Follow Viruspadu

Saturday, June 26, 2010

Minor Surgery - Left Eye

sepatutnya 17 hb lepas saya sepatutnya menjalankan minor surgery untuk left eye saya. tapi sebab 17hb adalah hari lahir anoi. langsung tak sanggup saya nak pegi. giler kau. orang feeling-feeling nak nanyi lagu hepibesdaytoyou nak potong-potong kek, tapi mata lanun kannnn, canne tu, tak sanggup acik.

ditambah lagi 17hb adalah hari sengkek, belum gaji kannnnnn.

ditambah-tambah lagi trauma sakit mata belah kanan belum reda lagi wuhuuuuuuu terasa lagi dia punya sakit ok. berdebak debuk betul hati bila terbayang nak buat mata belah kiri pulak

seriauuu ngeriiiiiiiiii

jadinya saya plan, bulan 7 je lah saya pegi. bagi hati saya tenang sikit kononnya.

tapi kita merancang Dia yang tentukan. belum apa-apa saya dah rasa pedih-pedih dah mata ni. dah la saya urusetia satu program kat opis. kira kalau takde saya pincanglah program itu wahahahahahaperasangiler. (info tu saya tokok tambah haha) takut giler saya kalau lah tetiba hari program tu tiba-tiba mata saya bengkak menggila. blerghhhhhhh. matilah kan.

jadi saya pun berkira-kira hari bila nak pegi operate, isnin takleh, ada meeting, selasa rabu khamis jumaat alahai takde satu hari pun yang boleh nak operate, semua ada hal. yelah lepas operate konfem la mc 3 hari kan. adoilaaaaaaaaaa ni semua la ni kan.

last-last decide hari sabtu. atlis kalau kena cuti 3 hari, saya mc hari isnin je. lega la sikit kan.

pagi tadi ni. muka tengah kembang kencup nak pegi klinik. giler ketaq kata kau. yelah sebab dah rasa sakit dia macam mana, dah tahu rasa sakit dia macam mana. phew. bisa menggoncang jiwa


anoi makan coklat dan sangat comot


snap snap snap ntah apa tujuan ntah snap gambar sementara tunggu en.laloque uruskan kereta, masukkan barang masuk kereta, buang sampah huhuhu


sampai-sampai klinik. ramai pulak. seb baik nurse tak marah sebab tak datang 17hb tu. so takpe la tunggu pun. nak buat macam mana kan. sabtu memang ramai. maybe sebab orang cuti, dan maybe sebab setengah hari je klinik bukak. tu yang ramai lain macam tu

saya suka sakat nisa

"kakak, kejap lagi kita jumpa doktor, mama nak suruh dia enjet kakak, sebab kakak kan suka nangis, lepas tu mama nak suruh doktor enjet kaki sekali, sebab asik nak dukung je"

hahahahaha terus diam je dia. duduk baik-baik dekat kerusi. tak nangis mengada. tak mintak dukung hahahaha

bila nama saya kena panggil je, terus saya ajak dia masuk. pucat muka dia takut hahahaha lawak.

jahat betul mama macam ni.

"doktor apa punca mata saya ni, mekap ke?"
"eh bukan sebab mekap, tp sebab minyak berkumpul ni"

ooooooo gitu. jadi bukan la sobab mekap. seb baik wooooo. kalau tak nanti tak vogue la I wahhhhhh dush dush dush hahaha

"you kerja ke?"
"kerja doktor"
"you kerja office ke kerja luar?"
"office doktor"
"biasanya yang kena macam ni kalau keje kat luar sebab tak tahan dengan habuk"

aisehhhhhhhhhh office saya berhabuk ke rumah saya berhabuk ni ha? adoilaaaaa

papa upah helper plissssss, ceehhhhh tetiba

doktor pesan suruh selalu cuci mata dengan air suam, lepas tu urut2 kelopak mata. ok noted!

doktor kata belah kiri ni macam teruk sikit dari belah kanan itu hari, lg banyak tempat dia kena telekbelek. adoi sakit sakit sakit.

doktor suruh saya baring, tiba2 dengar suara anoi meraung-raung gaduh dengan nisa, si nisa pulak kecoh ketuk2 dinding. memang bising giler. dah la klinik tu kecik. memang semorang tak selesa kot. termasuk la doktor nak operate suasana bising2 kan macam rimas sikit. jadi dia pun macam mengeluh la

"baby cry bla bla bla bla"

nurse tu diam-diam bagi tahu doktor itu anak kakjemah. terus doktor sentap terus diam hahahaha

adoi MALUNYA sayaaaaaaaaaaaaa hahahahahaha eh saya kena malu ke doktor ek, saya kot patut malu, anak saya yang bising hehehe

nasib la doktor. nasib la kakjemah :p

selesaiiiiiiiiii...

2 jam yang pertama amat pedih sekali. tapi dapat diharungi dengan tabah (dan baran hahaha)

jam 3 tadi saya dah bukak dah balutan ni. dan cuci dengan air panas semua. tp macam megik pulak. sebab kali ni mata saya tak bengkak pun mcm lepas operate belah kanan. oleh sebab itu saya bersenang lenang update belog sekarang aserehe ha reheeeeeee

info klinik pakar mata yang saya pergi:

Raj Eye Specialist Clinic and Surgery
106 Jalan Yam Tuan
70000 Seremban
Tel / Fax: 06-7633910

bayaran utk mata sebelah kiri:
RM200

pengalaman minor surgery right eye

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

shadowz said... [Reply to Comments]

akaakk..... laaa... g operate rupenya....

alhamdulillah da selesai ngan selamat...

anoi n nisa tanya apa bile akak kuar blek doktor tu? deorang banyak cakap x?

deorang ada cakap mcm ni x?
"mama, doktor simpan kat mana mata kiri mama?" hehehe

Nilco Syrup said... [Reply to Comments]

get well soon kak...

p/s:- blog rozalizda.com tu da berpindah..ni blog baru saye :)
tq kak

rynas said... [Reply to Comments]

jemah selalu mata jd gatal2 ker atau jadi kurang nampak ekkk...saya lately ni suka gatal mata...mula2 belah kanan lepas dah siap gosok2 semua belah kiri pulak...alergik ke haper ntah lar tapi tak penah jumpa doc lagi. sebab rasa cam ok lg..eehhh ngadu kt jemah ler pulak.

apa-apa pun jemah tetap maintain vouge hhehhe

rynas said... [Reply to Comments]

jemah selalu mata jd gatal2 ker atau jadi kurang nampak ekkk...saya lately ni suka gatal mata...mula2 belah kanan lepas dah siap gosok2 semua belah kiri pulak...alergik ke haper ntah lar tapi tak penah jumpa doc lagi. sebab rasa cam ok lg..eehhh ngadu kt jemah ler pulak.

apa-apa pun jemah tetap maintain vouge hhehhe

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah selamat dah..xdelah lepas ni sakit mata jer kan...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^