Follow Viruspadu

Monday, July 19, 2010

Ayam Panggang Kenyalang D' Seremban

Ini kali kedua. Kali pertama dengan rakan-rakan tercinta :)

Disebabkan terkenang-kenangkan sup nasi ayam yang rasa pedas-pedas lada hitam dia. rasa macam nak datang lagi. siyes terkenang-kenang okeh. tu yang pagi semalam masa en.laloque tanya nak sarapan apa. terus mensajeskan tempat ini. sebab dah tahu memang takde dah jual sarapan kul 11 pagi. semua kedai dah katup dah untuk sarapan. semua dah jual makanan tengahari.

Ayam Panggang Kenyalang dari depan.

Macam mana nak pegi sini Jemah? hari tu tak bagi tahu pung?
Ok kalau daripada seremban, jalan arah ke ampangan, pastu amik simpang pergi ke jelebu, akan nampak stesyen minyak petronas disebelah kiri. Depan sikit akan nampak la nasi panggang kenyalang ni.

wah terernya kakjemah, boleh bagi direction lagi. HAHAHA jangan terpedaya. saya salin ayat en.laloque je tadi. tu pun sampai gaduh2 manja suruh dia cakap pelan-pelan sebab nak taip punya pasal.

anoi, kenapa termenung sayang :)


keje nisa nak snap gambar. apo apo yo lah nisa. dah dari kecik nengok mamapapa macam takde keje lain snap gambar. dia pun dah berjangkit dah.


ayam panggang yang banyak.


kopipes dari entry lama

"kedai dia ni jual nasi ayam je kot. dia macam makan nasi ayam, pastu ayam dia kita pilih la. nak sekor ke (RM16) atau setengah ekor (RM8) ke atau suku (RM4) atau kalau nak makan nasi ayam jenis biasa-biasa (RM4) pun bulehhhhhhhhhh."



terbaik.



rasa sedap dia masih sama macam saya makan 1st time dulu.

tapi kali ni lagi sedap kot sebab ada aura kasih sayang sekali. walaupun makanan tak hadam sebab tak sempat kunyah tapi takpe sebab itu indah.

ayam separuh, nasi tiga pinggan, termasuk milo panas, sarsi, oren, air suam = RM17.50

sambal dia akan bagi dua jenis.

sambal memang pedas ah. sup nasi ayam pun pedas. memang selera orang nogori. pencinta pedas sesuai sangat try. pasti tak kesal.

saya sebenarnya nak suh en.laloque rasa sup tu. sebab saya rasa sup dia la daya penarik dia. last2 saya yang makan tiga2 sup tu hahaha. adoilaaaaaaa.

ok dah itu je.






Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

mrs.ecam said... [Reply to Comments]

gilos....aku pose ni jemah...huhuhuuhuhuhu

Mya said... [Reply to Comments]

comel je anoi termenung.. hihi..

http://blogmaya.com

idahani said... [Reply to Comments]

owwwhh..kedai nie mang tak syak lagi..mang selalu ku tapau..yg nak ke restoran Man Tomyam tu kan?

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

sedapnya vp..comel jer anoi termenung..tggu nasi ayam smpai termenung...

Qila Azali said... [Reply to Comments]

comel nyee anoi termenung!! alahaiiii bila dapat jumpa anoi ni.. geram taww! (:

juelee said... [Reply to Comments]

anoi posing termenung tu hahahha pandai......







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^