Follow Viruspadu

Wednesday, July 14, 2010

Anoi Muntah-Muntah

hari ni saya cuti lagi.

minggu lepas cuti sehari sebab nisa muntah-muntah. minggu ni pulak anoi muntah-muntah.

anak-anak.

semalam la ni. saya ada kerja luar. jadi saya takde kat opis. saya pakai kereta lak tu.

tiba-tiba en.ghimau dapat call bagi tahu dorang tak dapat kontek saya. eh apasal ni penting sangat ke. bos nak jumpa ke? network problem ke? ah macam-macam hal la. sambil hati mula rasa berdebar-debar takut kes besar kat pejabat. tiba2 en.ghimau cakap

"kak, husband akak cakap, anoi muntah2, dia suh balik sekarang"

rasa nak gugur jantung saya dengar. sebab malam tu pun anoi mmg ada muntah. ingatkan takde pape. lagipun kakmas ni kalau anak sakit sikit2 dia jarang kol macam ni.

terus pecut balik opis. dalam hati berdoa je supaya tak apa2.

sampai2 taska.

"mah, anoi muntah2 banyak kali, sampai habis baju dia. akak pakaikan baju nisa ha"

wah anoi dah muat baju nisa hahahaha. macam tak percaya hahaha

terus ke klinik. as usual klinik kerajaan

doktor kata kahak lendir banyak. dia tak dpt keluarkan. tu yang muntah-muntah tu. legaaaaa. tak apa2.

malam tadi pun anoi muntah2 jugak. lepas minum susu je mesti muntah balik semua. sedih.

skrg badan dia lemah je

tsk tsk tsk

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

17 komen[s]:

aMiYs said... [Reply to Comments]

risau klu anak muntah2 ni.. hope anoi ok ye...

puterikurekure said... [Reply to Comments]

kak, anak saya si khalish tu pon kahak tak lepas. doc beri ubat cair kahak pon still ada batuk2 tu. haishh...risau jugak ni.

S!eZaN said... [Reply to Comments]

kesian Anoi..semogae cepat sembuh...

soclose2213 said... [Reply to Comments]

cian anoi tomei tu..semoga cepat sembuh..

princess_eryna said... [Reply to Comments]

hope anoi ok laaa...

ArELeEz said... [Reply to Comments]

kalau muntah2 nie, mmg normal ke for kids? just nak tau..

..nOj.. said... [Reply to Comments]

ah risaunye kalo anak muntah muntah. slalunye kalo muntah pun sebab kahak xleh nk kuar sendiri, so dgn cara muntah je kahak tu leh kuar. hopefully anoi takde pape

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

kena amik neb .kesiannya..moga cepat sembuh yer anoi :)

atty's said... [Reply to Comments]

sian anoi..harap ari ni bertambah sehat ..kita sebagai mak .mesti risau kan ..kalau anak 2 tak sehat.

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

alooo sian anoi moga cepat sembuh yer sayang...

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

risau kan vp kalu anak sakit n org taska kol..sellaunya kalu dornag kol bila dah serius tp nasib baik xserius anoi tu..tulah vp budak nak membesar ni mcm2 kan..Sabar yer..Tulah org kata syurga di bawah telapak kaki ibu..

Nanak said... [Reply to Comments]

risau eh klu anak muntah2...smga anoi cpt sembuh..

nasaoji said... [Reply to Comments]

kak jemah tau tak cam ne nak kuarkan kahak manual?..tepuk blakang anak dlm keadaan tangn yg klu kt nak main daun terup tepuk kan lantai tu..tepuk dlm keadaan 15-30 mnt, insyaAllah, dia akan muntah kahak sendiri..niece kt, duk wat gtu..;)

Suliana said... [Reply to Comments]

sian anoi.. cepat baik ye sayang.. saya pun mcm kak jemah gak, klu taska call jek, mesti gelebah dup dap dup dap..:-)

mekchu said... [Reply to Comments]

ala, kesian menantu mak sorang ni..

Hasney said... [Reply to Comments]

jaymah, anoi cam ner, cian plak tgk dier. Dia kuat mengutip tak?. yerklah mana tau kutip something weird masuk mulut, tu yg risau tu, even hadirah yg baya anoi tu pun still kutip gak kalo nampak benda besar semut pun..hu3...Tp kalo sebb kahak okaylah, just amalkan pagi2, seelok2nya tepuk belakang dia dalam 15 minit dan lebih pun takper..InsyaAllah. Hope Anoi baik-baik jerk yerk budak tecik..tomeiii..

melatizumia said... [Reply to Comments]

mah, kalo still muntah, jangan bagi minum susu. susu buat dia lagi mual. gantikan dengan biskut atau roti sebagai ganti susu.. k.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^