Follow Viruspadu

Monday, June 21, 2010

Tahniah Pemenang BELKIN

Entry ni saya kasik dia jadi stickymode sampai malam la ye :)

Setelah ditelek belek ditatang tatang semua penyertaan korang yang sangat mencuit hati saya ni hehehehe. ok ini penyertaan semua

Penyertaan Korang
1. http://idahani.blogspot.com/2010/05/viruspadujemah.html
2. http://c33ram00n.blogspot.com/2010/05/saya-mau-menang-belkin-g-wireless-modem.html
3. http://sitifarra.blogspot.com/2010/05/belkin-g-wireless-modem-router-milik.html
4. http://member2bonda.blogspot.com/2010/05/saya-mau-belkin-g-wireless-modem-router.html
5. http://mzhany.blogspot.com/2010/05/saya-nak-menang-belkin-g-wireless-modem.html
6. http://orangepillows.blogspot.com/2010/05/special-entry.html
7. http://miss-niera.blogspot.com/2010/05/tak-percaya-viruspadu-nak-bagi-hadiah.html
8. http://mylittleloverhani.blogspot.com/2010/05/naknak.html
9. http://azymemyza.blogspot.com/2010/05/saya-nak-menang.html
10. http://juneryanpunyer.blogspot.com/2010/05/contest-viruspaducom.html
11. http://miera301.blogspot.com/2010/05/saya-membaca-viruspadu-kerana.html
12. http://kasihaleeya.blogspot.com/2010/05/saya-tanak-air-laici-saya-nak-belkin-g.html
13. http://kinsyakrn.blogspot.com/2010/05/viruspaducom.html
14. http://anakabuya.blogspot.com/2010/06/saya-suka-contest.html
15. http://haziqthinking.blogspot.com/2010/06/rezeki-di-tangan-tuhan-fuhfuh-dapat-la.html
16. http://mycheann.blogspot.com/2010/06/vp.html
17. http://alya99.blogspot.com/2010/06/one-with-belkin-g-wireless-modem.html
18. http://nini3posen.com/?p=7975
19. http://ayume7882.blogspot.com/2010/05/saya-nk-menang-motobot.html
20. http://otakosong.wordpress.com/2010/06/13/sahibul-hikayat-bukan-cerita-sebenar/
21. http://www.kancilbiru.com/2010/06/kak-jemah-saya-nak-potong.html
22. http://azuyim.blogspot.com/2010/06/nak-jugak.html


saya terpaksa pilih dia menang contest saya ni terpaksa ok hahahaha. sebab dia kutuk-kutuk saya terbaik punya hahahahaha

saya suka entry dia sebab entry ni kelakar membuatkan urat malu saya putus hahaha

sampaikan point2 dia saya tak terfikir dia boleh tulis.

nah korang baca entry dia. penat vagg buat belog dia takleh kopipes. tapi kakjemah kopipes jugak hakhakhakhak.


Entry Pemenang

VIRUSPADU.com ada contest.

..dan entry ini rasanya tuan belog tuh je yang akan terpaksa baca muahahahaha. yang lain maybe tak koserr dah sebab panjang. halahhh.. macam biasa la.. aku kalo tak tulis entry pepanjang tuh bukan aku la tuh kan.

dan gambo-gambo yang ada dalam nih aku cilok dari belog beliau (kecuali satu je gambo dari file aku.) ..so, credits to VIRUSPADU.COM.

===================================================

Dah lama gile contest nih start. .. dan dah lama gile aku duk berkira-kira

eh nak masuk ke tak
eh takmo masuk ke nak

gedik sangat, ok. haha.

yang sebenonya takdek masa nak karang entry. cerita sendiri pun tak berupdate.. inikan plak bersemangat nak karang entry kontes.cumanya dalam pale.. kalo datang mood.. ok aku buat. kot tak.. biar je.

