Follow Viruspadu

Wednesday, June 09, 2010

We Create, You Decide

Salam korang

nak belog korang jadi cantik dan anggun. macam bila orang klik belog kau terus terpesona tak boleh blah. langsung taknak klik X dah. ecececece

belog saya macam mana?

belog saya ni simple sesimple simplenya. sebab saya just pakai template yang sedia ada kat blogger.com ni ajer. siyes saya tak pandai bab design ni semua ok. boleh la setakat nak buat header merapu-rapu. tu pun berejam depan pc. hasil mcm !@#$%^ hahahahaha.

seni design cantik-cantik ni satu anugerah sebenarnya. satu benda yang cikgu takleh nak ajar kat kau. cikgu boleh ajar lukis bulat. tapi cikgu tak boleh ajar bulat yang cantik. hehehe. canne bulat yang cantik tu kan haha. ha tu orang seni je paham. kak jemah pun tak paham. dush dush dush. canne sendiri cakap sendiri tak paham tu kan.

saya teringin sangat nak jadikan belog saya ni cantik tsk tsk tsk. tapi tak pandai. tsk tsk tsk.

ramai korang pun macam saya kan. jenuh la gugel2 template cantik nak kopipes code ia ye tak. tapi ada je kat templat tu mcm link popup la apa la. sangat mengganggugugat kecantikan ye tak. fail ok. fail.

oleh yang demikian, setelah panjang saya muka mukadimah sampai terlupa nak cerita apa sebenarnya wakakaka. sampai jugak ke point sebenar yang terpenting dalam entry ni hiks

terima kasih We Create, You Decide kau la sumber inspirasi ku. saya pun tengah usha-usha ni. harus nak menyantikkan belog fink ini kannnnnnnnnn.

kalau korang pun macam minat-minat macam saya jugak. melangkah satu step kehadapan membagi belog nampak voguethevasvasvastebabommmmmmmm. saya dah usha baik punya dah dia ada pakej ok.

BLOG DESIGN
Pakej 1

Pakej ini menyediakan custom blog design menggunakan platform Wordpress. Melalui pakej ini, kami akan design blog mengikut citarasa anda menggunakan platform Wordpress. Anda akan diberi domain PERCUMA apabila memilih pakej ini. Pakej ini hanya berharga RM350 sahaja. Sebarang pertanyaan boleh email kat incrediblesdesign@yahoo.com

siap kau dapat domain .com ok. memang kelas gitu.

bestttttttttt nya.

ok kena kumpul duit sekarang hehehe. maunya tidak. kebanyakkan yang saya survey sebelum ni. mmg dia kasik domain dia kasik template kosong. ternganga2 la kau di situ baru terhegeh2 nak study koding wordpress gitu kan. eh ni macam pengalaman saya je ni hahaha. disebabkan tu jugak la saya dah tinggalkan wordpress saya tu. tak kuasa aku tau. kenapa la saya tak jumpa sama We Create, You Decide ni dulu. tsk tsk tsk

Pakej 2

Bagi blogger yang nak ada design tersendiri boleh lah mengambil pakej ini iaitu blog template untuk blogspot. Semuanya akan dilakukan oleh pihak kami dari mula design blog sampai ke install ke blogspot. Anda hanya menulis blog sahaja. Blog template design anda adalah lain dari yang lain dan tidak akan sama dengan orang lain ni. Kalu nak tahu contohnya tengoklah blog incredible design. Anda tak perlu bersusah payah nak design blog sebab semuanya akan kami lakukan untuk anda. Blog template design ni hanya RM120 sahaja. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di email incrediblesdesign@yahoo.com.

siyes pakej ni giler senang. kau bayar je. lepas tu semua beres

percaya atau tidak. hampir setiap hari saya terima emel, reader tanya saya mcm mana nak buat blog tau. tanya step step dia. lepas saya dah ajar. dia nak buat entry nak tambah gadget dah jem. tak tahu nak start dari mana pulak. pakej ni. memang senang baitu. semua dia buat. kau tinggal klik new entry je kot hahahaha. giler bestttttttttttttt

