Follow Viruspadu

Wednesday, June 02, 2010

Pengalaman Pertama yang Mengujakan

ini pengalaman pertama saya yang mengujakan saya rasa.

serius teruja haha.

yelah selama ni saya buat special dedicated entry oleh nuffnang, biasanya yang takyah memerlukan saya pegi mana-mana. just dia bagi handout. then saya baca dan olah.

tapi kali ni mcm berbeza sikit. oh tak bukan sikit tp banyak.

saya rasa banyak pengalaman manis tak boleh lupa.

mulanya saya nak ajak en.laloque temankan saya. tp korang paham-paham ajer la en.laloque sekarang ni. tak makan dia keje kat federal dulu. kadang2 saya rasa dia keje kat putrajaya nun lagi senang nak cari dia, lagi senang nak buat appoinment dengan dia. sekarang takde la. cakap je hari apa yang takde meeting. konfem meeting pagi petang setiap hari. ohnonononono. so nak harapkan dia mmg takde la.

masa saya dapat call dari nuffnang. dia bgtau saya "zanira pun akan hadir" wahhhhhhhhhhhh terus nak senyum. terus call atam. pung pang pung pang. janji janji semua. mcm care giler dapat pegi adik beradik. fuyoooooooo i love you la nuffnang. lepas ni boleh la buat mcm ni lagi. harus panggil saya dan ceera. eceh.

saya drive sendiri sampai cheras. then jumpa ceera kat cheras. then dia bawak kereta la.

saya kan plan sebenarnya nak pakai tshirt dengan jeans ok hahaha. giler punya jakun. saya tahu kat hotel. tp mcm biasalah saya. saya kan suka pakai jeans ngan t je kan.

pagi tu tetiba macam tergerak nak tukar plan.

nasib baik woooo. kalau tak, konfem malu tujuh keturunan wakakaka

semorang pakai formal. semorang pakai lawa-lawa. huh seb baik

masa register. blur. alamak nak cakap apa ni. siap bg nama semua. dorang carik2 takde nama kitorang. alamak canne ni. lupa pulak yang kitorang ni harus la bahagian press hahaha. sowi lupoooo. tetiba dah upgrade diri sendiri menjadi press eceh haha kelas gitu kan

kitorang sampai awal jugak. so kitorang snap2 gambar la.

sekali ternampak

"andak, itu mak hanis kan"
"a ahhhh la"


terus kitorang tegur-tegur. sembang-sembang. baik ok kak nani ni


"anak saya tiga-tiga perempuan kak"
"letak nama anak sama ke?"
"sama macam mana kak?"
"yelah kalau a, lepas tu a"
"a ah betul la kak"
"cuba tukar"

*ayat lebih kurang

ilmu baru saya. bagus kak nani ni banyak petua sembang dengan dia. siyes dia lawa ok. tergamam I.

michelle nuffnang, jemah dan kak nani

manis je michelle pose mcm tu :)

jemah, iza, kak nani, ceera

iza dan ceera adalah peknen :)

iza pun lebih cantik jumpa personal. dia mmg lembut orangnya. ohhhhhhhh

minum-minum sebelum start.

wah siyes dah mcm pro dah haha, siap selempang kamera pinjam dekat leher.

en.laloque kan teruk tau

saya sampai2 ajer cheras saya call la dia bgtau saya dah selamat

"pa, mama dah sampai"
"jaga kamera papa elok2"

cissssssssssss sikit tak tanya keadaan saya, kamera dulu ok. cissss.

tengok tu. wartawan dari belog viruspadu.com tu. nampak tu? hahaha


lepas tu. kitorang disajikan dengan makan-makan yang sedap.

eh memang siyes telur tu sedap dan tak hanyir, baik utk kesihatan :)

cubaan banyak kali amik gambar kat sini. malu la wei. mcm ramai orang. tp sbnrnya takde sape nak tgk kitorang pun. tp malu jugak hahaha



ini blogger glamer you. tp sebab dia ensem. saya malu nak sembang, boleh gitu uols. http://sixthseal.com/


makan time :)


tu dia. sila tengok gadis berbaju coklat itu. macam terer je dia. opsss gadis ke?


sembang-sembang-sembang


kitorang banyak tukar ilmu. banyaknya ilmu dari kak nani kot. saya banyak gelak kot hahaha. well you know kak jemah rite.

kitorang balik rumah dalam jam 1 kot. saya sampai cheras jam 2 kot. pastu sampai seremban jam 3 kot. yelah kot kot kot la. lupa sudah

ok. ini memang pengalaman paling indah. dan saya suka utk repeat lagi. bilakah agaknya ada peluang macam ini lagi :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

untung vp dpt pg event cenggitu kan...hepy utk vp..bkn senang tau dpt pegi..hanya yg popular n terbaik jer...

Dayah said... [Reply to Comments]

Salam Kak Jem,

Baru Dayah taw nama Kak Ceera tu Zanira.. hehehehehe..

aiDieNa said... [Reply to Comments]

Wahhh.. saya yg bacer nie pon terujer tau VP ;)

lily lotus said... [Reply to Comments]

hihi..bestnya dapat jumpa kak nani. cantik betul dia :)

viruspadu said... [Reply to Comments]

Softtouch [Hanim]
alhamdulilah, dpt pegi dengan ceera lak tu. lg la hepi

Dayah
iye nama dia zanira. nama kakak dia zaimah hiks

aiDieNa
kannnnnn. siap dari malam berdebar2 haha

lily lotus
a ah cantik gilos :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^