TAPIIIIIIIIIII..

bila sesetengah contest tuh memerlukan daya mengarang yang tinggi (hahaha best tak tapsiran aku?), dan tak perlu vote memvote (aku paling tak suka contest yang orang kena vote untuk menang sebab biasanya aku takkan menang wakakakkaka macam la kalo contest lain ko menang), dan adiahnye pun sangat memotivasikan diri tahap padilah kamsah..

aku buleh menjadik excited tak pepasal.

So dengan rasminya skang aku masuk bertanding (sambil singsing lengan amik lajak kehkeh).

1. Contest ini terbuka kepada followers viruspadu.com sahaja dan ofkoz dia kena ada belog la kan :p

Syarat 1st contest nih hanya untuk followers viruspadu.com. Eh aku rasa aku dah jadik follower dulu. Ke masa zaman viruspadu blogspot. Yang penting aku memang kompem dah jadik. Baik kat google friend connect mahupun kat networkedblog. Tapi aku klik je gak FOLLOW kat vp.com. walopon rasa cam dah penah klik dulu. Gasak. Yang penting aku memang dah penah jadik follower dia (eh ko tak abis-abis lagi ke ulang YANG PENTINGGG.. YANG PENTINGGGG wakakaka.)

2. Buat satu entry, tak kisah apa tajuk korang. suka hati ok.

Ok oleh sebab suka hati, aku nak buat tajuk entry nih, “SAYA SEORANG PESERTA, BUKAN SEBUAH BUAH CIKU”.

3. Entry tu mesti tulis

i. Saya baca viruspadu.com kerana___________

Ok reason first aku baca VP.COM.. sobab eh.. aku dah start baca masa blogspot lagik. So bila dia tukar dotcom (pastuh tukar balik blogspot pastuh dotcom balik <<<ko nih awal-awal dah tunjuk unsur-unsur akan direject sebab banyak komplen wakakakaka), aku continue je la baca. dan memang aku suka baca. kenapa aku suka baca?????? haaaa itu yang kita nak tau.

Fine, ada orang cakap.. kita nak suka something nih biasanya sebab ianya serasi ngan jiwa kita. Atau pun selari ngan apa yang kita fikir.. atau cara kita. Contoh; ko jenis yang tak jiwang.. dan paling anti kalo orang yang terlebih jiwang.. so adakah ko akan jadi pembaca setia blog jiwang? haaa gitu. eh nih contoh. no offense. setakat nih aku lom penah jumpa blog jiwang. aku sebenarnya bagi contoh column kat Majalah URTV dulu-dulu hahaha. Ada column jiwang kan? Koser nak baca. So, gitula lebih kurang.

VP adalah mak orang. Isteri orang. Kakak orang. Adik orang. Anak orang. Dan 80% (ikut pandangan aku la) isi blognya adalah pasal KELUARGA. dan aku plak memang suka baca blog yang bercerita pasal family, hubungan masing-masing.. cerita pasal kehidupan seharian bla bla bla.. cite pasal anak-anak ape sume. Ok pernah dengar ada yang cakap BLOG VP BLOG MAK-MAK. Ye la dah dia mak orang.. so ko nak assume dia cakap pasal kehidupan seharian seorang jurumekap yang masih bujang? Tetibe.

Dulu masa aku lom kawin, aku suka baca kisah U PINK MY HEART. Kisah cinta dia ngan Laloquee (skang hubby dia la). Gabanz pun suka gak baca. Paling ingat tang TEDDY BEAR beso pemberian encik Laloquee. Tak pung karang surat cinta berhelai-helai (wakakaka aku ingat lagi Gabanz takut gile aku suruh dia tulis surat macam dalam U PINK MY HEART gak. naik mental la kalo tak. dia kan mana suka mengarang-ngarang ni. sila rujuk blog beliau untuk bukti.)

