Follow Viruspadu

Tuesday, June 01, 2010

mata oh mata

adoi.

ok bosan.

entry pasal mata lagi. booo boooooooooo takde entry lain ke jemah. bohsan ok. booooooooooo

hahahahaha sabar je la.

semalam mata saya tiba-tiba memedih sekali lagi (macam saspen hahahaha). dan tika ini masih pedih lagi. saya cuma berdoa supaya sok dia tak membengkak bagai johan. aik apsal johan. sape johan cakapppppppppp. eceh. tak cukup dengan doa. saya pakai la ubat mata sekali hehehe.

bos jika bos baca belog ini. kalau saya sok mc. sila lah memahami keadaan staff mu yang paling comel ini bos. wahhhhhh sempat kau. macam bos kau ada masa nak telek belek belog engkau hahahaha.

saya sms en.laloque siang td. ajak terjah permata hijrah. dengar-dengar cerita ada kat terminal one. si pejal la cerita hari tu. saya ingat permanently la depa kat situ. en.laloque pun jawab setuju je la

so balik kerja. tepat jam 5. terus kitorang pulang. jemput anak. terus ke terminal one.

cari cari cari macam takde. tanya tanya. rupanya dah takde dah. ada la kalau nak beli. tapi beli cantu je la. takde la nak test dulu ke apa ke kan. saya ingat mcm ada orang dari permata hijrah, pastu boleh jumpa jumpa. boleh sembang sembang. macam jumpa doktor tu la. pastu dia check mata kita. pastu dia sajes ubat apa yang sesuai untuk jenis penyakit mata kita.

hampa ok. hampa.

dah la memerah keringat petani nak sampai ke terminal one tu. nak cari parking. nak tolak stroler. nak lari2 tolak stroler lintas jalan. nak rebut2 naik lif yang kecik last2 kena keluar sebab terlebih muatan. cisssssssss!!!! sekali tak mendatangkan hasil.

eh eh. apa pulak tak mendatangkan hasil pulak. ada whattttttt wakakakakaka sambil gelak shaiton wakakakaka.

sempat ok saya terjah kedai kain hahaha. beli kain sedondon dengan anak-anak la. nak buat baju raya gitu. saya plan nak buat baju kurung biasa je. then baju anak-anak nak buat baju kebaya. mcm comel giler budak2 terkedek2 jalan pakai baju kebaya. ohhhhhh comel. tak sabar nak gi tempah. sok nak gi tempah tempat biasalah. nak ukur terus badan budak2 kat situ. :)

ini dalam kereta. ontheway balik rumah dengan kekecewaan tak dapat jumpa sama permata hijrah :(

sila spot pada muka anoi.

dia main sundae nisa. sampai rambut2 dia makan eskrem tsk tsk tsk.

bukan rambut dia je. lepas tu dia tonggangkan cup tu, abis bantal seat semua basah kena eskrem. abis saya nisa semua meleket2. yelah baju2 dia dah sahih la kotor. pastu dia panjat2 saya. dengan saya2 la kena sekali. oh anoi. indahnya perangai mu sayang.

ni kalau hantar kembara ni cuci ni, mau aku kena maki ni kang hahahahaha. "ayoyo banyak kotor la ini kereta kakakkkkkkk maniss" hahahaha ok ok yang manis saya cipta hahaha

"mama, mama, pegang limau ni, pastu mama senyum macam ni" hahahahaha

layan kan je la nisa ni. kang sentap pulak

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

4 komen[s]:

aMiYs said... [Reply to Comments]

alololo... comei btol la anoi n nisa ni... kak jemah pun comei posing dgn oren tu.. hehe... ;)

che ann said... [Reply to Comments]

jemah..permata hijrah ada kat bangi..depan pkns..try la g terjah situ...

Dee said... [Reply to Comments]

kak jemah..xyahlah pegi permata hijrah tu bukan mengondem..pd sy lebih baik pegi jumpa pakar mata..dorang lebih tau..hehehe..

viruspadu said... [Reply to Comments]

aMiYs
terpaksa posing, bimbang nisa sentap hehe


che ann
tu la hari tu ada terjah bangi, tp tak sampai lg kat kedai dia betul2

Dee
a ah. saya punya appoinment dengan pakar mata bulan 7 kang. sebab tu la saje nak terjah permata hijrah pulak. kot la best hehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^