Follow Viruspadu

Monday, June 28, 2010

sepupu ku kawen :)

betul-betul tak ingat punya. yelah kenduri sepupu saya ni. siyes saya tak ingat ok. sebab tu lah baik punya plan pegi operate mata bagai. sepupu ni kira rapat jugak dulu masa kecik. jadi mcm kena pegi jugak nomatterwhat chewah

nasib baik sangat kakcik telifon hari sabtu.

"andak, kitorang ada permintaan ni"
"hahahahaha apa dia" ~tiba2 gelak apasal ntah
"ayin kata ko pandai menari lagi no body, kau masuk la group perempuan kitorang"
"mana adaaaaaa, andak tipu ayin je hahahaha"
"ala ayin cakap, ko terer semua step dia, kau masuk la group kitorang, nanti nak lawan dengan group lelaki ni"
"alaaa, andak baru lepas operate mata ni, lagi pun esok nisa ikut kakmas gi sunway lagoon"
"ooo ko tak balik la rumah mak, ko tak pegi kenduri la"
"kenduri apa?"
"ayah cho la"

adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiilaaaaaaaaaa lufeeee lufelah yahabibiyamaulana

tapi tak boleh blah betul suruh saya masuk group perempuan buat persembahan, kelakar giler. saya kelentong je si ayin itu hari, saya tahu step no body no body no body but you tu sikit giler ok. tu pun menggagau. sajer sakat ayin je. boleh la pulak tiba-tiba saya kena masuk grup dia. hahahaha lawak.

tengok la nanti kalau grup perempuan ni jadi buat persembahan saya upload dalam ni hahahaha *malu

pagi semalam, lepas saya siap-siapkan nisa, kakmas pun dah datang jemput nisa. kitorang pun bersiap-siap la nak pegi kenduri. saya pulak beria-ia mekap taknak bagi nampak mata senget sebelah. walaupun nampak jugak senget. walaupun dapat jugak cover sikit. sakit yang ditanggung sendiri mau ingat laaaaaaaa.

setelah sesat beberapa kali :)


cuaca sangat cantik

elok je panas. pekena sirap sejuk memang care

me n makcho. anak dia la yang kawen. anak ke2 dia. hehehe boleh nampak mata saya senget hehe


jumpa2 sepet, terus kutuk dia "apasal kau gemok"
hahahahaha padahal dia tak pun, saje kasik dia down sikit.
*dengan adik beradik ajer boleh buat mcm ni ok. kalau cuba dengan orang lain dikhuatiri kaki hinggap di pipi hahahah


muka saya mcm pucat je, mekap tapi pucat. pucat tapi mekap. canne tu :p



kesian betul, tetamu dah ramai dah sampai, makanan tak sampai lagi. katering lambat ke macam mana ntah. heiiii kalau kenduri saya la katering hantar lauk lambat, mesti bengang giler ok. tak baik buat kenduri orang macam tu. korang yang buat bisnes katering jangan la buat perangai macam tu. stress tuan rumah ok dengan risau apa semua

kitorang takpe la. kitorang bukan jenis komplen itu ini. so kitorang lepak2, amik gambar hahaha itu lagi penting

pakai spek halang habuk cewah

ode dan akim :)



uteh


me n kaklang





hahahaha berapa keping gambar kitorang, akhirnya muncul gambar pengantin


opah



darwish



rindu nisa.

kalau nisa ada lagi best.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

wah... belognye udah chantek....
suke! suke!

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

siannyer tuan rumah catering nya lambat...

vp, kalu nisa ade berkepitjelah dia ngan maklang...he he he

colin said... [Reply to Comments]

suka ah... wajah baru blog jemah..

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

ADOILAA...KATERING LMBT..SABAU JE LAA...SUKE TGK PICS ADEK BADEK AKAK..

ArELeEz said... [Reply to Comments]

anoi ade, kira ok hape..?! sbb anoi pun best! hiks..

suzzsuzie said... [Reply to Comments]

eheh..kaum kerabat semua ke? muka sama je.....seronok berkumpul bila ada kenduri kendara..

Miss Fadhilah said... [Reply to Comments]

wah...cantik blog...cantik sgt..!!

lily lotus said... [Reply to Comments]

alaa siannya rindu kat nisa ekk..takpe dia pandai jaga diri :D







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^