Follow Viruspadu

Wednesday, June 30, 2010

oh kome durian dah berbunga

orang cakap sekarang musim durian rambutan kan. tapi kat kampung en.laloque ni tak menjadi la wei tsk tsk tsk. tunggu tahun depan kot. dia macam selang setahun kot. kot la. saya main cakap je ni. tak tahu pulak bila nak jadinya. hurm.

mahal la beli :p

semalam en.laloque pulak ajak makan durian, felik saya. tak pernah-pernah. biasanya saya yang sibuk berzikir sebelah telinga dia nak makan durian. kali ni dia pulak. so macam pelik. nak kata pembawakan budak. tak pulak hehehehe

saje letak gambar rambutan penuh bercahaya ni, bagi korang terliur di pagi hari :)


siyes en.laloque makan dengan banyak. biasanya dia bukak je lepas tu dia biar saya ngan nisa belasah, tapi kali ni dengan dia-dia sekali makan. siap rebut2 dengan saya hahaha. comel betul. makan macam ni la baru best. baru rasa bertenaga sikit. baru rasa nak makan gelojoh2 sambil makan mata dah aim dah lepas ni nak amik ulas yang mana satu. kalau dia amik dulu. giler frust dalam hati hahahaha.

suka moment mcm tu, kalau kat cheras. masa kecik2 dulu selalu mcm tu. kadang-kadang abah bawak balik durian berbakul2. kalau dia balik kul 3 pagi. kitorang boleh mata segar bugar bangun kul 3 pagi tu nak makan durian punya pasal

bestnyaaaaaaaaaaa. rindu giler la

rindu sangat bila abah bukak durian, tiba2 licin. sebab semua tangan sup sap sup sap amik, tapi masing2 malas nak bukak sendiri. semua nak makan je. hahahaha. perangai sorang2 hampeh


muka kepuasan dalam renungan hahaha. poyo woooo


nisa malas nak rebut dengan mamapapa, jadi dia beralah makan rambutan je


anoi memang takde pilihan. makan rambutan je ye sayang

phew. puas hati.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

Diarihatiku1976 said... [Reply to Comments]

durian memang kesukaan ku juga.. ahahakss

rynas said... [Reply to Comments]

sedapnya doyan..tapi siyes tahun ni tak makan doyan lg..sebab apa ekkk??? ntah..mood tu belum sampai kot..hahhaha tunggu mood plak sekali dh sampai tiap hari nak makan tau.

poyo giler muka laki tuan hamba bila dapat doyan hehehhehe

rynas said... [Reply to Comments]

sedapnya doyan..tapi siyes tahun ni tak makan doyan lg..sebab apa ekkk??? ntah..mood tu belum sampai kot..hahhaha tunggu mood plak sekali dh sampai tiap hari nak makan tau.

poyo giler muka laki tuan hamba bila dapat doyan hehehhehe

Mya said... [Reply to Comments]

saya tak makan rambutan. taktau la kenapa. tapi durian saya bedal :)

http://blogmaya.com

n.a.j said... [Reply to Comments]

makna ramai2 kerumun n berebut buah2 or apa2 judah mmg best kan?

sedapnya tgk rambutan itu...

zie said... [Reply to Comments]

sedapnyer nampak durian tuh...sungguh gold in colour......wah...terliuq cheq..

Hasney said... [Reply to Comments]

jemah, ko tryla bagi anoi tu mkn durian, pasti dia nk lagi..anak akak yg baya anoi tu, try gak bg hmm dia melantak jerk..he3..tp tk byk laa bg merasa jerk..

Amy Z! said... [Reply to Comments]

jemah,

muka kepuasan tu tak boleh blahh laa.. hahaha. keji sgt occay~







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^