Follow Viruspadu

Tuesday, June 22, 2010

phew! lepas ni takkan dah la

seperti yang digembar gemburkan. semalam adalah pestime pakai tudung syria pegi opis. rasa janggal giler. terasa muka bulat macam bola. tudung syria saya tu la satu. takde beli yang lain lagi. jadi asik la tayang tudung nan satu itu.

sebab baju kurung pink adalah banyak. jadi senang nak matchkan dengan tudung ni.

hari ni jugak en.laloque cakap saya terpaksa bawa anoi pergi checkup sendiri sebab dia ada meeting. yelah yelah. itu saya tak kisah sangat sebenarnya. tapi bila dia cakap "mama, isi minyak sekali, minyak dah habis tu"

WHATTTTTTTTTTTT!!!

ini memang susah lalu saya pun dah panik dah.

kalau kat rantau tu takpe la ada attendan boleh bantu kau isikan minyak. ini nan adoo, kau buat la sendiri.

macam mana nak isi minyak ni weiiiiiiiiiiiiiiii

"mama tak reti la papa..."
"berdikari la mama, mama kan dah besar"

hahahahaha ya! itu la cerita sebenar dia, hahahaha dekat twitter tak boleh tulis ayat panjang2, jadi cerita dia tak penuh. boleh taip 140 huruf je. hahaha.

cerita dia macam panjang, mula2 cerita2 dia suruh saya bawak anoi checkup sendiri tiba2 suruh saya isi minyak sendiri. tiba2 saya kena berdikari sebab saya dah besar hahahahaha poyo ok



siot je.

sampai sekarang saya rasa nak gelak

"MAMA DAH BESAR?"

apakah itu. apakah weiii

besar mcm mana kah yang dimaksudkan hahahaa. ok takyah fikir jauh sangat, nanti sendiri sentap canne???

saya turun ke parking dengan debaran didada. dalam hati asik fikir. nak amik pam yang mana satu ye. apa dialog nak cakap masa nak bayar ye. giler punya saspen. sempat dapatkan khidmat nasihat dari senah sirap, dia cakap "akak tekan je pam tu kak, minyak mesti keluar punya. akak jangan risau, mesti keluar punya, mesti keluar!" hahahaha yelah senah. yelah mesti keluar je hahahaha.

dalam kereta. masa ni baru lepas bayar dekat kaunter.

muka budak yang tak reti isi minyak sendiri :)


kebetulan ada lak attendan kat situ. muahahahaha habis masalah aku. dia la yang setel semua. saya pegi bayar je. syukurrrrrr alhamdulilah. saya nak putar bukak tempat minyak tu pun tak reti. canne?

setel bab minyak

terus balik rumah dulu. sebab tak tahan nak memerut. kat opis takde air ok. penat menahan sakit perut ni. dah hujung2 dah ni hahahaa.

terus siapkan baju anoi nak pegi klinik. letak car seat dia, bawak stroler dia. sapu tangan semua la. sekali kasut tertinggal !@#$%^&

jemput anoi kat taska. terus pegi klinik. seb baik nisa tido

sepanjang perjalanan anoi menangis mengeliat2, sampai dia tertonggeng nak jatuh. panik betul. saya bawak kereta pun dah tak stabil dah. takut giler. sebelah tangan tahan dia dari terjatuh. sebelah tangan pegang stering. boleh mengundang xciden mcm ni. siyes takut.

sampai2 klinik terus parking. terus dukung anoi. anoi menangis terlampau kuat sampai muntah2. bayangkanlah keadaan dalam kereta macam mana dia nangis meronta2 tu sampai boleh muntah2. bahaya kan. seb baik nisa tak ikut. kalau tak, ish tak tahu la macam mana kekdahnya.

saya tak penah handel stroler oren tu sendiri. tak penah bukak stroler tu sendiri. ah sudah. jenuh ok saya pusing sana pusing sini. macam mana la aku nak kembangkan stroler ni. anoi dah menangis2. tangan sebelah dukung anoi. tangan sebelah nak bukak stroler. cuaca panas terik. nak nangissssssss tsk tsk tsk. kuatkan semangattt. sudahnya saya letak anoi dulu dalam kereta biarkan dia nangis lagi kejap. saya nak pomenkan stroler ni mcm mana nak bukak.

masuk klinik, register. cek berat, cek panjang. lepas tu tunggu turn jumpa nurse.

