Follow Viruspadu

Tuesday, June 22, 2010

Petua Jerawat Batu

itu hari la ni kat cheras

saya tengok muka kakcik saya, bertepek2 putih tapi bukan bedak sejuk. macam pelik semacam je. disebabkan bizibodi yang melampau2 dalam diri. saya pun tanya lah

"apsal muka kakcik putih2 ni?"
"kolget lah"

hehehe ubat gigi la tu.

"buat apa?"
"jerawat ni, kalau letak kolget nanti dia tak jadi"
"la ye keeeeeeeeeee"

hahahaha kelakar pulak

kakcik cakap, kalau jerawat batu yang merah-merah dan besar dan sakit tu nak keluar, dia akan cepat2 letak ubat gigi. nanti jerawat tu tak jadi.

saya macam konpius jugak nak percaya ke tak ntah. jadi saya pun terai. sebab ada jerawat macam nak keluar bawah hidung ni. shit ah jerawat ni takleh tengok orang nak vogue sikit. sibuk nak vogue sekali.

tp jangan pulak kalau jerawat penuh satu muka ko pegi pakai ubat gigi penuh satu muka macam pakai mask hahaha gile ke apa tu hahaha.

saya pun mengapplylah petua itu. sejuk2 je jerawat. wahhhhhhhhh mcm berkesan pulak. hahahahahaha. kelakar lak saya rasa.

dulu penah jugak dengar petua kalau nak bibir sentiasa merah bak delima, letak ubat gigi dekat bibir. penah jugak terai tp lepas tu bibir jadi kering. ini pestime dengar letak dekat jerawat hiks :)

tak tahu la suratan atau kebetulan. kalau korang nak terai tu adalah dibawah risiko sendiri ye. kak jemah tak jamin hehehe.

sekian
daripada kakjemah benci jerawat batu :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

Mommy Lyna said... [Reply to Comments]

kalu letak ubat gigi kat bibir tu jgn lama2, nanti kering. seminit je sudah. mmg jadi merah betul hehehe

colin said... [Reply to Comments]

den ponah buiek memang x jadi jerawat tu.. tapi kesan pertumbuhan jerawat jadi hitam-hitam sikit ah.. susah gak nak ilang parut tu.. sakit mmg x ada

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

eliss pun pernah dengar jugak psl ni

elissmie.com

@yue said... [Reply to Comments]

tul kak jemah..
kakak saya buat..mmg berkesan..
saya x buat ah sbb muka saya ni jerawat segan..ececececeeehhhh!

atiqahtuty said... [Reply to Comments]

ehe betul la tu kak. sayang pun penah cuba masa skola dulu. membe cakap ni petua j.lo tao ^^

Me, Mrs Taj said... [Reply to Comments]

dah dapat satu tip yang mmg tip top!

lily lotus said... [Reply to Comments]

ohh harus dicoba ni..huhu

Angin Selat Melaka said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum...
Bagi mereka yg mengalami masalah jerawat kronik, di sarankan supaya jgn try mcm2 benda - takut nanti kulit jd lebih rosak. Klau masih belum dpt cara penyelesaian, try luangkan masa di:

Petua hilangkan jerawat dan resdung

Semoga dgn tips ni dapat bantu serba-sedikit!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^