Follow Viruspadu

Tuesday, July 06, 2010

bengkel day 1

Bengkel kali ni. boleh dikatakan saya ni jadi ketua urusetia lah.

atau pendek kata. yang merancang perjalanan dari A-Z lah. yang sediakan semua maknenek. yang atur meeting. yang buat minit meeting. yang kena jawab utk soalan "dasar kita macam mana?" haaaaaaa soalan pendek je. nak jawab sikit punya parkinson ok

akhirnya, plan yang daripada dalam SKT tertunggak dari tahun lepas lagi ni. terlaksana jugak. legaaaaaaa sangat ok. macam-macam dia punya rintangan ni wei. siap lautan api ku renangi lah dia punya perumpamaan. phewwww

jam 5 pagi saya dah bangun dah. nak siap-siap. hati giler berdebar. pestime nak drive sendiri pegi PD. tak penah2 kak jemah drive sendiri. biasa memang en.laloque bawakkan kalau saya nak kemana-mana. well sejak dia tukar seremban ni kan. wellllllllllllllll *makan hati cececece dush!

nasib baik dah janji2 dengan cc, pejal, kak nor nak gerak sekali, lagipun kakpiah tumpang saya, dia tahu jalan. so lega la

kitorang janji2 jumpa kat tol pd kul 6.30. saya pun sms kakpiah, kul 6.10 pagi saya akan sampai kat rumah dia. yelahkan janji kul 6.30 kumpul kan. so logik dia kena keluar awal la kan. bukan keluar rumah jam 6.29 pagi. ok tu logik dia la. ejas2 bajet2 tempoh perjalanan bagai.

so saya sampai dekat tol kul 6.26 mcm tu la. just nice.

call2 yang lain semua kat rumah lagi. tsk tsk tsk. last2 dorang kesian kot kitorang tunggu lama, so suruh saya gerak dulu. ok fine. saya gerak dulu. saya pun ok la sebab kak piah pun ada dia tahu jalan.

"sini ke kak"
"a ah terus lagi"
"masuk sini ke kak"
"a ah terus lagi"
"masuk kanan ni kan kak?"
"tak terus je lagi, masuk telok kemang"
"ooo sini ek, saya ingatkan kena masuk bandar"
"tak la, terus je"

.
.
.
.
.
.
.
.

"kak, ini macam nak pegi tiara je ni"
"taklah betul la ni, terus lagi"
"ye ke kak, mcm lain je, mcm dah terlepas je"
"anda rasa mcm tu ke"
"ye la kak, ini dah lepas ni"

hahahahahaha kelakar lak saya rasa. habis sesat barat. last2 dua2 orang gelak. cari jalan pusing balik. siap sesat2 bagai. padahal jalan lurus je.

sesat punya sesat, siap berhenti2 tanya orang. over kannnn. padahal tahu depan lagi. tp gedik nak tanya jugak. sampai jugakkkkkkk

"kak, dorang dah sampai la kak hahahahaha"*maluuuuu

pejal, cc, kaknor semua dah sampai hahaha, padan mukaaaaaaaaaaa konon terer siap jalan dulu tinggalkan orang lain. last2 sesattttttttt hahahahaha kelakar giler saya rasa. siap kena kutuk gelak2 lagi. siotttttttt

kaknor dan pejal, jawatankuasa bahagian pendaftaran, surat menyurat. rajin giler dorang ni. cakap sekali je, berdesup2 bergerak, tahu2 siap je. i likeeeee


cc dan kakpiah.

selalu jadi penyelamat saya

"cc, borang tu cc ada bawak ke?"
"ada"

"cc, nanti daftar bilik ye?"
"ok"

"cc, bla bla bla"

macam-macam lak kak jemah ni mintak check kan. semua cc ok ok ok je. sikit tak komplen ok. tahu2 siap. tahu2 dia pulak yang ingatkan saya hehehe.

pengacara. hazry the hensem boy. eh hensem boboi hahahaha suka2 je panggil boboi.