anoi dah mcm cacing kepanasan dah. dah la saya lupa bawak dia punya kasut. tapi saya belasah ajer la kasik dia jalan jugak dengan takde kasut semua. dah la tu. dia siap baring atas lantai semua. *nangis eh mama yang nangis dalam hati tp muka senyum menten

bila saya dukung dia, dia mengeliat2 hempas2 badan nak turun. saya bagi dia jalan balik. habis semua orang dia langgar. baring2 lagi. main cakcak lagi. gerammmmm.

lepas jumpa nurse. lepas enjet. anoi ni rilex je tak nangis pun. terkasima saya. saya rekues nak jumpa doktor sebab anoi kan flu dan batuk kahak sikit. nafas dia pun macam ada bunyi sikit.

nak jumpa doktor ni yang payah sikit ni. memang lama la sikit. perangai anoi still mcm tu. dengan lasak dia. boleh pulak masa saya dukung dia, dia muntahkan pulak kat baju saya. ohhh makin busuk la mama ni anoi. dah macam2 bau dah sayang.

jam dah pukul 4.30 kot. nombor saya 2100, masa tu dah 2098. lagi beberapa minit memang naik nombor saya la kan, sebab ada 2 bilik doktor

tiba-tiba

"eh ehhhhh ehhhhh ehhhhhhh"

muka anoi dah merah-merah. muka saya pun dah nak merah dah tengok muka dia merah

berak ke anoi. alamak macam mana niiiiiiiiiiii... takkan nak tunggu pulak. mesti busuk giler nanti. saya pun berlari2 bawak anoi bawak stroler pegi toilet. nak cuci sikit punya tertekan dia boleh nak main air pulak lagi. nak pakaikan pampes balik, nak pakaikan seluar balik. kenapalah dugaan aku macam ni hari ni. cepat2 pegi balik tengok nombor saya banyak kali keluar dekat skrin. lari2 masuk bilik doktor

"awak pegi mana?"
"berak lak budak ni tadi doktor"
"ha ahhhhh, butang pun tak pakai lagi tu"
"hahahaha tak sempat la doktor"~ sambil cakap tercungap2

doktor cek2 lebih kurang. setel. gi amik ubat.

leganyaaa... masa tu dah pukul 4.50 dah. memang tak sempat ah nak masuk opis. menuju ke kereta. dukung anoi masuk kereta. start engine. eh macam mana nak lipat stroler ni haaa... adoiiiiiii lepas satu, satu hal laaaaaaa. baran aku dibuatnya.

anoi masih menangis dalam kereta. saya bagi susu. terus dia tido. ah leganyaaaaaaaaaa

banyak yang saya belajar hari ni. banyak sangat. paling banyak adalah belajar BERSABAR selain daripada isi minyak dah kembangkan stroler huhuhu satu pengalaman yang mengerikan saya rasa hahahaha. kenangan indah yang mengerikan. kenangan indah yang sangat meletihkan dan agak merbahaya juga terutama masa drive.

lepas ni memang saya dah tak berani dah. terbayang kalau xciden ke apa. woi bahaya ok. kalau en.laloque tak dapat pegi sekali. tunda ajer la tarikh lain. siyes wei tak berani.

hehehehe perasan tak perubahan pada tudung syria saya. inner dia (yang lapisan depan) saya dah tanggalkan dah. saya pakai yang luar dia je hehehe.


tadi en.laloque cakap, "esok papa kena gi odit kat KL, ma bawak anak-anak gi taska la"

jawapan dia "SORRY naik LORI"

hehehe takla. tapi memang betul, sori saya tak berani. kalau exciden hapah tak guna. lebih baik beringat sekarang. malang tak berbau beb.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

19 komen[s]:

Zack ~ 'A said... [Reply to Comments]

akak.. sy yg tumpang baco ni pon ponekkk dibuatnya.. duk terbayag2 semua kejaian diatas... huwaaaaa... mmg barannnn la jaiknya... ape2 pon pengorbanan seorang mama yg dah besar... hehehe... lawak la cik laloque ni.. hekkk3.. :D

oneyani said... [Reply to Comments]

adeh sangat haru..kak jemah kamn wanita besi..mane pegi trademark tu..ehehe

RieNa said... [Reply to Comments]

hahaha! mmg kelam kabut tp kita mesti boleh handle punya. kata wanita besi. hahahahaha

annur mmg sj nak test mama dia. nk tgk muscle mama dia naik.hahahahahaha

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

wa....kalu sy mau hangin vp..bkn hangin kat anak kat suami sy..he he he...tp kalu dia ada hal mustahak xkan nk marah dia plak kan..

