Follow Viruspadu

Tuesday, June 08, 2010

Minor Surgery - Right Eye

hari tu, ala hari sabtu tu la, yang malam tu saya puasa sebab dah test gula bagai tu. lepas tu keputusan gula adalah normal bagai johan. eh!

saya macam dah tak tahan sangat dengan kondisi mata saya. lalu saya terus cakap dengan doktor.

"doktor, mata saya ni, jumpa pakar je la, dah tak tahan dah ni"
"jadi kamu nak jumpa pakar mata yang mana? yang kat sini ke kat sini, bla bla bla"
"yang ni la, dekat dengan office saya"
"ok doktor keluarkan surat, alaaa, hari ni kan public holiday, jadi klinik cuti la"

alaaaaaaaaaaaaaaaa... orang tengah semangat ni, cuti lak dia kan. takpe ah isnin ni pagi2 aku terpacak depan klinik pakar mata, tengok la. eceh semangat kata ko!

en.laloque takde kan, dia kat terengganu. biasanya saya akan tunggu jugak en.laloque balik. baru saya pegi. tapi kali ni tidddakkkk ok. tiddaaakkk. dah tak menahan dah. aku pegi sorang-sorang pun takpe.

giler dekat klinik pakar mata ni dengan office saya, saya jalan kaki je pegi.

klinik yang saya pegi adalah:

Raj Eye Specialist Clinic and Surgery
106 Jalan Yam Tuan
70000 Seremban
Tel / Fax: 06-7633910

masuk ajer pintu klinik terus rasa berdebar2

register semua, terus tunggu. saya bajet klinik ni tak ramai orang la kot, saya sampai dalam kul 9.15 pagi mcm tu. sekali kauuuuuuuuuuu berderet orang tunggu. punya la ramai. ish!

sementara menunggu. saya berdebar sangat. tak tahu kenapa.

saya terbayangkan mata kena jolok la. kena cocok2 la hahahaha. giler punya imaginasi. last2 saya layan game. tenang sikit hati.

kebetulan ramai orang kan, so memang lama la tunggu. saya rasa 10.30 kot baru dapat jumpa doktor.

masuk2 bilik doktor

"mata saya asik sakit je doktor"
"sejak bila?"
"tahun lepas, kejap sakit kejap elok"

terus doktor check mata saya

doktor kata setiap mata saya dah ada bijik2 dah, memang takkan baik sendiri, memang kena buat minor surgery gak, kalau tak sakit mata tu akan berulang2 lagi, ulang lagi, dan lagi, lapan lagi. tetiba senamrobik


eh ni kiri tau, ni kanan. yang tengah bengkak belah kanan. belah kiri walaupun atas bawah ada dua bijik tp dia tak bengkak lagi, bijik dia kecik. so tak nampak

terus doktor sajes suruh operate je terus.

terkejut giler saya masa tu, lalu menanya soalan-soalan bodoh

"doktor, sakit tak?"

"doktor, mcm takut je nak buat, mcm mengerikan je doktor"

"doktor, berapa lama sakit ni"

hahahaha doktor pun eksplen satu-satu. ok fine paham. tp sangat menakutkan ok. mata wei mataaaaaaaaaaaaa.

terus saya baring.

memula doktor bius dulu kelopak atas dan bawah. memang kebas, lepas tu ntah apa dia buat. memang saya gigil. tapi kuatkan hati je. tiba-tiba selesai. dan tiba-tiba saya jadik lanun.

ok bila dah amik gambar, kanan dah jadi kiri lak. tp percayalah ini mata kanan. :)

giler pedihhhhhhhhhhhhhhhhh weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. sampai saya tak sanggup nak bukak mata yang tak cedera. sebab bila saya bukak mata belah kiri, mata belah kanan saya ternakbuka jugak. jadi saya tutup mata je menahan kepedihan yang terlampau.

pastu saya terfikir, macam mana saya nak berjalan kaki menuju ke kereta dekat opis ni. giler ke apa dengan mata lanun ni nak berjalan. terus call mekchu. mekchu meeting. mintak tolong pejal. alahai. terima kasih la korang yeeeeeeeee... memang penyelamat. kalau tak macam mana nak berjalan kaki bapak jauh dengan mata giler punya pedih. tetiba rasa jauh. td rasa dekat je. ekekeke

"jal, mata akak pedih sangat, akak rasa mcm nak nangis je, tapi kalau nangis lagi pedih kan"

tahu pulak takut nak nak nangis hahahaha.

telifon en.laloque, bgtau takleh drive semua. dia call mertua saya suh datang jemput. kesian orang sekeliling saya kena bantu si lanun sorang ni :p

saya tak naik opis pun sebab tak tahan pedih sangat. kalau nak naik opis, berjalan kena bukak mata semua. tak sanggup wooo. saya rela baring dalam kereta sejam tunggu mertua saya sampai.

dalam kul 12 tengahari saya sampai rumah.