Then.. aku dah ada Afi.. aku makin suka baca blog dia, nak-nak kalo entry pasal anak-anak.


dan sejujur-jujurnya.. perasaan aku tengok gambar atas nih ketika aku masih belum bergelar ibu dengan selepas aku dah bergelar ibu.. TERSANGATLA LAIN. tengok gambo atas ni.. masa nak save gambar nih, buat pertama kalinya aku menangis gile-gile sorang-sorang depan lappy. Padahal dulu dah banyak kali aku tengok. Hmm.. perasaan bila dah jadi ibu ni dan membayangkan perkara yang sama berlaku kat aku.. tak tergambar rasanya. Al-Fatihah untuk arwah Alesha Abriza Shamsul. Sesungguhnya si kecil ni sedang gembira di sana menunggu ibu bapanya di akhirat nanti.

Nisa @ Nica… anak 2nd VP…budak nih makin lama makin keletah kan. Mulut berkicau usah cakap (aku mana penah jumpa, aku agak je la.. baca dari blog mak dia.) Yang pasti.. daya keKAKAKan semakin menguasai beliau. Paling aku suka kalo entry cite pasal dia cakap kat mama dia yang dia jaga adik kat taska bla bla bla. Sweet gile ok. Takpun time dia kasi arahan kat mama dia time dia nak snap gambo. Hahah gile lawak. Meh sini Nicaaaaaaaa..KAKVAGG nak siyum hahaha KAK tuh ye.. jangan main-main.

Anoi si adik kecik Nica dan arwah Alesha makin membesar. Cute gileeeeeeeeeeeeeee ok. Mukanya sangat manja. dan memang manja la kalo ikut dari cerita-cerita mama dia. Olololo.. seb baik lu beranak dulu, Anoi. Kalo tak.. gua dah padankan ngan Afi nih hahahaha ok ok mak Afi sedang over skang. Sila sedar anak anda masuk darjah 1 pun belum. Cucuk BCG versi darjah 6 pun belum, ok. Ada ati.

- ok apa yang aku nak cakap.. apa je cerita VP pasal anak-anak dia.. memang aku suka baca. Tiap anak lain diorang punya keletah, kan? Sebab tu aku suka baca. Pastu sedo tak sedo.. pape yang aku penah baca.. bila terjadik kat anak aku satu hari nanti ke.. sure aku cam EHHHHHHHH GINI LA EK RUPANYA ANAK-ANAK NIH.. GINI RUPANYA EK PESEN BUDAK-BUDAK.. EMOSI BUDAK-BUDAK bla bla bla..

Aku suka masak. dan aku suka baca blog yang tak kira la laki ke bini ke yang masak, yang penting ada masak-masak.. sure aku makin suka baca. dan VP sangat bertuah ada hubby yang pandai dan rajin masak. Aku paling ingat TOMYAM POKTEK versi laloquee.. dan ayam masak merah versi VP masa dia MC masa pregnantkan Anoi dulu. Yeah.. simple je.. tapi aku dah cakap tadi kan.. tak kire la simple mana pun.. kalo dah masak kat rumah, makcik memang soka. Ok paham? Tetibe emo haha.

Tips pasal anak-anak. Pun salah satu sebab nape aku suka ikuti blog nih. Dia tak kisah share cerita pasal anak-anak, mintak pandangan ngan readers dan jugak share tips yang dia tau ngan readers. Bila sebut mintak pandangan.. itu aku suka. Humble… tak tau.. tanya. Dah tau.. share. Kalau silap info, mintak readers betulkan.. dan biasanya apa yang dia cerita tuh senang aku nak absorbkan dalam pale sebab cara penyampaian dia.

Contoh pasal parenting stories/tips:

Dia pernah cite pasal dalam family, kalo mak lembut, si ayah elok tegas sket. Kalo mak tegas, si ayah elok berlembut sket. Supaya anak-anak leh ditegur, dibentuk tapi pada masa yang sama, dia tak menjauhkan diri dari kita. Ingat lagi kes Nisa nak tido lewat sebab nak tengok kartun. Bila mama dia bertegas ngan dia.. bleh plak dia tido awal. So tips tuh aku letak dalam pale. Apply memana yang sesuai nanti kang.

