Follow Viruspadu

Wednesday, July 07, 2010

Bengkel Day 2 part 1

salam korang

sori takde update pagi tadi macam biasa. tapi korang tak kisah je kan. update ke tak ke. ceccececece

hari ni saya cuti, cuti kecemasan yang tak berapa mencemaskan sangat:p cemas sikit2 je la. patutnya kerja macam biasa. siap ada meeting menanti. ceh mcm la penting sangat, padahal tukang habiskan kuih dalam mesorat je hahaha.

ni semua gara-gara nisa la ni.

malam, nisa memang suka meragam mengada-ngada tengah-tengah malam

contoh kalau dia terbangun tido, dia akan ter eh eh eh eh, sampai kita tepuk2 peluk dia. dia diam la. tapi eh eh eh eh dia lamaaaaaaaaa pulak, naik baran lak acik. bila ditanya-tanya dia taknak jawab. tanya lagi dan lagi dan lagi pun dia taknak cakap. blurghhhhhhhhh bengangnyaaaa. mengada betul budak ni laaaaa, marah dalam hati tapi muka berseri-seri haaa camne tu. lama ok dia eh eh eh eh tu ada la dalam setengahjam ke mcm tu.

"kakak sakit perut ke?"
dia diam jugak.

last2 papa dia bangun bawak dia masuk toilet.

cirit birit rupanya. seb baik tak marah lagi. kalau tak mesti menyesal.

"mama letak minyak ye?"
geleng
"sikit je"
pura-pura tido. tapi pegang perut
"ok mama letak viks nak"
angguk
"biar mama urut perut kakak"

nisa takut bila orang cakap nak letak minyak kat perut. nak2 lagi kalau letak minyak yuyi tu lagi la dia taknak.

saya urut2 perut, dia cakap nak berak lagi. bawak balik gi toilet.
saya urut2 belakang dia. terus dia muntah2.

alahaiiiiiiii kesiannyaaaaa. terus risau. dalam kul 4 pagi mcm tu.

saya syak sebab angin la kot. sebab petang semalam dia taknak makan nasi, dia layan sundaekon je kan. angin dah masuk perut la tu, kesudahannya saya cuti jaga nisa je la. lagipun tangan kanan saya ni giler sakit ok,

pagi tadi pun dia berak2 jugak. last2 saya ajak dia pegi rumah nenek. hehehe

sekarang saya kat rantau la ni.

teka apa?

nisa terus sihat ok. ajaib betul. hebat betul kuasa atoknenek nisa ni. tengok muka je dah jadi ubat kot :p

oleh itu. saya cuti hari ni :p

ok. sebenarnya nak cerita pasal bengkel day 2, hari last lah ni. sebab bengkelnya 2 hari saja bah.


bengkel boleh dikatakan sakses la saya rasa, sebab macam semua peserta nampak selesa je. tak pasti pulak kalau ada yang tak selesa ke apa sebab tak sampai ke telinga saya. harap2 semuanya ok la.

tapi secara disebalik tabirnyaaaaaaa. phewwwwwww. takde sape tahu!

perasmian penutup yang mulanya ada, lepas tu cancel. jadi semua benda utk perasmian penutup semua saya dah tinggalkan dan tak buat la. last minit bagi tahu jadi pulak. terkasima saya dibuatnya beberapa saat. dah la bagitahu masa saya dok sedap2 baring dalam bilik. adoiyaiiii

wahhhhhhhhhhhhh uwauwauwauwauawa nangis dalam senyuman.
teks perjalanan majlis saya tak siapkan lagi. banyak benda kena tengok balik, reben takde, dulang takde huhuhuhuh.

tapi disebabkan kakjemah cool sangat. mulut tak berkicau kecoh2 pun. sebab bukan jenis macam tu. saya lebih suka semuanya disetelkan secara senyap2. tahu2 selesai je.

senyap2 siapkan teks, mintak ajk semua bantu, kau buat ni, kau buat tu. last2 setel.

phewwww ini lah nama dia cabaran. benda ni kau takde belajar masa sekolah dulu ok. skill selesaikan masalah tanpa menuding jari kepada siapa. chewahhhhhhh ayat bajet angel nampakkkkkkkkk hahahahaha


view dari depan, nampak semua grup diskasen, dan urusetia kek belakang sekaliiiiii

kitorang ada masalah mcm mana pun santai je. gelak2.


ping tim :) en.allaboutnegerisembilan dengan kakjemah dengan lappy ping

saya pakai tudung ni saya nampak tembam atau saya makan terlalu banyak sampai tembam kat bengkel ni haaaa, konpius

persembahan setiap kumpulan utk tunjukkan hasil perbincangan


tim urusetia setelkan part dalam majlis penutup - penyampaian sijil. :)

nak ikat-ikat reben.

alah, gambar perasmian penutup lupa nak copy, ada kat kamera opis daaa.

entry ni adalah entry untuk kenangan saya, mesti kena ada utk simpanan saya utk masa hadapan :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

2 komen[s]:

mrs.ecam said... [Reply to Comments]

tabik toyyoyoing lah kt k.jemah sbb leh handle yg last menet nyer penutupan tuh...klu sye kompem dh gelabah2 gile smbil mrh2 sbb bgtau lmbt...ngeeee hehehehehe

n.a.j said... [Reply to Comments]

aha..kadang2 bagus ada entry n gambar2 segala proses dr belum bermulanya bengkel (ms planning n preparation), sesama bengkel n post mortem..nnati2 boleh rujuk in future..:)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^