Pakej 3

Bagi sesiapa yang tahu design blog maksudnya tahu menggunakan photoshop untuk design tapi tak tahu macam mana nak tukar design ke blog template atau lebih tepat nak tukar ke coding XHTML maka kami ada menyediakan perkhidmatan ini. Anda hanya perlu sediakan design blog pastu hantar pada kami dan kami akan tukarkan ke XHTML. Senang bukan. Anda tak perlu bersusah payah nak pikir macam mana nak buat coding XHTML. Hanya RM100 untuk penukaran design ke XHTML. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di email incrediblesdesign@yahoo.com.



ok pakej ni buat yang dah terer2 la. mcm saya. ecehhhhhhhhhhh hahahaha. saya terer. tipu sangat la. part design memang kelaut. tp ramai kot yang mcm ni. pandai design2 tapi part koding fail. takpe takpe. takyah down. saya pun mcm tu jugak. cuma saya fail dua2. design fail. koding apatah lagi hehehe.






selain daripada design belog. We Create, You Decide pun ada buat header belog ok.

HEADER, ada dua jenis header yang disediakan

  • Ready Made Design
Bagi ready made header design berharga RM15 sahaja.

    1. Bagi setiap design anda boleh letak gambar dan gambar kartun akan dikeluarkan dari header dan diganti dengan gambar anda. FREE untuk letak gambar anda. Kami tak akan kenakan bayaran untuk perkhidmatan crop gambar anda.
    2. Warna background belakang tidak boleh diubah.
    3. Anda boleh letak nama blog anda pada bahagian tajuk blog anda. Anda boleh pilih
      warna apa yang hendak diletak pada tajuk blog anda. FREE untuk letak nama tajuk blog anda.
    Contoh

    Photobucket

    Kod AZ 100

    Berminat dengan header ready made. Cara-caranya ialah
    1. Emel ke incrediblesdesign@yahoo.com untuk mengetahui cara bayaran
    2. Sertakan Kod pilihan header design
    3. Nyatakan size header yang dikehendaki
    4. Sertakan gambar yang akan diletakkan dalam header

    rasanya jelas kot kan. ini saya kopipes dari belog We Create, You Decide je. sebab macam dah jelas sangat. pilih yang mana code header yang bekenan. tepek nama belog kau. very the sapsapsoi. banyak lagi design. pegi terjah sana We Create, You Decide






    • Personalised Header Design

    Personalised header adalah header akan direka mengikut kehendak anda. Kami akan design mengikut kehendak anda. Harga personalised design adalah RM40.

    Sebarang pertanyaan boleh hubungi email incrediblesdesign@yahoo.com.


    yang ni. kau mintak je la nak header yang macam mana. senang sangat kan. dia zap zap zap design. siappppppp. orang kalau terer tu. zap zap zap je. kita ni yang ala-ala ni. zapzupzipzoppoppoppop pun tak tentu adooooo lagi hehe





    WATERMARK


    ini ramai giler orang tanya saya. percaya lah ramaiiiiiii. hahahaha. di emel. di belog. di fesbuk. ada yang jumpa face to face pun boleh tanya pasal watermark. kadang saya malas saya suh korang search entry tutorial watermark saya je kan. hihihih.

    ha nah ni. antara salah satu kaedah utk korang. beli je. murah pun murah. cantik pun cantik.

    Watermark selalu kita letak kat gambar supaya gambar kita tak dicuri oleh orang lain. Jadi kita ada hak cipta kita sendiri pada gambar kita. Watermark ini boleh diletak pada gambar untuk dikongsi dalam blog atau facebook. Contohnya boleh tengok kat bawah ni..


