Follow Viruspadu

Sunday, June 13, 2010

lagu budak-budak

semalam terkejut dengar nisa menyanyi dalam kereta

"aladin takde cincin, siapa kepala botak licin?"
(melodi dia korang bantai je la ye)

hahahahaha mesti lagu ni dia belajar kat taska ni. yelah lagu nak mengejek2 la ni kan. hahahaha kelakar.

so kitorang pun saje nak sakat dia. kitorang tukar lagu tu

"aladin takde cincin, kakak cica botak licin"

hahahaha terus sentap hahahaha.

dulu masa saya kecik pun ada satu lagu yang terpahat dalam hati. dan lagu tu nanti saya nak wariskan ke cucu cicit hiks

lagu ni kalau nyanyi memang lirik dengan melodi bersatu ah hhahahaha, kalau m.nasir dengar ni konfem masuk juara lagu tahun depan. ok merepek. tak, saya nak maksudkan kalau tulis tak 'in' sangat, kalau nyanyi memang best

"man tot man ya, man kentot bawah tayar, tayarnya pancit, perutnya buncit"

kelakarrrrrrrrrrr doh, sebab jiran saya nama dia man. kecik2 selalu gaduh dengan dia. memang lagu tu jadi hits ah. kalah lagu dr. alban dulu Dr. Alban tellin' everybody. We no want no coke, no heroin ceh terus nyanyi hahahaha.

so apa lagu korang kecik2 dulu?

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

3 komen[s]:

kolakolakila said... [Reply to Comments]

alif ba ta
pak ali mata buta
nak cium anak dara
tercium bontot kuda.....

kalau saya kecik2 dulu, ma saya marah nyanyi lagu tu, sebab jiran kitorang nama dia ali......sian ali tu kan, xpasal2 glemer dalam lagu....

viruspadu said... [Reply to Comments]

hahahaha
tak pasal2 ali menjadi mangsa hehehe

kak moon said... [Reply to Comments]

mat min tonjol
beranok dalam botol
timbul tenggelam
terus masuk goll

* smpai skrg kot ade lagi dlm family ktorang.. wakakka







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^