3 jam selepas operation. doktor pesan bukak span tu dan basuh dengan air suam. penuh darah beku. tp tak nampak merah sangat kan.


ini malam. makin merah. bengkak. tp dalam kosong.


kos saya buat minor surgery utk sebelah mata adalah RM200.

10 hari lagi, saya akan buat belah kiri pulak. takut pulak nak biarkan bijik2 tu dalam kelopak mata lama-lama. takut nanti barah ke apa ke. eeeeeeee ketakutan. lebih baik la buang sekarang. saya suka je fikir yang melampau2. padahal takde la sampai tahap mcm tu hehehe.

doktor kata punca dia, kawasan mata yang berminyak. daripada kulit la, bukan mata tu. takde lak dia kata mekap ke apa. saya tak sempat nak tanya sebab dah panik sangat dengar nak kena operate kan. takpe. 10 hari lagi saya tanya lagi masa nak buat mata kiri lak

ok tu je. pengalaman yang mengerikan padahal takde pape pun hehe.

sekian,
daripada lanun vogue :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

20 komen[s]:

Suliana said... [Reply to Comments]

sian kak jemah.. moga cepat baik.. ni tgk pc update blog, tak pedih mata ke??hehe

atty's said... [Reply to Comments]

salam mah .kty pun selalu kena mcm mah..dulu dah pernah buat minor surgery belah kiri atas..

baru2 ni ..ujung mei aritu ..
kty kena buat lak belah kiri bawah ..

tapi lepas buat dah tade tumbuh lagi .doc pun explain .minyak berkumpul ..mcm tu lah .tu yg jadi gitu .

nanti jgn lupa tau ..buat lagi seblh jgn bior2 kan bahaya..

aleena said... [Reply to Comments]

effect make up ke?
nway get well soon ya kak jemah:)

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

kesian vp...dan2 tu buat operate?berani vp..syabas...

semoga mata vp cpt sembuh ok...

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said... [Reply to Comments]

al-hamdulillah..moga xde apa2..
jemah sgt kuat smgt ..kagumnya..klu sy blm tentu sy berani...huhu

dd dudu said... [Reply to Comments]

ngeri laa sy bace

aduhh

A.I said... [Reply to Comments]

aku tengok pon mcm ngeri. leh lak doc tu operate serta merta yek? brani kau jemah. kagom aku :P

Arin said... [Reply to Comments]

arin bab mata mmg ngeri , seriau semua ada.issshhhhh...ngeri la, lelagik tengok gegambo jemah and the way jemah xplain.

idahani said... [Reply to Comments]

cayalah jemah..dgn ketiadaan suami, terus berani membuat operation..moga cepat baik yer..[tgh dok bygkan jemah dok telek monitor dgn mata lanun itu]..hehehehe

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

ooooo

thx bagitau kak, kalau salu sakit mata boleh pegi cek

gilo betul dan2 tu jugak operate eh haahha

terror ar akak

lily lotus said... [Reply to Comments]

ohh nanti tolonglah minta doktor explain mengapakah boleh jadi gitu..uhuk..get well soon yer

Qila Azali said... [Reply to Comments]

get well soon kak..

churalliya said... [Reply to Comments]

dah dgr cerita dr faizal.. dgn side effect lagi.. jgn lupa makan ubat & get well soon..

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

soalannye, kenape kena tunggu seploh hari?

noname said... [Reply to Comments]

kihkihkih sy pn pernah operate jgakkak, masa tu kak teknik tuanku jaafar srmban, so operate pn kat hospital seremban (kot, mcm kat hospital seremban).. ni smua sbb xtahan budak2 ejek saya anita sarawak ;P motif anita sarawak ?

- ex lanun seremban - ;P

eis said... [Reply to Comments]

kurang2 seminggu jugak nk buat persiapan mental dan fizikal klu dgr pkataan operate tu. ni yg serta-merta ni uuiisshh..kagum, kagum.

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

lanun vogue tu tak menahan, alahai puan jeymah.... kahsian... tp tu lah, lebih baik buang dr simpan.

Saidatul Maria said... [Reply to Comments]

walaupun hanya lah sketch gambar mata tu, still terasa kengerian nya... biji tu tumbuh kat dalam ke kat luar?

semoga jemah cepat sembuh and takde sakit2 mata lagi :)

ija said... [Reply to Comments]

mmah ngeri siot aku baca..mata ni weiiii..hahaha

shakeymirza said... [Reply to Comments]

ala siannye..
cepat la sembuh duhai mata....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^