Follow Viruspadu

Tuesday, June 29, 2010

Laksa Sarawak

carefour seremban ni dah berapa lama ek wujud kat seremban ni? hehehe. punya la setia dengan jasko kata kau. duta lantik sendiri punya pasal. saya memang jarang pegi shopping komplek yang lain selain jasko jasko jasko dan jasko hehehe.

kenapa saya asik jasko je, ada 3 sebab
pertama: dekat dengan rumah
kedua: dekat dengan rumah
ketiga: dekat dengan rumah

hahaha lebih baik takyah bagi sebab macam tu kakjemah ni kannnnnn

semalam en.laloque ajak pegi giant. si nisa macam la tahu giant tu apa. dia nakkan main boling sangat2 dekat jasko tu.

"papa, kakak dah bosan dah pegi giant"
"eh mana ada kita pegi lagi, ni baru nak pegi ni"
"iyeee kakak dah bosan dah"

tiba-tiba mama menyampuk

"kalau kakak bosan, kakak tunggu dalam kereta ok. mama papa anoi pegi giant"
"eh silap mama, silap"
"nape"
"mama, kakak tak bosan, tak bosan, kakak silap cakap tadi"

hahahahaha lawak ok budak perempuan ni. nanti la satu hari saya amik video dia membebel dalam kereta kasik korang tengok. (sebenarnya paksa korang tengok hiks)

tiba-tiba

"aik ni carefour bukan giant"
"try la sini, tak pernah datang sini"

en.laloque ni macam-macam hal betul. saya syak dia dah set dah dalam kepala dia nak datang sini. mesti dia ada benda nak cari ni kan. try konon pirahhhhhhhh



rupanya ada kedai kamera nikon kat carefour ni hahahaha, mesti dia dah gugel ni. tu pasal semangat dia tiba2 nak sampai sini.

chait

kat carefour ni kan, ada jual baju kurung cotton dah siap jahit jadi baju only RM50 ok. manyak syiok woooooooo. cantik-cantik lak tu. rasa macam nak sambar barang selai dua. tapi disebabkan datang bersama anak-anak tercinta, macam susah giler nak pilih dengan aman dan damai. mekchuuuu jom gi carefour jommmmmmmmm :p

dari pintu masuk saya dah nampak kedai laksa ni, nampak pulak dia tulis laksa sarawak. rindu laksa sarawak weiiiiiiiiiiiiii. teringat kawan-kawan dekat sarawak yang bawak saya jalan-jalan dulu. rindu rindu bila mau ketemu lagi.

semalam saya mc. saya kalau cuti dan duduk rumah. memang tak makan apa-apa dari pagi sampai petang. jadi perut adalah lapar tahap kebulur dah.

nak makan laksa atau nasi kerabu ayam percik. dua-dua nampak sedap.

and ofkos saya pilih laksa sarawak

tapi apasal rasa dia pelik sangat ek. tak sesedap macam kat sarawak tu

rindu nak pegi sarawak, nak makan mee kolok :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

9 komen[s]:

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

he he he..duta lantik sendiri...agaknya sbb mee tu bkn buatkat Sarawak tulah xsedap tu..ape lagi VP buat2lah merajuk ngan en laloque mana tau dia bwk p sarawak ker..he he he

marinahunny said... [Reply to Comments]

rmh jemah kat seremban 2 ke..? tiap2 tahun saya g S2 rmh kakak ipar try round2 kut jumpa rumah pagar fink..hakhakhak

Zack ~ 'A said... [Reply to Comments]

teringat laksa srawak yg bestie sy buat.. :D mmg sodap akkk..

Pnut said... [Reply to Comments]

jemah, jangan lupe janji mu kalo ke jasko...

tau..tau..tau....

apsal ni sebut mee kolok?? laksa serawak ni??? kan ke akak dah teringin..sangat tak baik tau buat org cenggini

Big Momma said... [Reply to Comments]

jom le.... datang lagi le... he he he

kuah laksa tu dalam gambar dah nampak pelik. hitam pekat je...

viruspadu said... [Reply to Comments]

Softtouch [Hanim]
ini susah sikit nak merajuk. sebab kos tinggi hehe

marinahunny
a ah kat area situ

Zack ~ 'A
a ah mmg sedap kalau betul2 laksa sarawak. itu hari makan kat sarawak, pehhhhh sedap giler

Pnut
igt sebelum sampai. lupa di lokasi. bila balik rumah ingat balik. sori kak. adoi la

Big Momma
i missssssssssss youuuuuu

Hariq-Sha said... [Reply to Comments]

haah betol kata Big Momma tuh...kuah dia tuh jer dah nampak lain semacam...hihihihihihi...

akak nak rencah dia?? buat sendiri nanti....kih3... :P nanti saya balik KL saya bawak :P

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

eliss tak suka laksa sarawak..huhuhu

elissmie.com

lydzar said... [Reply to Comments]

hari tu time kawan2 mai dtg umah, saya masakkan dorang laksa sarawak..hubby beli paste kt sarawak time dia outstation :)

sedappppp..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^