Follow Viruspadu

Monday, June 28, 2010

Tak Susah Pun

salam

ramai je sekarang dah pakaikan anak dia CD kan

CD tu apa kak jemah, mau layan lagu rock darah-darah kah? hahaha
tak la CD tu adalah cloth diaper, CD ni ganti pampes la. tp can basuh-basuh lagik. very the jimat. suami dengar pun suka hati. chewah

tapi nak membeli dia la yang semput sikit. sebab CD ni pada saya macam mahal sikit. tapi alah membeli menang memakai gitu kan. beli sekali je la. mahal dia sekali je. lepas tu takde dah. lepas tu pakai la kau sampai semput. ha semput tetiba.

*gambar lama

saya beli dulu ni 5 helai sahaja harga dia dalam dua ratus lebih la.

saya beli dulu sebab nak ajar nisa takyah pakai pampes dah. bagi dia rasa basah semua. so senang la sikit. dan sekarang nisa dah lama dah tak pakai pampes kan. so turn adik dia pulak la

berbaloi-baloi kan pakai CD ni, boleh turun2 kat adik lagi

oh ye, anoi still pakai pampes macam biasa. cuma CD ni saya pakaikan kalau waktu malam nak tido atau cuti2 kat rumah dan kalau teringat nak pakaikan. takla pakai hari-hari

sebab CD ada 5 keping je kan. kalau pakai hari2, memang tak sempat basuh punya. nak pegi beli CD lagi tu yang bercinta tu. tiap kali nak beli je mesti poket kering. last2 tak beli2 hikhikik

tp buat yang tanya-tanya saya tu senang tak nak pakai CD? saya jawab SENANG. memang SENANG pun. dah la kain dia lembut ok. nescaya bila anak dah rasa pakai CD dia taknak dah pakai yang biasa2

kakjemah, ok ke? kalau sekali dia wiwi macam mana?
ikut pengalaman saya la, kalau 3 kali wiwi pun still kering lagi. kiranya baby tak rasa basah la. tapi kalau kita keluarkan kain kat dalam tu, mmg basah lencun ok. mcm kagum kan.

nak basuh macam mana?

saya masukkan je dalam mesin hahaha, tp makesure la cuci wiwi tu dulu kan. takkan malas sangat sampai masukkan je dalam mesin kotor2 mcm tu huk alah.

kadang2 kalau terlebih rajin saya cuci dengan tangan je. dah alang2 banyak baju-baju saya yang kena cuci dengan tangan. cuci je la CD ni sekali.

gitu. jadi siapa yang beli CD adalah sangat digalakkan.

nak ads bisnes CD kat sini, emel saya viruspadu@yahoo.com? chewah sempat jugak kakjemah ni muahahahaha lariksssssss






Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

n.a.j said... [Reply to Comments]

bagus ek pakai cd ni....

apa salahnya berbisnes dalam blog kan? :)

Miss Fadhilah said... [Reply to Comments]

hai kak vp...sy follow n link yea=D

Faheem Jr said... [Reply to Comments]

cikmin sokong guna CD jimat berbaloi-baloi!


faheem sudah ada 1k !

yantz-yeem said... [Reply to Comments]

yessss sokong mmg bagus dan jimat...ha sape nak CD saya pun biz gaks jual CD nie tapi secara offline le...hahahaha...gerenti mmg jimat n puas ati...jimat wooooo...

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

xcube lagi CD tu yelah nk beli tu mcm bercinta jgk..he he he

viruspadu said... [Reply to Comments]

n.a.j
a ah bagus CD ni

Miss Fadhilah
ok ok :) thanxs ye adik manis

Faheem Jr
memang berbaloi baloi gitu

yantz-yeem
meh la jual secara online pulak :)

Softtouch [Hanim]
cubalah, konfem anak suka punya

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

perghh..sgt bgs laa ini brg..trase mau cepat2 nk bikin anak..wakakakak







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^