Penggunaan SAYA dalam blog membuatkan readers dapat rasa dia lemah lembut orangnya. Humble. Tak nyombong. Tak suka nak gaduh-gaduh.. bla bla bla. Bila ciri-ciri gini ada.. kalo ada kekurangan seseorang blogger tu dalam blognya sekalipun.. orang takkan amik pusing pun.(dan ciri-ciri tuh takde pada aku wakakakaka sadis tak???? sebab tuh aku tak buat kontes banyak kali. sekali dalam 10 tahun pun dah ok.haha.sebab rasa orang takmo masuk pun wakakakaka buat malu je.)

Ok lagi satu. Eh banyak ni. Nasib awak la, KAK VIRUS.. terpaksa baca entry saya nih hahaha sebab tadi cakap tak kisah panjang mana kan. (kak virus tuh hahahaha padahal dia tua setahun je dari gua. dan motip panggil dia nama virusssss??????)

OK sambung… masa aku pregnant dulu.. aku dah start ikut, baca, hapal, amik tau pasal entry EBM yang VP buat. (untuk yang tak tau- EBM=expressed breast milk. EBF= exclusive breast feeding.) VP breast feed Anoi.. dan banyak kasi tips, share experience dia buat stok EBM nak anto taska, kasi motivation kat mak-mak yang breastfeed anak etc.

Aku suka gile ok! Sebab aku memang masa preggy lagi dah plan dah niat nak breastfeedkan Afi dan alhamdulillah.. banyak ilmu yang aku dapat dari VPcom.. aku praktikkan skang. Semoga TUHAN memberkatimu. Sebab dah share ilmu kat orang yang tak tau..

aku pernah mengalami situasi kekurangan susu nak bekalkan untuk Afi nak antar Taska. dalam pale still ingat apa yang VP penah cakap kat blog.. IBU YANG NYUSUKAN ANAK JANGAN PUTUS ASA! Ngan tips-tips skali. Ilmu yang sangat bergunaaaaaa. Sebab aku ikut.. dan ianya menjadi!

(eh pernah tak dengar sesuatu yang baik/ilmu yang kita sampaikan tak kirala apa cara sekalipun-salah satunya melalui penulisan, jika orang amalkan, kita akan dapat pahala. Kalo sorang, dua, tiga, 10, 20 orang amalkan.. makin digandakan pahala tu untuk kita. so sesama la kita share apa yang kita tau.)


Ok next..

Pompuan memang sukakan kecantikan kan? Eh lelaki pun la kan.

Bila kat blog.. dah sinonim bila sebut blog, mesti ada gambar. dan bila sebut gambar.. kita suka tengok yang cantik. Kalo yang dah cantik.. di’CANTIK’kan lagi.. lagi kita suka. So apa yang pihak pencadang nak tekankan pada hari ini, SAYA SUKA BACA BLOG DIA SEBAB ADA GAMBO-GAMBO PHOTOSHOP. Wakakaa lawak tak reason aku? Tak lawak pun kan haha.

Ok aku suka tengok gambo-gambo dia yang dia photoshopkan. Mak budak bernama kakVIRUS ni memang dah cantik pun.. diphotoshopkan lagi, lagiiila cantik gambo tuh.Versi membodekkah ini?Alah kalo takde rezeki aku.. bodek tahap tenggiling berguling pun tetap PAKCIK TAK MENANG MOTOR PAWARUT haha. So apa yang betul.. cakap je.

Cantik tak cantik tak???????? Tanya sambil hempas meja wakakakaka.

Ok banyak le plak reason nape aku suka baca blog nih kan. Mula la rasa contest nih cam susah plak wakakakaka. Tapi takpe aku masih gigih.

Eh kakVIRUS ini sangat suka amik gambo kan? Memang suka posing. Lihat contoh di bawah: haha.

Oleh sebab dia banyak gile gambo yang buat aku rasa cam “eh ko memang suka amik gambo kan?????”.. so aku lagi suka baca dan tengok gambo-gambo yang ada skali. Lagi berseri tiap entry tuh kan.

