Follow Viruspadu

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa

Hari ni hari bapa. 20 Jun 2010

Selamat hari bapa kepada semua bapak-bapak ye.

special buat suami saya, bapa kepada anak-anak saya. semoga menjadi bapa yang penyabar penyayang pemurah dan selalu menghulurkan wallet bila isteri pergi ke jasko membeli belah eh tetiba hahaha

ini plan yang tak dirancang. sebab tak plan pun nak sambut hari bapa dengan besday anoi dengan family cheras. saya plan maybe next next week sampai keadaan reda sikit. yelah ceera baru bersalin gitu kan. dengan gaji pun belum masyukkk lagi. sesak napas acik tsk tsk tsk so kalau next week tu just nice la. boleh buat proper sikit beli makanan jajan2 sikit, beli kfc ke apa ke.

tapi en.laloque ni dia keluar dengan anak dia nak beli roti. tiba2 je dia call kata nak beli kek sekali terus. apa2 je la. eden followwwwwwwwwwww

kitorang potong2 kek lepas makan tengahari. buat cepat2 sebab semua dah kelamkabut nak balik rumah masing2 dah. esok nak sekolah semua kan.

eh kek sepesen je dengan kek hantar taska itu hari hehehe, en.laloque ni betul-betul laaaaaaa hahahahaha pilih la kek lain adoi laaaaa.


3 anak dara ni kemana2 pun sama2 je. nisa, merah dan ayin


nisa ingat kek dia ke ni haaa... sampai nak sorok pisau kek hahaha


SELAMAT HARI BAPA untuk abah ku :)



rumah macam kapal karam. kusyen ntah kemana, kerusi ntah kemana, tilam bersepah, sampah apatah lagi, memang sepah giler2 punya. masa ni mata kena tahan la sikit. tengok je takyah bebel2. kemas pun takyah sebab lepas kemas 5 saat lepas tu sepah balik. tak kuasa aku






paling tak boleh blah adalah lepas potong kek ada persembahan nyanyian oleh cucu-cucu sempena hari bapa hahahaha. kelakar giler

nampak kah saya tengah sibuk amik kamera dalam beg, nak amik video hhehehe

ajai ngan hadif

nantilah saya upload video dia ok. kalau rajin la. :)

SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA BAPA-BAPA DAN BAKAL BAPA DI DUNIA. Jadila bapa yang penyayang dan bertanggungjawab dan ringan tangan menolong isteri. :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

2 komen[s]:

realiti.. said... [Reply to Comments]

bapa tunggak keluarga.dialah yang mendidik kita menjadi orang yang berguna

selamat hari bapa

princess_eryna said... [Reply to Comments]

seriously..kdg2 daku lupa bila hari bapa.... coz, bg daku... hari bapa bukan stakat hari itu....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^