Follow Viruspadu

Tuesday, June 15, 2010

terbang lah kau

aktiviti hari ahad. yang sebenarnya en.laloque cakap hari santai2 kat rumah sambil kemas rumah basuh kain mop lantai tgk pokok di laman dan sebagainya

tapi ntah apa kena ntah dia boleh terjanji dengan anak dia. petang kang kita gi taman. hambek ko. terus anak dia berzikir sebelah telinga dia nak pegi taman nak pegi taman nak pegi taman nak pegi taman nak pegi taman nak pegi taman nak pegi taman nak pegi taman.

jadi kami pun pergila taman. wah senang betul kesimpulan dia hehehe.

masa tengah singgah beli jambu batu bekal makan kononnya. nisa dah terkinja2 nak main layang2. kesian pulak. en.laloque mulanya nak membatukan hati taknak layan anak dia beli layang-layang. tapi kali ni lain. emak dia boleh beking. huh aneh bukan hehehe

"beli la pa, kesian dia, dari hari tu lagi nak main layang-layang. kan kakak kan, siannnnnnnn kakak"

nisa takleh dengar perkataan "kesiannnnnn kakak" terus dia rasa sedih. terus tersedu2 mcm nak merajuk hahahaha. padahal sebelum tu tak. kakakakaka. kelakar. (jgn tiru emak yang suka menyakat anak ini :p)

beli la satu layang2 princess :)

best shot oleh puan jemah. terer tak I muahahaha. tertonggeng2 amik gambar ni :p


angin kuat giler masa ni. mmg best main layang-layang

ehem ehem. saya pakai tudung syria saya tu. tudung ni lagi. sebab tu la satu2nya tudung syria saya.



nisa yang xcited






kejap je main layang2. bagi lepas kempunan nisa je. lepas tu terus kasik ikan makan. lepas tu terus main-main-main-main.



masa kat taman ni kan. saya kan duduk je kat tepi ni kan tengok budak2 main.

tiba2 adalah satu couple ni dengan anak dia sorang tau. mcm pelik semacam. anak dia lelaki, saya rasa ada la dlm umur 2 tahun kot. mcm dah besar jugak. boleh main-main la. tp dia punya protect anak dia. phewwwwwwww. kagum saya tengok. sampaikan anak dia nak turun slide tu pun. habis dia meng"excuseme"kan anak-anak orang lain. dengan muka garang dia. mcm dia suruh budak2 lain ketepi la. Ya ampun sampai mcm tu sekali wei. saya tunggu je dia excusemekan anak saya. meh sini emak dia datang. hahahaha sekali anak dia lari2 jatuh, terus dia blah. dptlah budak2 yang lain main dengan aman huh

mcm tu pun ada kan :p



ok sepetang hari ahad yang santai.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

1 komen[s]:

faisal.hamdi said... [Reply to Comments]

pandai sungguh perempuan syria itu main layang-layang..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^