Nak-nak gambo-gambo tuh kekadang ada yag candid.. kadang time makan kat rumah.. pun amik.. buat itu amik.. buat ini amik.. snap snap snap.. which isssssssssssssss.. tersangatla bagus untuk MEMORI DI HARI TUA.

Kan??????

Contoh gambo ko tengah posing dalam MPV Ezora (ke ejaan dia EXORA?) time pregnant.. bila-bila 20-30 tahun lagi, tengok balik.. sure terkenang-kenang saat-saat kenyit mata kat hubby nak suruh beli keta baru. Time tuh tengok balik.. mungkin teringat balik “haaaaaa time nih la salesman kedai keta tuh siap menangis sebab tak tau nak buat ape dah bila aku duk dalam tuh dah 3 jam.. nak marah kang….. orang peknen.” wakakakaka. (tuh aku kasi contoh ok.)Moralnya: dia amik gambo pape je yang dia buat.. esok-esok bila tengok balik memang teringat balikla kenangan-kenangan tu.


Banyakla sebab lain lagi.. aku dah tak tahan nak perabis entry nih.. soalan nombor 2 pun lom jawab nih hahahahaha baek punye panjangggg. Sebab lain.. aku suka tengok koleksi ala-ala English style favourite dia.. yang mana aku pun suka tapi oleh sebab lom duk rumah sendiri lagi.. tak koser la nak beli so memendam rasa je la sambil berangan-angan time masuk blog dia.

Pastu banyak ilmu IT yang aku tak tau, aku jadik tau oleh sebab tuan belog nih sharekan ngan readers.

Pastu aku pun baca blog Ceera.. (start baca pun blog ceera dulu). Bila tau dia kakak ceera.. startla baca blog dia plak.. then melekat.

Ape skalipun.. tuhle antara sebab-sebab UTAMA nape aku suka baca blog dia. dan aku tak reti plak nak yakinkan orang suruh baca blog itu blog ini sebabnya.. sume ikut taste sendiri. Yang serasi ngan jiwa kita.. tuhla yang kita pilih.Oleh sebab blog VP masih macam dulu, macam memula aku start baca.. that’s why aku still stay baca blog dia. Kot dah berubah ke tahap lain yang akhirnya tak serasi ngan jiwa aku.. maybe time tuh masa yang sesuai untuk aku jalan-jalan cari blog lain plak haha.

So itu jelah reason-reason nape aku suka baca VP.com.

ii. Kenapa saya mesti dipilih untuk menang Belkin G Wireless Modem Router?

Eh mestilah.. kena pilih saye sebab saya adelah seorang blogger bernama Vagg , bukan Jakpar Onn. hahaa.

Ok serius..

Ye aku suka update blog. Cuma skang la kureng sket sebab ada budak bertuah suka bertempek ngan aku kan. Tapi masalah akan selesai bila abah dia ada.. so aku bleh bersantai depan lappy update blog tiap masa. Ye bila Gabanz ada, memang menyenangkan. Sebab tuh la bila dia balik 2 minggu skali dari KL.. sampai je.. trus aku bagi Afi kat dia.. aku melompat duk depan lappy. (agak-agakla.. ko melompat ke ngan saiz sebegini skang???? wakakakakaka.)

Kat rumah aku dah ada modem wireless. Tapi kat rumah mak mertua tarak. Ada Celcom broadband yang satu tuh je kakak ipar punye. Yang kalo balik sana.. ala-ala berebut le kan kalo nak online. Nak-nak kalo time cuti lama..balik sana. Sket punye tertekan kalo time tuh aku tengah free.. tapi takdek nak buat apa. Nak online pun kelip-kelip je la tunggu turn. So itu tak best.

Gabanz ada plan nak pasang balik steamyx rumah mak dia. Aku pun suka laaaaa. Yeeeeha. Tapi kalo ada wireless modem.. memang masyukkkkkkkkkkk. Sebelum-sebelum nih, masa streamyx masih lom di’terminate’ kat rumah Gabanz, kalo time cuti lama Gabanz siap bawak balik Modem Wireless yang kat rumah sewa dia ngan adik dia kat KL nuh hah. Gigih tak gigih nak online kannnn.

