Follow Viruspadu

Tuesday, June 29, 2010

Tudung syria kedua

ehem. tudung syria lagi. kali ni saya beli yang mahal sikit. hahaha mahal kata ko. mahal sikit la dari hari tu. yang ni RM25. maybe yang online ada lagi murah. takpe la. dah terbeli dah.

buat yang tak tahu la. tudung jenis syria ni ada 2 lapis.

no 1. anak tudung
no 2. mak tudung

hahahaha itu saya buat kelakar ok. paksa korang ketawa sekarang. kalau tak siaplah.

pakai dia mesti lah, pakai anak tudung dulu, diikuti dengan mak tudung tu.

tudung ni dia macam getah. jadi memang dia jerut sikit kepala. siyes memang nampak bulat muka. so korang kena tarik-tarik sikit kedepan kalau taknak nampak bola sangat. wajah bola hahaha


ni jenuh saya tarik2 ni nak kasik nampak lonjong sikit. ok la. but still bulat kalau tgk secara langsung


kalau malas pakai anak tudung pun aci kot. boleh pakai macam ni hehehehe


tangan cover pipi :)

kalau nak cepat setakat nak pegi kedai mutu depan rumah. sarungkan "mak tudung" ni je. selesai masalah. cepat pun cepat. suami pun takde la bising "heiii perempuan kalau bersiap kemain lama, ni kalau bakar lemang pun sempat ni" . lepas ni kita pulak membebel "cepat la, orang dah siap ni" cehhhh siap dah fikir dialog dah. over!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

Kancilbiru said... [Reply to Comments]

kak jemah, kamera bling2 lebih enterprame lak dalam entry ni...hahahaha

viruspadu said... [Reply to Comments]

hehehehe
kan, bling2 enterprem la fulak heehe

mrs.hanibunny said... [Reply to Comments]

hehehe mcm nisa la... :P comei je...

Gina said... [Reply to Comments]

Zaimah
Macamana pakai tudung tu boleh terbentuk cantik aje ? Kita tak berani nak pki tudung tu sebabnya nanti muka nampak bulat la. Ada letak apa-apa ker?

viruspadu said... [Reply to Comments]

mrs.hanibunny
cica yang mcm mama hehe

gina,
takde letak apa-apa. tapi kena tarik2 sikit. bulat jugak sbnrnya. tp amik gambar senget2 tu pasal tak nampak sgt bulat dalam gambar

syeka sweetheart said... [Reply to Comments]

klu nk bg muncung elok sket
inner tu kasik tetas sket..
bg cam xketat sgt..

wildcutecat said... [Reply to Comments]

teringin nak pakai tapi tak sesuai dengan muka. nanti muka bulat je, mesti klaka. huhuhu

shaliza said... [Reply to Comments]

tak jadi la saya nak wat muncung cam gitu...still bulat gak..huhu
tapi dah ramai pakai syiria ya...so beralih ke bawal balik.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^