Follow Viruspadu

Friday, June 18, 2010

Keseronokan Berganda :)

hari ni saya memang dah berjanji dengan qila. siapa qila kak jemah? alololo korang ni. dia la yang telah membuatkan JEMAH YANG CUTE itu hari. hehehehe.

qila ni dekat ajer dengan saya. office sebelah. kongsi toilet yang sama. tp guess what. haaa apa? henbag guess hahahahaha. siot je. tp kitorang tak pernah sekali pun terserempak dalam toilet. padahal muka saya ni ulang alik masuk toilet hehehe. muka toilet keh keh

disebabkan dia baik sangat dengan saya. itu hari besday nisa siap bagi hadiah, lepas tu buatkan JEMAH YANG CUTE pulak dekat saya. terus saya paksa dia makan, saya belanje. makan la apa2 pun cecece.

jadi kitorang janji-janji la jumpa hari jumaat. jumaat panjang sikit rehat katanyakan. kat mana lagi kitorang nak mengedate kalau bukan dekat jasko yang dekat dimata dekat dihati dekat dengan rumah sekali :)

saya juga telah mendera dia untuk fikir semua benda termasuk nak makan dekat mana, nak parking dekat mana hehehe. sebab saya malas nak fikir. susah okkkkkkkk. ko ingat senang nak fikir nak makan kat mana nak makan apa.

kitorang jalan2 dulu sebelum sebelum makan-makan. semua kedai kitorang masuk. termasuklah masuk guardian sebab konon nak carik hadalabo ladahabo hadolobo eh apa nama dia ek. hahahaha. yang korang komen itu hari la. pencuci muka yang best tu. siyes blur nama dia apa hehehehe. kat mana nak cari benda tu? teringin jugak nak cuba :p

kasut ni weiii dekat momoe. kasut pink yang pelik yang tiba-tiba saya minat hahaha. qila nak kutuk pun tak berani sebab tiba2 saya minat hahahaha


zoom sikit. kitorang namakan kasut ni sebagai kasut tikar. sebab dia memang macam tikar.

memang pelik kasut ni. memang diakui la. tapi mcm mana saya terminat ni ha. pelik gak ni. harga dia RM19 je tadi saya tengok. bisa menggegar iman. tapi takpe. boleh control lagik :)

beg ni pun dari momoe jugak. lupa dah harga dia RM69-89 kot mcm tu. ini memanggggggggg sangat2 teringin nak beli. macam care giler pakai dengan jeans.


banyak tempat kitorang tak snap gambar. kitorang tengok dan gelak2 je. sambil test itu test ini. lepas tu blah.

ehem ehem.

ehem ehem.

ehem ehem.

akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa wuhuuuuuuuuuu

yes! yes! bling bling bling alalalalalalala

dah macam orang gila dah haku suka punya fasal okeh.




nampakkah kegembiraan di wajah. siap snap wajah henset sebelum dan selepas la kononnya :) snap sambil muka senyum paling tak boleh blah.

qila didera untuk kesekian kalinya.


saya (eh qila sebenarnya) lekatkan dekat cover henset aje. masih sayang dekat body enset tu lagi. kot nanti setahun lagi bila dah lama2 sikit baru saya beli bling2 ni lagi lekat dekat body wuwuwuw. harga bling bling RM12



me and qila and the bling bling hehehe

tq qila tolong akak. tangan dia berseni sikit. tangan ahkak fail sikit.

kitorang makan sampai tak sedar jam berputar dengan pantas. sampai qila tanya saya

"kak, akak masuk office pukul berapa?"
"haaaaaaaa alamak"

hehehehe. tu la bila orang tu ngam dengan kita. memang tak sedar masa berlalu. :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

3 komen[s]:

strawberi said... [Reply to Comments]

kak jemah..pencuci muka hada lobo ke ape nama tuh..bukan yg ceera buat adv. utk nuffnang tu ke..hehe..sama cam iza pink stiletto tu buat..

mintak je ngan ceera...hehe

Qila Azali said... [Reply to Comments]

hehe.. kasut tikarr sungguh comel di kaki kak jemah..

thanks for the day ek akak.. terharuu sgt nehh.. (:

Maizatul said... [Reply to Comments]

hai kak xsangka akak pandang jugak cadangan saye tu.hehe..haah Hada labo tu kak ceera pernah buat adv.but yang kak ceera buat tu just lotion dia je.dengar kate lotion tu 1 botol dijual setiap 4 saat kat jepun. ok for ur info.. produk ni kebiasaannya ade kat watson or guardian.tapi watson kat jusco seremban 2 xde.baru minggu lepas saye gi cari kat sane.tapi kat guardian terminal 1 insyaallah ada.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^