Oleh yang demikian tuan-tuan semua.. bila ada BELKIN G WIRELESS MODEM ROUTER.. si adik ipar.. si kakak ipar.. si gabanz.. si vagg.. si mak mertua pun boleh ada blog dan boleh update dari dapur sambil memasak lauk AYAM KERUTUP favourite kami hahahaha.



Ok ok.. terus terang aku ulang.. memang niat nak taruk satu modem wireless kat rumah mak mertua. Reason utama.. nak online la. Kalo tak update blog skalipun.. boleh la bukak FB ke hape ke.. gossip artis ke kan. yang penting.. online, kak jemah.. online. Kang saya tak baca blog kak jemah virus nih dah kanggggggggggg. So sila kasi modem nih kat saya hahaa.

Maybe reason tak brape kukuh kot. Tapi tuhla reason aku nak modem nih.

Bukanla untuk mak mertua sebab mak mertua saya takdek blog. Tapi untuk kami, anak-anak. Adik beradik gabanz 5 orang.. dan termasuk aku menantu di rumah tuh..

kami tidak buta IT..kami suka IT..

IT Agenda Baru Negara,
Malaysia Melangkah Ke Cyberjaya,
Teknologi Hebat, Penyebar Maklumat,
Mencipta Satu Bangsa Berjaya.

IT Budayalah Hidup Kita,
Kekayaan Baru Dunia,
Cintai Pada IT,
Sejahteralah Diri.

Kenal IT
Suka IT
Pelajari Setiap Hari

IT Terkini

Oh ~ IT

Guna IT
Tingkatkan Ilmu IT
Malaysia Bistari

Terima IT
Belajar IT
Sayang IT
Guna IT

IT

guna IT..sayang IT.. IT! (ingat tak lagu IT yang siti nurhaliza pernah nyanyi kat RTM dulu. sape lagi ada nyanyi sama masa tuh ek? kumpulan 2by2 ada gak rasanya. ok tak ingat? takpe yang penting kasi akuk modem inihhhh. haha gilosss siap paste lagu IT lagik, punyela nak modem.)

Nisa: eh ada ati nak dapat modem wireless mama saya. piiiiiiiiiiiiiiiiiira mabukkkkk.

KakVAGG: nicaaaaa.. nak kawin ngan afi tak? nak tak? nak tak??? so kalo nakkkk.. sila sokong akak, yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

Itu jelah. Mood aku tengah berkobar-kobar nak masuk contest nih. Ada rezeki tuh adelah kan.. kot tak.. kalo kakVIRUS tak kasi saya menang pun.. takkan nak pegi bako belog beliau haha. Yang penting contest nih takde vote memvote.. sebab tuh aku ON je la masuk. Mana tau ada rezeki kan..

kot tak.. kalo kakVIRUS tak kasi saya menang pun.. takkan nak pegi bako belog beliau

kot tak.. kalo kakVIRUS tak kasi saya menang pun.. takkan nak pegi bako belog beliau

kot tak.. kalo kakVIRUS tak kasi saya menang pun.. takkan nak pegi bako belog beliau

kot tak.. kalo kakVIRUS tak kasi saya menang pun.. takkan nak pegi bako belog beliau

kot tak.. kalo kakVIRUS tak kasi saya menang pun.. takkan nak pegi bako belog beliau

kot tak.. kalo kakVIRUS tak kasi saya menang pun.. takkan nak pegi bako belog beliau

kot tak.. kalo kakVIRUS tak kasi saya menang pun.. takkan nak pegi bako belog beliau

kot tak.. kalo kakVIRUS tak kasi saya menang pun.. takkan nak pegi bako belog beliau

wakakakakaka kalo begini gayanyaaaaaaaa.. bukan nak buat diri menang.. nak bagi tuan VP.com mental adela hahahaha. ampunnnnn.

Ok itu je. Bye.Tetibe rasa cam kalo tak menang pun takpe sebab melalut tahap makwe harun salim bachik dah.



