Follow Viruspadu

Friday, July 23, 2010

bebel-bebel

toystory3
Semalam frust betul sebab baru ajer berkesempatan nak menyuarakan pendapat kat laki yang nak bawak anak-anak tengok toy story tiga.

Dah korang semua cakap best kannnnnnn terus la hati melonjak-lonjak nak pegi.



so semalam dah alang2 pegi jasko tu. konon nak beli tiket la untuk jumaat malam. tanya2 sekali takde dah toy story uwaaaaaaaaaaa sedihhhhhhhh. tapi sebab dah beratur bagai tu. tanya2 cerita kartun lain. so ada la satu. tak penah dengar pun title dia. saya la tak pernah hehehe. Despicable Me. harap2 la best. kalau tak memang ah pembaziran duit.

yeyyyy esok nak tengok wayang yey yey. kalau best saya bagitahu sok sok yoooo. kalau tak best pun saya bgtau. korang takyah tengok hahahaha.


tapak tangan kanan gatal-gatal

sejauh mana kebenaran kalau tapak tangan kanan gatal tu maknanya kita nak dapat rezeki?

tangan kanan saya ni lately gatal ok. saya dah suka dah. terus perasan jutawan dah hahahaha. padahal tangan gatal je pun. tp bila gatal sangat saya da bajet lain dah. tangan haku ni penuh daki ke apa ni weiiiiii hahahaha.

ke korang nak buat derma kilat kat kakjemah ni. buat susah2 je korang ni. besday I lama lagi ok. bulan sembilan. eh!



beg guess less patplohpersen

semalam dalam kereta lepas makan nak balik rumah la ni. saya dok tergaru2 tapak kaki saya. hahahaha kakjemah memang ada masalah gatal2 kot. tadi gatal tapak tangan kanan. ni tapak kaki pulak. takde la gatal giler2. macam tiba2 tergaru ke macam mana ntah.

tiba-tiba nisa nampak.

"mama sakit kaki ke?"

prihatin betul budak ni. terus la saya drama sikit

"yelah kakak, mama sakit sini. tengok la niiiiiiiiii" ~tunjuk kaki yang sihat
"mama luka ke mama, nak darah ke"
"a ah kakak, sakitttttttttttttttttttt"
"takpe takpe, mama jangan nangis ye, nanti kakak pakaikan hendiplas. mama nak handiplas gambar pincess ke? kat rumah dah habis. nantiiiiiiiiii kakak belikan untuk mama okeh. kita beli kat jasko okeh mama"

saya senyum je. dalam hati saya. pandai betul budak ni cari alasan nak pegi jasko nak main game hahahaha. tak semena2 terus dia cakap dengan papa

"papaaaaaaaa sian mama tu sakit kaki, kita beli handiplas ia kat jasko ye papa, tu jasko tu. sian mamaaaaaaa"

hahahaha pakai alasan mamaaaaaaa. hahahaha lawak betul

padahal sampai2 je jasko. terus dia ingat mainan dia je. saya pulak sampai jasko terus menuju ke guess. hari tu dah tgk2 dah macam bekenan dengan satu handbag tu. ada patplohpersen less. bila kali kedua tgk mcm tak kenan pulak. rasa sayang pulak nak bazirkan duit. adoiiiiiiiii adakah ini jemah. adakahhhhhhhhhh hahaha

ok dah tu je nak bebel pagi-pagi jumaat nih.

salam jumaat korang. esok cuti yihaaaaaaaaa


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

9 komen[s]:

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

kekekekke ai like lah nisa. kemain alasan hihihi

viruspadu said... [Reply to Comments]

alasan dia memang terbaik okeh. haha

atty's said... [Reply to Comments]

kan main lagi nisa..guna kan mama. ye ..utk kepentingan diri sendiri .ekekekekke..

aritu nak gak tgk toy ..tp dah abis lak ..huhuhuh

nasaoji said... [Reply to Comments]

mmg alasan terbaik kak vp!...

HOn3YB33 said... [Reply to Comments]

ahahah..cerdik kan nisa tuh..!! alasan dia mmg terbaeekkkk!! heehee...

Diana Abd Rahman said... [Reply to Comments]

despicable me mmg best.. saya dah tgk dgn anak2..gelak tak ingat .. menyentuh hati pun ade

ina said... [Reply to Comments]

despicable me best..lagi2 tgk 3D punye..best gilerr klakor makhluk kuning tu..hehehe

antalya said... [Reply to Comments]

nisa byk blja dr mak ehh bg alasan terbaekkk punyo

Daz Dianza said... [Reply to Comments]

despicable me mmg sgt2 best.kalo tgk 3D lagiiiii la best.sbb rase nak pegang n peluk2 je org kuning 2.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^