Follow Viruspadu

Tuesday, June 15, 2010

Tudung De Zahra Lovely Gift :)

[stickymode entry :)]

masih ingat lagi tudung yang baru sampai ke tangan saya itu hari, sangat xcited sampai terus memperagakan tudung dekat opis hehe

ehem ehem.

tudung dezahra yang sangat ohhhhhhhhhh. very the terletak dekat muka ok. siyes sedap pakai dia. nak nak lagi kat bahagian kepala.

kain dia memang jenis lembut kan. sedap ajer dia grip dekat leher. tak rasa terjerut dan tak rasa mcm muka ketat, dan tak rasa mcm susah nak nganga mulut kalau nak makan secara gelojoh hahahaha. betul ok ada tudung saya yang kat muka ketat gile. macam time nak makan saya kena pegang lak kepala supaya tudung tu jatuh kedepan kedepan. dikhuatiri tudung jatuh dalam pinggan saya jadi lauk tambah. tudung jadi lauk muahahahaha. ok tak kelakar ;p

ok sekarang kasik can kat kak jemah berangan jadi duta dezahra kejap ek hiks. wei kasik can wei. dah nama model rejek kan. kat belog sendiri ajer la dia syiok sendiri :p

tudung dezahra ni koleksi sarah :) harga dia RM95


saya cuba snap daripada pelbagai view. so korang boleh tengok betapa selok2 je kat muka kan


gambar dengan bunga tu harus. hahahah tp nampak tembam. takpe la. tengok tudung ajer ok :p



bila pakai rasa taknak tanggal. saya pakai tudung ni jumaat lepas ni. nak pegi keje. semangat kau. saya dapat2 je dari lovelygift.. korang bayangkan saya tak gosok iron langsung wakakakaka. siyes. takyah gosok. bukan pemalas. tapi elok je sampai kat saya. tak kemek tak hape. :)


Info tudung de zahra
Hari ni kami nak bagi info tentang kain yang digunakan utk menghasilkan koleksi tudung deZahra.Tudung deZahra diperbuat daripada kain lycra. Untuk makluman semua kain lycra ni ada pelbagai gred. Dalam penghasilan tudung deZahra, Butik deZahra menggunakan kain lycra gred AAA, iaitu gred yang paling baik.

Sifat- sifat kain jenis lycra:-
1. Stretchable (bergetah- senang dan selesa bila kita memakainya)
2. Mudah dipakai dan dibentuk.
3. Kainnya yang lembut (kain yang lembut ini membolehkan alunan ombak kain disusun mengikut gaya pemakai, dengan bahasa yg paling mudah senang untuk digayakan).
4. Kain lycra ini juga adalah sejenis kain yang sejuk dan amat sesuai dipakai dinegara yang bercuaca panas macam Negara kita.
5. Kain ini tidak mudah renyuk dan hanay perlu menggosok sedikit sahaja untuk mencantikkannya.
6. Mudah dijaga dan warnanya tidak luntur.
7. Nampak anggun dan bergaya bila dipakai.

tudung biru ni pun koleksi sarah jugak, harga dia RM100, mcm biasa saya snap pelbagai view utk ditonton :p





wah lawa kan (bukan saya tp tudung ceh kena xplen). terus pakai pegi kenduri kawen hehehe.

Cara Pemilihan Tudung Oleh De Zahra
Pilih tudung daripada jenis kain yang sesuai dan selesa.

1. Pastikan saiz tudung sesuai dengan bentuk muka.

2. Antara kain yang sesuai untuk dijadikan tudung ialah kain lycra, jersey, bawal, cita campuran, viscose, sutera dan sifon.

3. Pilihan tudung yang tepat adalah dengan memilih warna tanah pada baju untuk dijadikan warna tudung. Jika warna baju cerah, pilih warna tanah tudung yang lembut daripada kategori yang sama. Jika warna tanah baju gelap atau suram, pilih warna paling lembut yang terdapat pada baju.

kalau korang berminat boleh la pegi blog lovelygift. memang banyak lagi design yang menduga iman. :P oh oh. nak nak pulak kalau bukak masa 25 haribulan wuwuwuw hari gaji you. memang boleh mengundang diri tanpa tertahan-tahan nak mengklik maybank2u secara tak semena2 :p
antara tudung yang saya tengok aje, terus mengucap panjang hehehe :p

oning dia menarik kan :) tudung short pink


ini sama dengan tudung biru saya, tudung koleksi sarah , tapi dia versi pink :)



tudung rayhanah. tudung ni dua lapis ni. yang hitam tu anak tudung dia tau. RM105