*************************

hahahahahaha siot betul siap nyanyi lagu IT


korang bagi tahu saya, macam mana saya tak pilih dia. memang mesti pilih dia punya hahahaha


Tahniah Maklang

sila la emel2 viruspadu@yahoo.com dengan saya, nak kasik byhand kah, nak pos kah?


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

18 komen[s]:

suamihanyisterizuki said... [Reply to Comments]

wooo,

panjang...tapi seyes r kak jemah...beshhh entry dia...huhu tahniah...suker jugok bace...

Kancilbiru said... [Reply to Comments]

hahaha klako...tahniah pada pemenang yer...:)

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

gilerrr panjang nye entry terbahak2 saya membacenye wakakakaka

seriessss memang layak!!!

edrina said... [Reply to Comments]

hahaha mmg terbaik!!

Qila Azali said... [Reply to Comments]

haha.. i likeee!! memang inilah pemenang yg dsangka2.. (;

zue @ annaleeya said... [Reply to Comments]

hahaha... kita yg silent readers nih pon terbahak2 baca entry dia.. mmg layak menang... tahniah...!!

Miss Moon said... [Reply to Comments]

wah tahniahhhhhhhhhhhhhhhhhhh

hua hua hua aku baca pun nak tergelak2 mmg patut dia menang hhaahhahahahah saya setujuuuuuuuuuuuuu

A.I said... [Reply to Comments]

aku dah gelak terbahak2 kat opis ni tau! mmg dia layak menang le jemah. lawak gilosssssssss!

Faz's UniQue said... [Reply to Comments]

Grengg skejap...tp lawakkkkksss...mmg patut menang pn...kira kalo x bertanding pn da leh kira menang tanpe bertanding kan jem...ehe...TAHNIAH yer ;-)

Faz's UniQue said... [Reply to Comments]

Grengg skejap...tp lawakkkkksss...mmg patut menang pn...kira kalo x bertanding pn da leh kira menang tanpe bertanding kan jem...ehe...TAHNIAH yer ;-)

idahani said... [Reply to Comments]

oh no! oh tidak! tak chance nak dapat modem belkin lagi..huhuhu

ada contest lagi tak? mana tau kot leh menang len kali ..hehehe

dd dudu said... [Reply to Comments]

sangat kelakar.. gelak sehingga terpaksa tutup2 mlut cover kat opiss

hihihiihi

vagg© said... [Reply to Comments]

hai kak virussss hahaha adekah maklang bermimpi.

ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH.. nih rezeki budak tecik bertuah la nih kiranya ek hehe.

tang penat buat xleh kopipes tuh paling xtahan haha. mesti awk guna ctrl A ctrl C ctrl V kan kak jemah kannnnnnnnnnn. (sambil marah2 tarik2 rambut sendiri haha).

btw thank u for everything.
(wah for everything tuh.. cam style tulis dalam autograp zaman darjah 6 dulu je haha)

mrs.hanibunny said... [Reply to Comments]

mmg layak tuk menang... mmg nampak dia mmg peminat tegar VP.... tabik spring ar! pilihan VP mmg bijak dan adil!

Erkkkk... nica nak kawin dengan afi tak? heheheh

Mommy Lyna said... [Reply to Comments]

semua dah diconclude dalam satu entry. cayalah!

B..alang said... [Reply to Comments]

..sep baek saya x masuk contest ni.. klu x mesti saya yg menang.. saya kan kroni... anyway.. tahniah 4 cik ..mrs vagg ..

strawberi said... [Reply to Comments]

haha..vagg menang..mmg klaka pun..vagg ko mmg terbaek buat entry2 klaka..aku tumpang bangga...muahaha..tetiba

deasa said... [Reply to Comments]

congrats to the winner!

sory la baru sempat nak mengomen kat sini

aiseh bila baca entri pemenang ni
saya yang pengalah ni rasa bezanya...
macam langit dengan bumi!
hahah..

puanjemah, nanti buat contest lagi eh :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^