sy bc cite vp ni pun sy tercungap2...kalu sy idaklah mcm tu, sy pun jenis xberdikari jgk..:)

mummynana said... [Reply to Comments]

hehe... pnah gak jd camni.. lama-lama ok.... ;) hehehe..... tkcare ;)

ummi_D said... [Reply to Comments]

akak, saya rasa kadang2 en. laloque kena train akak cm tu...berdikari...esp bab nk bukak nak tutup stroller...klakar betul la kak jemah ni..

strawberi said... [Reply to Comments]

hehe..sy reti isi minyak kete..tp tak suka...kalo laki tak smpt isi..tetiba rasa hangin..haha

bab nak bukak stroller pun..sama la..sy pun tak reti..slalu nk manja2 harap kan suami..hihi

atty's said... [Reply to Comments]

somput kty baca..takpe mah .selow2 belajar.lelama nanti bese ar tu

Qila Azali said... [Reply to Comments]

wahh bila baca ni hati berdebar2 rasa mcm berada di tempat kejadian plakk..

Kazaztan Team said... [Reply to Comments]

saya sampai skrg tak reti nak kembangkan stroller tu.. .tp isi minyak tip top...eehhehehhehe

*ayu the sun* said... [Reply to Comments]

saya mmbaca entry ni sampai tercungap2...
uhuks!

Diana Abd Rahman said... [Reply to Comments]

kalau tak biasa mmg gitu la jadiknya..heheh..tapi nampaknya brjaya juga dihadapi..

benda2 camni mmg kita kena hadapi juga satu hari nanti..menduga kebolehan kita sebagai pompuan

viruspadu said... [Reply to Comments]

Zack ~ 'A
penat dan penat dan penat. malam terus terbaring kepenatan hehe

oneyani
dah hilang dah besi tu, kalau mcm ni tak dpt nak besi tu do. dah luar dari kemampuan dah

RieNa
nak test lasak ok. tp kalau sampai ganggu drive sampai dia nak pusing stering. tu bahaya.

Softtouch [Hanim]
hehehe saya pun mula2 mcm bengang jugak. tp nak buat mcm mana dia meeting penting hehe

mummynana
sebelum ni ok je. anoi dah makin lasak sampai takboleh handel tsk tsk tsk

ummi_D
heheheheh dah terer dah bab yang tu. siap boleh buat tutorial lagik hahaha

strawberi
hahahaha yelah selama ni keje dukung anak je, suami yang siapkan semua. tu yang leceh tu

atty's
ini terbalik. dari biasa jadi tak biasa hahaha

Qila Azali
patutnya bawak qila sekali. boleh jadi baby siter :p

Kazaztan Team
tolong buat tutorial isi minyak sikit hahaha :)

*ayu the sun*
saya tulis pun sambil tercungap2 :)

Diana Abd Rahman
hehehehehe... sangat menduga dan terduga2 hehehe

shaliza said... [Reply to Comments]

tak tau nak ekpresi apa mah oiii,
nak gelak kang ada yang majuk,
nak sedih tapi cite lawak tahap apa ntah...
walau apa pun salute la sb dapat lalui sehari dalam sejaray ya.

kejora said... [Reply to Comments]

mang aiih..latiah wak eh baco..
buleh bayangkan cemano tu..sbb ese 2 org anak lelaki lbh kurang bayo nisa dgn anoi,so mmg hangat,mendidih2 kalo bwk gi klinik sorg2 tanpa incik husben.
sian akak yo..
tp tang isik minyak tu,mmg klaka..mcm abah ese lak akak ni,nak poie petrol pump musti poie yang ado atendan.

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

xpe kak jemah..usaha tangga kejayaan..

AyangAizul said... [Reply to Comments]

xper gak kak asben akak ckp "dah besar" jer...
asben kita nyer ayat kalo dia soh kita pegi sndiri lg sadis...

"smpai bila nak b'gntung jer. kalo tiba2 umur dia xpnjang camner nak nak urus anak sndiri? xkan nak hrpkan org lain gaks"

nak xnak kena gak arr blajar wat sndiri. tp skrg dah ok dah.... kalo dia xnak ikut lg sng g ngan anak2 jer. bebas nak beli apa pun sbb dia tau bg duit jerk... heheheh

appledia said... [Reply to Comments]

Sangat LAWAKla kakak^_^
Cengganela kalo saye da ade "DUA" cam akak nanti...hmmm

appledia said... [Reply to Comments]

Sangat LAWAKla kakak^_^
Cengganela kalo saye da ade "DUA" cam akak nanti...hmmm







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^