Follow Viruspadu

Friday, July 02, 2010

batuk yang tak elok-elok

ini entry anoi pegi klinik yang keberapa dalam belog jemah?

banyak sangat kan. mcm tiap kali pegi klinik pun kau dah update kah? hahahaha. takde la. sebenarnya banyak kali lagi gilerrrrrrrrrr ok. ini pun setelah disort-sort. kalau tak mungkin tiap2 bulan ada entry pegi klinik hahahaha

budak kecik korang paham2 je la

kejap flu la demam la batuk la terjatuh lalu terluka kakinya lalu melukakan hati mamanya. kejap elok kejap tak kejap ok kejap tak. haih

kali ni pulak anoi batuk kahak tak henti-henti, rasanya dah 2 minggu tak elok-elok. kalau ikutkan klinik gomen memang budak bawah 2 tahun dia tak kasik ubat batuk dengan selsema pun. tapi sebagai ibu yang berhati suci lagi comel (what! dush dush dush), bukankah terseksa melihat anak semacam itu barhari2. sedih ok tsk tsk tsk

sebab bila malam je dia minum susu mesti muntah. muntah macam satu botol susu yang dia minum itu semua keluar balik. pelik sebab malam je. siang ok pulak. adakah tahap kahak akan meningkat pada waktu malam? pelik!

"mama saya batuk je la, tak rock kapak aa mama ni"

@ klinik 23 jam. komplen2 pun klinik ni jugak saya tuju. hehehehe

cepat la sihat wahai anoi. (walaupun muka nampak sihat giler dengan senyum mcm tu haih geram) kalau asik mcm ni mama nak pegi kursus pun tak senang hati. :(

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

Jiejah @ Iza said... [Reply to Comments]

sian anoi ..
pernah cuba bg madu ?
sikit jekk , secalit masuk mulut dia ..insyaallah .

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

betullah vp ade anak kecik nie mcm tulah..sy pun risau nie..nak2 opis ni mcm xfaham jer ade anak kecik..kang kalu kita cuti n kdg2 mc sbb anak sakit mulalah muka mcm taik org HR tu...

psst thanx sbb sudi jengah blog kita..terharu..

vagg© said... [Reply to Comments]

VP.. kalo xsilap sy, mlm sejuk so kalo bdk2 batuk.. dada diorg jd lg sejuk dan berkahak.

afi pnah lg demam lg ni, risaunya cemana la nti

Intan ~ Nur Azlina said... [Reply to Comments]

comey nye anoi... heheheh... try bg madu la, insyallah. mak sy selalu praktikkan kt budak2....

Mawar said... [Reply to Comments]

Saya biasanya silent reader VP ni. Tp bila baca pasal anoi yg muntah balik susu malam2 ni sama mcm baby saya. So, saya nak kongsi skit, dia batuk & hidung berhingus lebih kurang 3 minggu dan mlm2 minum susu mesti muntah balik keluar semua susu yg dia minum, kesian sangat. Bila jumpa pakar, dia ckp anak saya mungkin ada asthma sbb dia batuk ada wheezing kat paru2. So skrg setiap hari dia amik puff, dalam seminggu dia dah elok.

shadowz said... [Reply to Comments]

sian anoi....

cepat sembuh ye anoi......

akak... anoi da tumbuh brape batang gigi aa?







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^