    Bagi sesiapa yang nak order watermark bolehlah order kat incredible design pada harga yang berpatutan. Watermark dijual mengikut jenis dan harga adalah berlainan antara satu jenis dengan satu jenis. Di bawah adalah jenis-jenis watermark yang ditawarkan:

    1. Watermark : Jenis A

    2. - Harga RM4
      - Hanya boleh letak link ke blog sahaja
      - Boleh tukar warna ikut suka dan perkhidmatan tukar warna dan link blog adalah PERCUMA tanpa bayaran dikenakan.
      - Anda boleh request design jika anda ingin design pada harga RM4 ini.


      ini antara contoh design dia, yang cun cun giler lain, korang klik je lah belog dia. tergamam acik

      Kod : SA 102




    3. Watermark : Jenis B

    4. - Harga adalah RM8
      - Hanya boleh letak 1 kartun/gambar sahaja
      - Watermark adalah berwarna dan hitam atau putih
      - Boleh letak link blog dan boleh pilih warna apa yang nak diletakkan pada perkataan link blog.
      - Anda boleh request design jika anda ingin design pada harga RM8 ini.


      Kod : RA 100






      Kod : RA 102

    Berminat dengan watermark. Cara-caranya ialah:

    1. Emel ke incrediblesdesign@yahoo.com untuk mengetahui cara bayaran
    2. Sertakan Kod pilihan watermark
    3. Nyatakan warna dan link blog untuk diletakkan pada watermark.

    Bagi sebarang pertanyaan, boleh lah email di incrediblesdesign@yahoo.com.


    cantik-cantik kan design watermark dia. tsk tsk tsk *menangis terharu


    Ok. kalau berminat mahu kan blog template cuncunkatakansajadesignmacammana untuk blogspot. pun adaaaaaaaaa.

    Promosi untuk blog template bagi blogspot pada harga RM120 dan FREE banner animation untuk promosi blog anda. Konsep dan rekaan blog anda yang tentukan dan kami akan merealisasikan impian anda untuk memilik blog dengan design yang tersendiri. Di bawah adalah contoh blog template yang telah direkabentuk berserta banner animation. Dapatkan sekarang tanpa berlengah lagi. Berminat email incrediblesdesign@yahoo.com. Kami di Incredible Design akan memberikan yang terbaik buat anda.


    Photobucket

    FREE banner animation untuk promosi blog


    phewwwwwww... bukankah ini perkara terindah hehe

    kalau korang mcm berminat terus la klik http://incrediblesdesign.blogspot.com/search/label/Tempahan. tempah terus. pilih je yang mana.

    saya macam dah teringin nak tempah header dah ni hehehehe. tengah survey2 :)

    ok terus klik ke We Create, You Decide untuk maklumat lanjut, gambar lanjut, design lanjut, dan selanjutnya hehehe.

    lepas ni cun melecun la belog korang. jeles I.






    Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

    7 komen[s]:

    zino said... [Reply to Comments]

    yg penting blog di update selalu.. cantik je tapi jangan update macam rumah besar tapi tak ada org tinggal hehe

    Wansteddy Tales said... [Reply to Comments]

    menarik. saya tahu design je nak buat koding2 masih on study. hehe

    doll said... [Reply to Comments]

    salam..

    wah best la blog awak byk info..kita lompat dr blog org ke blog awak..br2 nk pk wat blog nie..awak ada very2 useful tips, thumbs up!

    masih nak mengenali awak, kita akan baca2 dulu yea...

    HOn3YB33 said... [Reply to Comments]

    heeehe...watermarkkk..?? orang pakai logo bee jerrr...tu trademark....aci??..newaY..info amat berguna disini..tengs kak vp

    Incredible Design said... [Reply to Comments]

    sorry akak saya jawab lah bagi pihak incredible design,,hehehe

    Wansteddy Tales; hai, lagi senang saya tukar ke coding je untuk blog template je..Mari lah mencuba di incredible design.

    doll;incredible tengah buat promosi ni..Blog template + FREE banner animation..hehehe..

    b.O.n.d.a said... [Reply to Comments]

    infO yg sangat berguna!
    bOnda pun da banyak template cuba tapi tatau apa kes fOllOwer tak kua pada pandangan mata beta..

    (bOnda syak..de kampeni bOnda punye kilije! huhuhu)

    Muhammad Burn said... [Reply to Comments]

    slm. header blog ni pun dah cantik... camana nak buat... x tau :( bleh tolong ajar???







    Related Posts with Thumbnails

    Penafian @ Pemberitahuan

    Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

    Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

    apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

    ^_^