastu pam 2x sehari.. hasilnya sama gak... sebab tunggu tank penuh, pam sekaligus rasa lagi syioook drp pam byk2 kali tp hasilnya duk ciput2 tu yg buatkan kita dah terambil masa opis byk sgt...

pokok pangkalnya, kena lihat kemampuan diri..

honeysour's blog said... [Reply to Comments]

seronok baca pasal isu BF ni...

saya masih BF baby sepenuhnya...cuma risau sebab stok makin sikit..mase dalam pantang ari tu rase rugi betul tak buat stok banyak2..

viruspadu said... [Reply to Comments]

Pnut
akak memang terbaik :)

mrs.ecam
hehe nanti BF tau tau tau.

strawberi
wah ye ke, jeles nih jeles nih

Zarith
ye kena pandai2 ejas sbnrnya. hebat. saya pun nanti kalau ada peluang lagi akan guna formula tu :)

Mama Iman
terima kasih fakta2 tu. I like, terus kopipes masuk entry hehe

Michelle Zyenn Teh
wahhhhh michelle yang cute, terkejut I nampak u komen hehe. ye betul. itu bonus ok. memang kurus murus. tgk la hasilnya ececece.

sWeEtdARLiNG
kalau gitu mmg parah hahaha. betul tu kena tgk kemampuan diri

honeysour's blog
saya pun suka isu bf ni. suka jugak tolong bg semangat dekat kawan2.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^