Koleksi tudung fatihah. RM115. ini tudung pusing ni :p


koleksi tudung sarah, RM100





ok semua pink hikhikhik. maafkan penulis. sebab penulis memang suka warna pink. jadi dia bias sikit. warna lain berlambak2 dekat blog lovelygift tu. jadi korang kena klik sana ok


PANDUAN PENJAGAAN TUDUNG

1. Sebaiknya cuci tudung dengan tangan menggunakan bahan pencuci yang lembut, diikuti penggunaan bahan pelembut.

2. Ketika mencuci jangan campurkan tudung dengan pakaian lain.

3. Jangan jemur di tempat terlalu panas, cukup sekadar menganginkan di tempat teduh.

4. Sebaiknya gantung tudung apabila menyimpannya.

5. Elakkan memakai tudung ketika rambut masih basah

bagus ok blog lovelygift. dia ada sediakan tips2 bagai. yang tips2 tudung tu semua saya kopipes dari loveygift. good info ya. :) very very good info :)

bukan tu je. tips cara pemakaian dan ukuran tudung yang sesuai dengan muka pun ada. yelahkan, kita biasanya macam nak beli tudung online kadang2 tak berani. takut tak kena dengan muka. terutama muka yang bulat2 la (mcm saya), takut dah order kang pakai tak kena la pulak. jadi dia dah kasik dah ukuran semua ni. kita kena ejas2 la.

salah satu saya kopipes. tudung fatihah :) tudung pusing. banyak lagi korang kena tgk sendiri.


berita baik juga kepada korang yang memakai tudung labuh. dezahra juga ada penyediakan tudung-tudung labuh koleksi hajjah

panjang dari bawah dagu ialah 22 inci :)


ok kalau berminat nak beli. senang je :p. pilih la dulu mana bekenan :p

1. e-mail order ke lovelygift77@yahoo.com untuk kami memastikan stok. Sertakan juga NAMA, NOMBOR HANDPHONE, ALAMAT PENUH untuk penghantaran.

2. kami akan memaklumkan stok dan juga jumlah harga termasuk kos penghantaran melalui email / panggilan telefon / sms

3. bayaran perlu dibuat ke akaun MAYBANK - SAFINA BINTI SAIDIN :1520 5002 5347

4. sila emailkan kepada kami resit transaksi pembayaran beserta nama dan no telefon sebagai bukti pembayaran.

5. selepas bayaran diterima, barangan akan dihantar ke alamat yang diberikan
melalui Express Link atau Poslaju dalam masa 7 hari.


untuk kontek :

finz : 017 - 490 7607
sue : 017 - 976 8212


ikut pengalaman saya sendiri. lovelygift tu agak pantas jugak membalas emel :p

blog dia pun boleh tahan produk2 dia selalu update :p

penghantaran produk pun puas hati. tudung tak kemek, elokkkkkkk je sempurna sifat sampai kat saya. sampai takyah gosok bila nak pakai hehehe

ok korang. klik sana la ye.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

lydzar said... [Reply to Comments]

mmg nampak cantik sgt. tp utk beli tudung range rege mcm tu, saya blom sampai tahap itu hihihiih

tgk la nnt kalau ada duit terpijak, saya borong :P

Aleeya said... [Reply to Comments]

cantek la zaimah kaler biru tu..lembut je nampak kan..

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said... [Reply to Comments]

most koleksi tdg kita adalah from deahra coz kita penah jd dealer tdg nieh .. lps bersalin hero-2 tue stop terus .. harga dia pun dah naik skit compare masa awl2 dulu .. compare dgn brand lelain .. tetap vote tdg dezahra ;-).. tgk website direct http://www.zahra-fashion.com/

Gina said... [Reply to Comments]

Salam Cik Jemah
Memang tudung Zahra nie cantik sangat. Owner die, kawan I masa kat Uitm dulu

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

cantiknyeee
tudung2 tu tp den blom mampu g nak beli lah..huhu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^