sepatunya en.ghimau yang jadi pengacara ni. tapi sebabkan dia ada ptk last minit kena lak tarikh sama hadoi. habis tu ptk dia lagi penting kan. jadi terpaksa saya lepaskan dia pergi chewah. terus panik sape nak ganti jadi pengacara.

terus terliuk lentuk saya ke bilik hazry mintak tolong dia jadi pengacara hehehe

"kau bacaaaaaaa je, akak siapkan teks, kau bacaaaaaaaaa je, bacaaaaaaaaaa je, kau dah la hensem, suara sedap bla bla bla bla"

hahaahahaha hazry kesian kot terus dia setuju. well. pujian tu mmg ikhlas ok. memang dia hensem ok. chehhhh

saya tak yakin saya boleh jadi pengacara, sebab saya jugak nak lari check itu ini. tak cukup napas acik kang.

rizal, last minit jugak mintak tolong baca doa :). rizal baca doa mmg terbaik. dengar harkat idham dengung semua. betulllllllll.

"nak saya sediakan doa tak?"
"takpe takpe saya sediakan sendiri"

senang gilerrrrrrr kannnn opismate saya.

"puan, text ucapan puan, nak mintak saya sediakan tak?"
"tak perlu, saya sediakan sendiri"

seeeeeee seeeeeeeeeee... memang terbaik. semua baik2 la.


en.poji. senyum suka ek. heehehehe.


peserta kursus


masa ni belum start lagi ni. saya tengah duduk termenung sebenarnya. tengah fikir. ini dah setel ke itu dah setel ke. phewwww


leka betul si abby tu hehehe


barisan urusetia kat belakang


saya rasa ini bengkel yang paling santai saya handel. dan paling melegakan kepala otak saya. sebab saya dapat kerjasama sepenuhnya dari semua. baik dari grup urusetia, dari fasilitator dan dari peserta. semua sempoiiii

siap petang boleh jalan2 pantai bagai.

best laaaa

ini malam semalam.



saya tahu korang tak faham.

tapi entry ni dedicated untuk staff office saya yang banyak memberi sumbangan, kerjasama, pertolongan, idea dekat saya bagi menjayakan bengkel ini

korang memang rockkkkkkkkkkkk!!!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

8 komen[s]:

n.a.j said... [Reply to Comments]

wah..memang senang bila dapat kerjasama semua...

kalo set2 kita2 jer, takder vvip datang, mmg senang nak urus ...

tahniah..berjaya handle semuanya...
tahniah for the whole team..

Diarihatiku1976 said... [Reply to Comments]

untungnyer... handle kursus semua turun padang.. saya buat kursus sorang-sorang jer.. semua benda nak buat...

~adeQ~ said... [Reply to Comments]

akak...rizal itu saya kenal...baru pindah kan...hehehe...dulu di MOA...sama-sama kursus induksi....

shadowz said... [Reply to Comments]

akakk.... nak tanya... akak keje apa sebenarnya..... :)

~~@lyci@~~ said... [Reply to Comments]

mmg suksess..

terubat rindu tgk wajah rizal, exopismate ku hukhuk..

p/s: rizal mmg terer bc doa ;)

hilda said... [Reply to Comments]

vp.. suami saya pun g kursus ni... tapi tak ada punn... naper tak ambik pic dia.. tanda kedatangan dia ke sana ... ahaksss!! laki i nak di interpreme kat sini kan juga tau.. larikss!!!

hilda said... [Reply to Comments]

vp.. suami saya pun g kursus ni... tapi tak ada punn... naper tak ambik pic dia.. tanda kedatangan dia ke sana ... ahaksss!! laki i nak di interpreme kat sini kan juga tau.. larikss!!!

viruspadu said... [Reply to Comments]

n.a.j
tq, mmg seronok bila semua bg kerjasama

Diarihatiku1976
meh buat kursus dengan saya. mesti best :p

~adeQ~
a ah rizal tu laaaa

shadowz
akak keje gomen :p

~~@lyci@~~
dtg la sini zura

hilda,
la ye ke, dia kumpulan berapa?







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^