Follow Viruspadu

Saturday, June 19, 2010

Malam yang Hangat

hak hak hak hak

tajuk macam entry yang mengundang spekulasi dan kontroversi ni hahaha. malam yang hangat sangat katanya kan yelah memang hangat kau. dah ramai2 orang tu kan mujur la duduk sebelah kipas besar katanya. jadi dia tak jadi hangat sangat, tapi jadi hangat hangat tahi ayam eh! apakah :p

sebelum kitorang bergerak ke karnival dekat depan dewan MPS tu. kitorang pegi makan dulu. lapar. walaupun jemputan kena datang pukul 7.45 malam. tapi jam 8.30 kitorang atas jalan lagi. banyak jalan dah katup dah. jalam jem okeh. sebab tu lambat. ohohoho alasan.

sampai2 kat dataran MPS. nasib baik belum start lagi. so kitorang pun jalan-jalan cari tempat duduk. ramai gilerrrrrrrrrrrr orang okeh. mcm semua seat depan mmg penuh ah. kalau nak kau duduk la belakang sekali. kena panjat tangga atas sekali kot.

ketibaan VVIP YB Dato' Hj. Mohamad Razi, YB. Dato' SS



gimik perasmian pembukaan :)


Persembahan dari negeri dan negara jiran







nisa tak ikut, sebab dia ikut atok nenek balik rantau itu hari. rugi betul dia tak ikut. kalau tak mesti dia sukaaaaaaaaa giler ok.

anoi sangat behave sekali. tak nangis tak meragam sikit pun.

siap bila orang tepuk tangan dia pun xcited tepuk tangan sekali hahahahaha

masa ni dia dah nak tido dah. dah pukul 10 malam dah ni, anoi memang kalau nak tido dia mengeliat2 sikit



mata saya pun nak terkatup2 dah. ngantuk giler ok.

mula2 macam plan nak lepak kejap je. tp tiap kali rasa nak balik tiap kali rasa eh lepas yang ni lah, eh lepas yang ni lah, last2 sampai habis hahahaha












best gileeeeeeee tengok live. biasanya tengok dalam tv je.

saya sebenanrnya minattttt sangat menari ok. minat menari dengan pandai menari lain kan. saya minat je bukan la pandai.

sebab tu kat UUM dulu saya masuk Ko-K Tarian Melayu hehehehe. gigih kau. tiap2 sem dapat score A (memang niat nak riak ke apa ni jemah hahhahaha)

masa tgk orang menari saya pun berangan la konon2 saya yang menari dekat situ hehehehe.

penutup ni dah habis dah. kul 11 mcm tu.

perempuan muka bulat dan selekeh malah dia ada jerawat batu dekat dagu sibuk nak snap2 gambar dengan penari :)






ok dah tu je.

Karnival yg dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Mohamad Razi dijangkakan akan berlangsung selama 3 hari. Mulai malam tadi, akan ada beberapa event yang telah dirancang antaranya:

19 Jun di Seremban Parade akan ada persembahan kebudayaan dari Team Budaya dari Negeri Perak, Selangor, Pahang, Kedah, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Terengganu dan Sarawak. Bermula dari jam 12 tghari sampai la 10 mlm.

Dalam masa yg sama dan hari yg sama dalam tarikh yg sama... ape aku ckp ni... bertempat di Terminal One pulak ade persembahan dari Team kebudayaan negeri-negeri lain termasuk kebudayaan masyarakat orang asli Malaysia. Begitu juga di Plaza Johor, Klana Resort dan Royale Bintang.

Ada juga team kebudayaan dari luar negara, ada dari Thailand, Indonesia, Jepun, Afrika dan paling menarik dari Brazil.

So bg warga Seremban, N9 dan negeri berjiranan... datanglah beramai2 menyaksikan persembahan kebudayaan Malaysia. Free jer xpayah bayar pun. Malam penutup di Audotorium Taman Budaya, Seremban jam 8.00 malam. Kita turut bg menyokong budaya kita....


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

2 komen[s]:

I n n z said... [Reply to Comments]

ptt la.
semalam lepak kat dataran seremban tuh.
ingtkan amende la yg terjadi dkt depan pdg MPS.
karnival rupenye ;)

Dayah said... [Reply to Comments]

Salam Kak Jem,

Tu dia.. semangatnya kak.. hehehehe
Lama tu.. boleh ek kak annoi tertido bunyi bising kak? behave sungguh annoi ni.. gud girl ^__^







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^